Wednesday, September 14, 2016

TTC Journey : 1st Appointment Klinik Dr Hamid Arshat

Salam semua, 

Baru-baru ini Fid ada dapatkan rawatan di Klinik Dr Hamid Arshat di Bukit Damansara. Appointment dibuat pada bulan Feb 2016. Lama kan??? Hampir 6 bulan baru la dapat jumpa doctor. Bagi sesiapa yang nak dapatkan rawatan di Klinik Dr Hamid sila buat appointment terlebih dahulu. Jangan main redah aje sebab nanti anda tidak akan dilayan. 

Buat pengetahuan semua Klinik Dr Hamid akan berpindah ke alamat di bawah:

Kompleks Yayasan Jabal Nur (YJN)
No1 Jalan Jalil Perwira 2,
Bukit Jalil 5800 KL
Landmark : OUG Comdominium / LRT Awan Besa
No fon : 03-777335000/011-16337052

Appointment Fid dalam pukul 2.30 petang. Sampai klinik terus masukkan Kad Pengenalan Suami dan Isteri dalam kotak yang disediakan. Masa tu dah ramai orang yang tengah tunggu giliran. Debaran dalam hati ini hanya Tuhan saja yang tahu. Lagipun ini 1st time Fid nak buat check up secara serius. Sebelum ini tak pernah buat check up di mana2 klinik.

Nama Fid di panggil kira-kira pukul 330 petang. Berdebab bebbb.... Fid kena masuk bilik pintu ke2. Masuk2 ada seorang doctor perempuan. Tak sure nama dia apa. Dia minta lakukan TVS stand for Trans Vaginal Scan untuk tengok sama ada telur matang atau tidak. Kalau di ikutkan ketika appointment tu Fid CD 11. Bila check telur Fid tidak matang. Selepas check telur semua, doctor bagi ubat (mungkin untuk mematangkan telur) dan set appointment untuk lakukan HSG pada hari esok nya. Doktor juga berikan MC selama 2 hari  termasuk MC untuk HSG.

Untuk check sperma suami, kami terpaksa postpone sebab untuk periksa sperma pasangan kena freeze dari bersama selama 2 hari. So bagi korang yang nak check sperma suami sila postpone aktiviti anda.. hihihihi…

Msti ramai yang tertanya2 berapa anggaran bayaran untuk setiap rawatan kan. Fid detailkan seperti dibawah :

8/9/2016

Consultation Fee
First Visit – RM80

Test & Investigation
TVS – RM50

Medications
Obimin – RM15
Olive Oil – RM30
Proviton (Untuk Suami) – RM54

Untuk HSG pula, Fid kena buat di Daya X-ray Centre KL. Klinik ni dekat dengan Jalan Raja Laut (nanti korang google la ek). Before buat HSG Fid dah byk baca review orang lain. Ada yang cakap sakit, ada yang cakap tak sakit. Bagi pendapat Fid, untuk proses ujian itu, takde la rasa sakit sangat pun tapi bila dah balik rumah rasa sakit itu makin kuat. Rasa macam senggugut. Nurse kat klinik dah pesan, lepas HSG selalunya ada keluar darah. Selepas HSG nurse akan bagi Pad. Kalau korang nak bawa Pad sendiri pun boleh juga. Fid ada keluar darah untuk 2 hari. Selepas itu dah kering. Klinik ada bekalkan antibiotic untuk dimakan selama 3 hari. Bayaran: 

HSG - RM230

Selepas selesai HSG, terus call Klinik Dr Hamid untuk review. Bila call, diorg suruh datang klinik sebelum pukul 12 tengahari sebab hari tu hari jumaat. Masa keluar dari Klinik Daya dalam pukul 11pagi. Tiba-tiba suami dapat call urgent kene pergi Ipoh untuk urusan kerja. So suami kene anta Fid blik umah dulu untuk ambik kereta then Fid terus drive ke Bukit Damansara. Kelam kabut gak la. Huhuhu Dugaan..... Nasib baik dapat parking betul2 depan Klinik Dr Hamid. So tak de la gigih nak berjalan jauh. 

Sampai klinik terus serahkan xray result dan selepas setengah jam, nama di panggil. Alhamdulilah tak ada tiub yang block. Semua tube clear. Doktor siap tunjuk dan terangkan setiap tube tu. Selepas itu, doctor decide untuk bagi Fid Clomid 150mg untuk dimakan pada hari ke2-ke6 ketika period. Untuk this visit, Fid hanya bayar duit ubat sebanyak RM45.

Untuk next period 1st day Fid kena terus call klinik untuk check telur sama ada membesar dengan jayanya atau tidak. Berdebarkan menunggu next period. Hope ada telur yang besar.

** Korang prepare lebih kurang RM500 untuk bayar bil. Selalu nya 1st visit sahaja yang mahal.  Goodluck


Bye

4 comments:

Ima said...

Salam.. boleh sy tau radiologist yg buat hsg kat daya xray tu perempuan atau lelaki?

rafidah said...

Wassalam. Doktor lelaki. Xsilap saya doktor lelaki india.

Anonymous said...

Lepas buat HSG terus jumpa dr hamid on the same day ke?

Fied said...

Yup. Lepas buat HSG saya terus p klinik Dr Hamid untuk review result.