Assalamualaikum..
Sapa kat sini tiada kad kredit? Rata-rata orang mempunyai kad kredit kan? Boleh dikatakan rata-rata orang yang bekerja mempunyai kad kredit dan loan. Dewasa ini boleh dikatakan ramai remaja yang muflis disebabkan penggunaan kad kredit yang melampau. Sebelum kita memohon untuk memiliki kad kredit, sangat-sangat ditekankan di sini supaya anda memikirkan kemampuan kewangan anda. Adakah anda dapat membayar nya selepas digunakan? Jangan hanya untuk memenuhi nafsu anda untuk hidup mewah seperti orang lain. Memiliki smart phone, kereta mewah dan sebagai nya.
Kadang-kadang seseorang mempunyai hampir 3 keping dan mungkin lebih. Fid ada gak kad kredit tapi hanya satu sahaja. Itu pun susah gak nak abiskan bayaran nya. Kadang-kadang rasa menyesal sebab memiliki. Hihihihihi.... Sekarang Fid cuba mengambil langkah untuk menjauhi diri daripada hutang sebab hutang amat membebankan. Fid ada kenalan yang tidak suka berhutang dan akan membeli barang yang harga nya mahal dengan membayar cash. Mereka sanggup menabung sebelum memberi sesuatu yang diingini.
Tak lupa gak kepada mereka yang sanggup membuat loan semata-mata untuk memiliki handbeg mahal dan untuk bermewah-mewah. Kesenangan itu hanya untuk seketika tapi untuk bayaran bulanan terpaksa dibayar dan bayaran nya sampai bertahun-tahun.
No comments:
Post a Comment