Friday, May 7, 2010

Kehidupan Baru

Bismillah....


Dah lama kira nya aku tidak melayan blog aku ni. Aku sibuk sejak akhir2 ni. Hari ni baru la aku berpeluang untuk mmbebel lagi dalam blog aku ni. Kali ni aku nk cite kan perkembangan aku dan kerjaya aku. Hihihihiihihi..... Lepas aku partime kat Tentacle Technologies baru2 ni sebagai content developer aku dapat offer dari Tentacle tuk kije di CIMB Bukit Damansara. Aku di offer kije sebagai MSB helpdesk tuk CIMB. Gaji yang di offer kepada aku RM1600 sahaja (Basic).



Aku terima aje jawatan tu sementara mencari kije len. Sekarang susah nak cari kije. Masih ramai lagi graduan yang menganggur di luar sana. Kawan aku sendiri graduan perakaunan UiTM tidak ade kije lagi dan sekarang bekerja sebagai operator pengeluaran yang hanya dibayar dgn gaji RM500 ( basic) sebulan. Selepas training java di KLMU aku pernah berhasrat untuk bekerja sebagai operator pengeluaran seperti kawan aku. Tp nasib bek ketika membuat keputusan untuk kije di Penang, aku mendapatkan offer ini.


Ini aku nak cite pasal kije aku. Masa mula2 nk terima kije ni aku risau kije ini seperti Call Center, faham2 la kalo kije Call Center ni kije 24hour, Kene caci dgn customer dan meletihkan. Tp skop kije aku bukan macam tu. Kije aku ni juga ada shift tp shift nya antara 8am-8pm sahaja. Aku bukan berhadapan dgn customer luar tp aku berinteraksi dgn staff CIMB sendiri jika berkaitan dgn IT. So far aku seronok dengan kije aku. Dalam seminggu aku hanya bekerja 5 hari seminggu sahaja. Tp dalam satu bulan aku dikehendaki sekurang2 nya bekerja sekali pada hari ahad or sabtu. Ini disebabkan kerana sesetengah2 branch CIMB ada dibuka pada hari sabtu dan untuk Kelantan, Terengganu, Kedah branch dibuka pada hari ahad.


Sekarang yang memeningkan kepala aku ialah mencari umah sewa. Sementara mendapat umah sewa aku duk menumpang hostel KLMU dan umah nadia kat wangsa maju. Sedih tul perjalanan hidup aku ini. Ahad ni aku may be akan pindah ke Flora Damansara. Aku duk dgn Liza. Deposit umah RM1600 tp selepas dirunding tuan umah kurangkan RM1200. So sorang RM600. Pasni bru la kiteorg nk cari lagi 2 orang penyewa bilik. Nnti tak la terbeban sangat nk bayo wit sewa tiap2 bulan. Sewa tuk sebulan RM450 sahaja... Sape2 yang berminat hubungi la saya di talian bebas tol 013-6964810. hihihihhi....



Sekian Terima Kasih.... :-)

No comments: