Showing posts with label asytar. Show all posts
Showing posts with label asytar. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Lahirnya seorang insan....

Salam...

Bertarikh pada 12hb Ogos 2011 lahirnya seorang insan seberat 3.29kg yang diberi nama Muhammad Afham Haziq. Haziq adalah anak along dan abang azrul yang kedua dan adik kepada arwah Muhammad Asytar Zikri. Dengan kelahiran ini semoga membawa sinar kebahagian dalam hidup dalam hidup mama dan papanya. Mak Ngah harap haziq dapat jadi seorang anak yang soleh. Amin.... Kehilangan Asytar amat aku terasa. Yang sedih nya arwah tak sempat nak melihat dan bersama dengan adiknya. Menurut along wajah haziq seiras dengan arwah abang nya cuma adik nya lebih cerah. Bawah ni ada pic arwah ketika kecil, mungkin seiras ni kan. tak sabar rasa tuk jumpe haziq bila balik raya nnti....

Arwah Muhammad Asytar Zikri

*Sorry gambar haziq mama xkasi Mak Ngah lagi. huhuhu... Mak Ngah letak gambar arwah abang aje.... ^_^

Mimpi Mak

Salam.

Entry ni sebenarnya aku nak tulis minggu lepas tp xberkesempatan lak. Huhuhuhu...


Bertarikh 11/08/2011, ketika di hati ini tiba2 teringat kat mak. Pastu terus cal mak. Tiba2 terdengar suara mak lain macam. Suara sedang menangis.

Mak : Assalamualaikum...
Aku : Waalaikumussalam. Mak, mak kenapa? Mak nangis ek? (tiba2 aku sebak dan join mak menangis)
Mak : Xde la. Dak duk bercerita dengan abah ni.
Aku : Mak bercerita pasal ape?
Mak : Mak bercerita pasal mimpi mak.
Aku : Mak mimpi ape?
Mak : Mak mimpi adik Asytar malam td. Mak mimpi adik datang kat mak dan beri selendang putih pada mak.
Aku : Selendang ape mak?
Mak : Selendang angah yang angah beli tuk me***** nnti.
Aku : Kul brp mak mimpi?
Mak : Mak tersedar dalam kul 2pagi. Bila tersedar mak rasa sesak nafas. Mak terus panggil abah hulurkan minyak angin.
Aku : Mungkin die nak bgtau mak yang die aman kat sana. Mak jgn fikir banyak2 tau. InsyaAllah xde pape mak.
Mak : Erm mungkin la.
Aku : Mak jgn sedih2 lagi tau. K la mak angah kat ofis ni. Ada kije sikit. Jgn fikir sangat tau.
Mak : Ye la. Jangan lupa pasal gambar tu. Assalamualaikum
Aku : Waalaikumussalam..


*Banyak2 la kita berdoa kepada arwah. Allah lebih sayang kepadanya. Kita perlu redha atas ketentuan NYA...

Al-Fatihah...