Friday, July 30, 2010

Exxon Mobil


Baru ni aku dapat panggil panggilan kije sebagai Helpdesk kat Exxon Mobil. Gaji lumayan gak la tp aku tolak sebab aku tidak berminat sangt untuk job helpdesk ni. Kalo boleh aku nak terlibat dgn kije2 programming lak. Location pejabat Exxon Mobil berhampiran dengan KLCC. Bila fikir semula rasa rugi lak tolak tp x pe la mungkin tu bukan rezeki aku... hahaha... berusaha dan terus berusaha mencari kije yang bersesuaian dan yang penting enjoy...

Malacca I'm Coming...

Pada 6hb ni aku nak datang melaka untuk majlis konvokesyen UTEM. Tp sebelum pergi melaka aku nak blik pekan dulu ambik mak abah. Hihihihi... cian lak kat Jan dari Perak nak ke pekan ambik mak abah... Sume nya masih dalam perancangan. Khamis pagi aku nak bertolak balik ke pekan tuk ambik baju konvo, jemput mak dan abah. Pastu bru la bertolak ke melaka. Jan dan rodi boleh tunggu kami di Melaka. Bila dah sampai melaka bru la bergegas untuk ambik jubah dan pengurusan kad alumni... Harap2 sume nya berjalan dgn lancar. Amin...

Saturday, May 29, 2010

Penuh dugaan...

Entah la sejak akhir2 ni banyak tul dugaan yang nak ditempuhi...
Dengan kesihatan yang merunsingkan...
Dengan si kekasih lagi...
Dengan kije lagi...
Dengan kerenah orang sekeliling...
Pening kepala...!!!!!!


hahahaaha... satu lagi masalah yang perlu ku tanggung seorang diri,
tgk la macam mn sok...
kalo xlarat sangt terus p jemput $%&$##.
"Ya Allah, berikan la aku kekuatan menempuhi dugaanmu,
Kau sembuhkan la demam ku ini"

Time demam ni aku amat memerlukan emak.... (^~^)

Saturday, May 15, 2010

Nak ke taknak ek?


Runsing...

Aku nak ke taknak ek?

keperluan or keinginan?

Bila difikirkan aku rasa keperluan...

Mampukah aku?

kite perlu tnye diri kite sama ada mampu or tidak...

aku rasa aku xmampu...

Macam mn ni?

Runsing....

Perancangan....

Bulan ni setiap minggu aku sibuk dgn aktiviti yang menyibuk kan. Hahaha.... Minggu depan aku nak blik kampung ada hal sikit. Tp sebelum blik kampung aku nk p umah mak long ambik barang sikit and jumpa kawan aku. Pastu dalam tengahari aku terus blik kampung jumpe mak dan abah tercinta. Rindu kat diorg. Kalo ada kapal terbng sendiri aku blik kampung tiap2 minggu... hahahaha...

Then the next week aku nak kene p penang. Tengok anak saudara aku yang sorang tu. Selain itu aku nak nek kete baru Gen2 CPS. Adik aku punya. Seronok nya die dah ada kete. Aku ni bila lagi la nak ada kete. Entah la keinginan untuk mempnyai kete wat masa ni xde lagi. Mungkin xde yang berkenan di hati. Tp mungkin satu hari nnti aku kene gak beli kete. Pekerjaan aku memerlukn aku memiliki kereta terutama untuk ke tempat keje.....

Asytar nnti kan mak ngah ek. Rindu lak pada die. Maklum la anak buah sorang. Hujung bulan ni nk ajak jan p Lost World of Tambun la. Ajak abang azrul sekali. Hari tu ada gak cal mak, ada gak mak ckp nk pergi penang tgk cucu. Tp kene tunggu cuti sekolah. Jom la ramai2 kumpul kat Penang. Kite p jalan2 sama2 satu family dan memeriahkan lagi umah along. Hahahahaha... Aku ni dalam nak berjalan ni gaji aku lak xkan keluar akhir bulan ni tp kuar awal bulan depan. Tp xpe adik aku dah offer nk kasi pinjam wit.... TQ baq...

Tuesday, May 11, 2010

Lumrah Alam...



"Cari diri ini ketika diperlukan dan buang diri ini ketika tidak diperlukan"


Sume orang di dunia ni ada perasaan.


Sama ada cacat or sempurna anggotanya.

Jangan asyik nak mempertahankan ego sendiri...

Dimana kata2 yang pernah diucapkan???

adakah sekadar untuk menjaga hati???


Friday, May 7, 2010

Kehidupan Baru

Bismillah....


Dah lama kira nya aku tidak melayan blog aku ni. Aku sibuk sejak akhir2 ni. Hari ni baru la aku berpeluang untuk mmbebel lagi dalam blog aku ni. Kali ni aku nk cite kan perkembangan aku dan kerjaya aku. Hihihihiihihi..... Lepas aku partime kat Tentacle Technologies baru2 ni sebagai content developer aku dapat offer dari Tentacle tuk kije di CIMB Bukit Damansara. Aku di offer kije sebagai MSB helpdesk tuk CIMB. Gaji yang di offer kepada aku RM1600 sahaja (Basic).



Aku terima aje jawatan tu sementara mencari kije len. Sekarang susah nak cari kije. Masih ramai lagi graduan yang menganggur di luar sana. Kawan aku sendiri graduan perakaunan UiTM tidak ade kije lagi dan sekarang bekerja sebagai operator pengeluaran yang hanya dibayar dgn gaji RM500 ( basic) sebulan. Selepas training java di KLMU aku pernah berhasrat untuk bekerja sebagai operator pengeluaran seperti kawan aku. Tp nasib bek ketika membuat keputusan untuk kije di Penang, aku mendapatkan offer ini.


Ini aku nak cite pasal kije aku. Masa mula2 nk terima kije ni aku risau kije ini seperti Call Center, faham2 la kalo kije Call Center ni kije 24hour, Kene caci dgn customer dan meletihkan. Tp skop kije aku bukan macam tu. Kije aku ni juga ada shift tp shift nya antara 8am-8pm sahaja. Aku bukan berhadapan dgn customer luar tp aku berinteraksi dgn staff CIMB sendiri jika berkaitan dgn IT. So far aku seronok dengan kije aku. Dalam seminggu aku hanya bekerja 5 hari seminggu sahaja. Tp dalam satu bulan aku dikehendaki sekurang2 nya bekerja sekali pada hari ahad or sabtu. Ini disebabkan kerana sesetengah2 branch CIMB ada dibuka pada hari sabtu dan untuk Kelantan, Terengganu, Kedah branch dibuka pada hari ahad.


Sekarang yang memeningkan kepala aku ialah mencari umah sewa. Sementara mendapat umah sewa aku duk menumpang hostel KLMU dan umah nadia kat wangsa maju. Sedih tul perjalanan hidup aku ini. Ahad ni aku may be akan pindah ke Flora Damansara. Aku duk dgn Liza. Deposit umah RM1600 tp selepas dirunding tuan umah kurangkan RM1200. So sorang RM600. Pasni bru la kiteorg nk cari lagi 2 orang penyewa bilik. Nnti tak la terbeban sangat nk bayo wit sewa tiap2 bulan. Sewa tuk sebulan RM450 sahaja... Sape2 yang berminat hubungi la saya di talian bebas tol 013-6964810. hihihihhi....



Sekian Terima Kasih.... :-)