Saturday, August 11, 2012

Hari yang berbaki

Assalamualaikum

 Pejam celik pejam celik, tinggal lebih kurang 2 minggu lagi Fid akan bergelar seorang isteri seorang insan yang amat Fid sayang. =D. Bila ditanya pada Fid apa kah perasaan sekarang, tentukan perasaan berdebar dan takut semestinya ada. Hope Fid dapat menjalani tugas-tugas sebagai seorang isteri dengan baik dan tentunya terbaik untuk suami tersayang.

 Berbaki 2 minggu ni, masih banyak lagi yang tak settle. Kebanyakkan nya bayaran belum settle seperti bayaran kek, bayaran mak andam dan beberapa perkara yang kecik-kecik. Untuk cuti semestinya awal-awal dah apply sebab risau if tak dapat seperti yang dikehendaki tambahan pulak cuti kahwin Fid termasuk dengan cuti raya. So lebih kurang 2 minggu lebih Fid bercuti. Lama giler cuti tapi bakal suami hanya cuti beberapa hari sahaja. Dapat la spend time untuk suami, pindah rumah dan angkut barang ke rumah baru.


Sebelum cuti lama ni maka banyak la kerja yang perlu disettlekan di ofis ni. Serius rasa tak cukup tangan. Hope nnti bila majlis Fid tak ada la panggilan dari ofis untuk settlekan kije. Hari tu masa bersoal jawab dengan bos siap pesan bawa laptop blik kampung. Ermmm... Baru plan nak tinggalkan laptop kat umah KL. Faham-faham aje la bila rumah kenduri barang2 berharga perlu dipantau dengan baik sebab pernah dengar cerita berlaku kecurian ketika majlis kahwin. Hopefully tak tak ada pape berlaku. 

Entry ni minggu terakhir sebelum bergelar seorang isteri kepada Encik Tunang.. Hihihihi.... Nak settlekan kerja ofis dulu. K babai... ^_^

No comments: