Friday, September 6, 2013

Checkup di SDMC

Assalamualaikum...

Hari ni Fid ambik annual leave sebab nak pergi checkup my cyst di Sime Darby Medical Centre Subang Jaya. Appointment dengan Dr Christina pukul 11.20pagi.

sumber google

Buat pengetahuan semua, sebelum ini Fid pernah pergi ke Poliklinik Sungai Buloh sebab perut rasa senak sangat dan apabila jumpe doktor, dia mintak Fid buat UPT tapi result nya 'Negatif'. Bila dapat result doktor hanya simpulkan mungkin Fid kebengkakkan urut perut. Bila p farmasi ubat yang diterima hanya ubat 'Pil killer'. Rasa tak berbaloi tunggu hampir 5jam tunggu giliran,

Selepas itu, tidak berpuas hati dengan feedback dri pihak poliklinik, Fid perfi checkup di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju. Bila doktor scan, doktor dapati Fid ada cyst. Doktor menyatakan cyst tersebut bersaiz 2.5cm X 3cm. Tapi doktor tak memberi feedback tentang cyst tersebut. Seterusnya doktor mengambil darah untuk memastikan bahawa Fid tidak pregnant sebab period lewat hampir 2 bulan. Apabila result ujian darah kuar, result nya 'Negatif' dan doktor suruh proceed untuk mengambil ubat turun darah. Menurut doktor Cyst Fid berada di sebelah kanan rahim.


Sumber dari google..


Dalam dua bulan sebelum ini, Fid cuba makan beberapa ubat yang disuggest oleh rakan2. Disamping itu juga Fid jaga pemakanan. Kebetulan pula ketika itu umat islam menjalani ibadah puasa. So senang sikit mengawal pemakanan.

Pagi tadi Fid pergi ke SDMC. Lama juga menunggu giliran sebab menurut nurse di kaunter pendaftaran, Dr Christina baru lepas membuat operation. Kira2 pukul 11.00 pagi kami sampai, dalam pukul 1 bru la kami dapat masuk berjumpa doktor. Untuk kali ni 1st time my hubby masuk sama-sama jumpa doktor. Hihihihihi... sweetnya... Memang digalakkan suami dengar apa masalah kesihatan yang dialami oleh isteri. Ketika pemeriksaan doktor scan rahim untuk memastikan kedudukan cyst. Setelah di scan doktor dapati tiada cyst di rahim. Alhamdulilah syukur sangat-sangat sebab selepas ni tak perlu risau pasal cyst lagi. Tapi doktor suggestion membuat Pap Smear. Rujuk disini tentang Pap Smear.

Pernah dulu terbaca ramai yang takut untuk melakukan pemeriksaan ni sebab ada yang cakap sakit. Tapi bg Fid tak de la sakit tapi ada rasa senak sikit. Pemeriksaan ni penting bagi wanita yang telah berkahwin bagi mengesan kanser pangkal rahim dan sebagainya. Keputusan pap smear tu akan diposkan ke alamat rumah.

Selepas settlekan rawatan, lastnya settlekan payment lak. Semestikan kalo hospital swasta bil nya mesti la mahal. Tapi untuk rawatan yang terbaik semestinya sanggup.Walapon bayar mahal tapi rawatan dan layan yang baik adalah berbaloi. berdebar lak nak tunggu keputusan tu. Nanti bila dah dapat keputusan Fid update lagi.


Apam Balik sedap

Assalamualaikum...

Makin hari makin banyak resepi dan makanan di post dalam blog ini. Hahaha... Setiap hari jumaat di Damansara Damai ada pasar malam. Selalu nya Fid dan husband akan mengunjungi selepas balik kije. Biasa la bila hujung2 minggu ni malas nak masak.

Setiap kali p ke pasar malam ni, kiteorang akan beli Apam Balik yang sedap. Serius sedap, jagung dalam apam balik banyak dan memang menepati citarasa kami. Harganya murah RM2.50 sekeping. Berbaloi-baloi.

Kepada yang teringin nak rasa, korang boleh cari kat Pasar Malam dalam kawasan perumahan bersebelahan dengan Mcd Damansara Damai setiap hari Jumaat.


Yummy...