Sunday, January 2, 2011

Resepi Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum...





Kali ni aku nak post resepi Asam Pedas Melaka. Xtahu la kalo aku masak sedap ke tidak. :-)

Antara Bahan-bahan nya adalah :

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
{Blander kan bahan2 di atas}

3 batang serai - dititik
1 sudu teh halba
daun kesum + bungan kantan
bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..)
air asam jawa
garam + gula
minyak


Caranya :


Panaskan minyak. Seterusnya masukkan halba dan masukkan bahan2 yang diblend tadi. Seterusnya puan2 masukkan serai. Setelah bahan tersebut garing n masak, masukan gula dan daun kesum dan bunga kantan. Seterusnya masukkan ikan, kacau2 sket then masukkan air asam jawa. Terakhir sekali msukan terung, bendi dan geram. Apabila dan mendidih boleh tutup api.

* asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick..
* lagi pekat, lagi sedap...
* menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah...
* Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh.. hehehehe


* Selamat Mencuba... :D

Selamat Tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011...

Assalamualaikum...

Dah lama gak aku tak menaip cerita2 semasa dalam blog ni. Cik fid sebenarnya bz sikit sejak akhir2 ni. Bese la wanita bekerjaya katakan... Hihhihi...

Diam tak diam kite dah masuk tahun 2011 kan. Kalo diikutkan umur aku dah mencecah 25thun tp masih nampak muda... huhuhuhu... Perasan nya aku ni... Setakat ni impian tahun lepas dah tercapai:
  1. Menghabiskan pengajian di peringkat ijazah
  2. Memiliki CCQ****
  3. Mempunyai kerjaya selepas abis belajar.
  4. Yang penting membawa kebahagian tuk orang yang tersayang terutama mak dan abah...

Bertarikh 1 JAN 2010:

Aku berkesempatan menghabiskan masa bersama Sang Kekasih di PD dan seterusnya ke Melaka iaitu tempat yang pernah menjadi saksi saat2 indah percintaan aku dan dia. Di melaka juga lah detik pertemuan kami wat pertama kali... Sweet nnya (gedik giler... :p).... Sebenarnya plan tuk ke PD ni adalah plan yang x dirancang. Perjalanan kami bergerak lancar dan nasib baik ketika tu jalan xjammed. Tp jalan mula jammed kat Tol masuk ke PD. Sampai kat PD kira2 kul 2 petang. Cuaca masa tu panas giler. Aku tak tahu la macam mn orang ramai boleh mandi laut ketika panas terik. Sampai aje kat PD terus cari tempat makan. Time tu peyut dah lapo. Pastu jalan2 kat tepi pantai. Dah puas berjalan2 kat PD Sang Kekasih dengan selamber ckp "kita terus ke Melaka". Aku ingt die men2 aje... Dua tiga kali gak la aku tnye Sang Kekasih untuk kepastian. Kalo aku tnye lima enam kali dah lame aku kene kutuk dgn dia. :D....

Word pertama yang kuar dari mulut Sang Kekasih ketika sampai melaka ialah "Awal lak kita datang Melaka tahun ni" (jeng.. jeng...).... Aku menjawab dengan senyuman... :-D

Kami berkesempatan jalan2 kat MP, Dataran Pahlawan, Pantai Puteri, Pantai kelebang dan yang paling best tidak melepaskan peluang tuk p makan asam pedam melaka. Yummy sedap giler dan pedas giler. Pas makan kiteorg terus bertolak balik ke KL kira2 jam 10 malam... Bye MeLaka nnti kami datang lagi... InsyaAllah... :-D

Semalam tiba2 teringin nak belajar macam mn nak masuk asam pedas melaka... Next post aku akan letak resepi Asam Pedas Melaka...

Ops terlupa nak bagitau apekah azam baru tuk Tahun 2011. Antara azam nya :
  1. Meningkat Prestasi kerjaya sekarang semoga lebih bek dari tahun lepas.
  2. Meningkatkan amalan agar lebih baik dari tahun lepas
  3. Biarlah Rahsia... InsyaAllah....
*Segalanya hanya dari NYA....

Bye...
Wassalam...

Monday, December 13, 2010

Simple tapi Cantik




Duk belek2 FB aku jumpa gambar pelamin ni. Simple tapi Cantik.

Agak2 berapa harga sewa bagi pelamin sesimple ni....

Cantik baget.... I Like...



Kalo time kahwin pakai pelamin ni pun aku sanggup... :-)

Sunday, December 12, 2010

Penat tapi amat menyeronokkan

Semalam bersamaan 12 DEC 2010 adalah hari yang amat menyeronokkan walopun hari sabtu pun kne kije sebab ada masalah berkaitan dengan system. Hari ahad seperti bese aku bangun pagi2 kemas2 bilik sebab hari ni member aku (Shida) ajak pergi ke Bukit Belacan tuk berkelah. Kali ni pergi aku xmasak pape pun coz shida dan budak umah nya dah masak. Malu seh xde bawa pape.... hukhukhuk...



