Kali ni aku nak cerita pasal picture di atas. Sejak seminggu lepas aku dah mula makan Evening Primrose Oil(EPO) dari Cosway. Before ni pernah gak makan EPO tp dari CCM. Dulu aku makan EPO telah membuatkan selera makan aku membuak2. Tp alhamdulilah kali ni aku akan cuba kawal permakanan risau berat badan meningkat. Sebenarnya EPO ni banyak memberi kebaikan kepada manusia terutama nya kaum wanita.
Antara kebaikan EPO adalah :
1. Haid (PMS) – mengurangkan rasa tidak selesa dan bengkak pada abdomen,payudara dan juga meredakan rasa kemurungan dan iritasi.
2. Jerawat dan masalah kulit - sebaiknya dimakan dengan Fish Oils dan lebih elok dimakan dengan ubat yang dicadangkan oleh Doktor untuk rawatan.
3. Kolesterol dan Tekanan Darah - telah terbukti dapat mengurangkan tekanan darah dan kadar kolesterol. Bagi mereka yang dah ada tekanan darah tinggi & kolesterol, akan ambil masa berbulan untuk berhasil.
4. Rheumatoid Arthritis (kegagalan sistem imunisasi) – sebaiknya dimakan dengan ubat non-steroid & Fish Oil.
5. Ketagihan rokok dan arak – Membantu mengurangkan rasa ketagihan dan kemurungan akibat berhenti merokok dan pengambilan arak.
6. Sistem Imunisasi – kekurangan kadar essential fatty acids mungkin tidak akan membantu daya pertahanan badan untuk melawan virus penyakit (contoh: selsema)
7. Lain-lain - Obesiti, tahap awal Kanser Payudara, Childhood Hyperactivity (ADHD) dan Schizophrenia (a psychiatric diagnosis that describes a mental disorder characterized by abnormalities in the perception or expression of reality - wikipedia)
Pernah dulu mak aku disyaki menghidapi penyakit breast cancer disebabkan terdapat benjolan di bawah ketiak nya. Maka doktor telah menasihati nya mengamalkan EPO bagi mencegah dan merawat. Alhamdulilah selepas mengamalkan nya selama beberapa bulan akhir nya emak saya bebas dari Breast Cancer.
Antara kebaikan EPO yang aku suka ialah ia dapat menghilangkan parut (Nak ilang parut kat pipi yang telah dicakar kucing... hihihihi). Dan yang penting aku nak menstabilkan hormon dan mendapatkan jadual haid yang teratur... :D
2 comments:
salam..
EPO cosway ni brape ek harge die? (=
Kalo tak silap Fida harga nya
Evening Primrose Oil 1000 RM48.00
Evening Primrose Oil 500 RM32.00
tapi selalu nya Fid akan beli semasa promosi. Kalo nak keterangan dengan lebih lanjut Natasha pergi la cosway yang berhampiran
Post a Comment