Ini la gambar Bukit Belacan. Sejuk gilerrrrs air nya. Nak mandi pun terketar2. Walopun keadaan nya tak seperti air terjun lain tp suasana nya menyamankan. :-) Sampai2 aje kiteorg makan2 then terus terjun mandi.... masing2 semua kesejukkan. Rasa macam mandi ais.



Selepas balik dari Bukit Belacan, aku temani si dia pergi ke Pikom PC Fair yang bertempat kat KLCC. Ramai giler orang. Si dia excited nak tgk kamera Nikon model terbaru. Mesti dalam kepala nya berangan bila lah dapat memiliki kamera ni... :-)



Ni la model idaman Si dia
.

.

.

.

.

.

.




Nikon D7000


Balik dari PC Fair aku excited nak p taman lepak2. Mula2 p taman Datuk Keramat tp xde parking lak. Dengan menggunakan Papago aku cari la senarai taman kat area ampang. Entah macam mn aku terpilih Taman Tun Abdul Razak. Aku ingtkan taman rekreasi tp rupanya perumahan. Bila sampai kat sana aku tgk ramai giler orang. Ingatkan memang tepat la sangkaan aku di citu ada Taman rekreasi . Jalan punya jalan aku sampai kat kawasan yang ramai orang parking kereta. Rupanya bukan Taman rekreasi tp taman monyek. Banyak giler monyek dan orang yang singgah sibuk memberi monyek makan roti. Monyek2 tersebut adalah monyek jinak.

Tgk si dia bosan aje Si Dia ajak pergi IKEA. Aku mula la excited sebab 1st time nak p IKEA.



Ramai giler orang time tu.... Before masuk IKEA aku dah siap berangan macam2 nak design umah sendiri nnti. Hihihihihhi... Banyak barang2 yang menarik tp yang paling aku x berkenan adalah warna perabot. KEbanyakkan perabot menggunakan warna putih. Warna putih amat sesuai kalo nak deco rumah yang bertemakan Inggeris. Tapi aku lebih berminat deco rumah menggunakan perabot bertemakan warna kayu. Duk komen2 pasal perabot dan set katil tak cantik si dia suggest nnti kite p tgk perabot kat cavenzi lak. :-)



Balik dari IKEA kiteorg singgah makan kat Mali's Corner Danau Kota. Yummy.... Si dia makan nasi lemak ayam then aku makan koew kueh teow... Masing2 minum air teh o ais.


Selepas makan kiteorg terus blik. Bila dah kenyang mata mula la mengantuk. Cian Si dia nak kena blik semula ke Shah alam. Jauh gak tu (nnti cari umah kat setiawangsa ek) hihihihi... Si dia sampai umah kira2 kul 11.30malam. Time tu aku dah diulik mimpi.. haahaha... semangat nak telefon si dia around kul 11.30malam. Last2 nya aku terlena. Sory bucuk... :-D

Saturday, December 11, 2010

Rindu.....

Dah lama tak kuar shooting dgn si dia
duk boring2 duk umah sorang2 aku sempat belek gambar2 time dating
Bila ingt semula saat tu aku boleh tersenyum sorang2
seronok sangt
semoga happy dan berbahagia selama-lama nya
Amin...

Layan aje la gambar2 kat bawah ni....









Lokasi : Taman Larangan :-)


Rindu saat kurus..

Wednesday, December 8, 2010

Wanita, Isteri dan .......

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.

Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.

Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Wednesday, December 1, 2010

Betul ke?

Semalam dalam kete aku terfikir kata2 seorang kawan aku ni. Dia cakap kalo ada orang masuk meminang tuk kali pertama kita kene la terima kerana kalo kite tolak pinangan org tu maknanya lambat lagi la orang lain nak masuk meminang. Huhuhuhu... Dia cakap lagi tu pasal kita kene cakap dgn boyperen kita supaya masuk meminang copat2. Betul ke? ada logik nya ke?

Tapi kalo kita terima aje pinangan orang yang begitu berani tu, adakah lelaki tu betul2 sesuai dgn kita? ha... tu pasal ada peringkat bertunang. Time tu la nak kenal seseorg tu... :-) Wah yang paling kagum dia begitu berani dan gentlemen. Tp kalo kita terima pinangan tersebut, kesian lak boyperen kita yang selama ni bercinta cintun selama beberapa tahun.

Yang penting jodoh di tangan Tuhan...

Peace no war...


Senyum lah kerana senyum tu adalah sedekah dan membawa kebahagian...