Sunday, January 23, 2011

eRMMMMMM!!!!!!!.....

NAPE SEJAK AKHIR2 NI AKU JADI CEPAT TERASA HATI
TERSINGGUNG... ASYIK NAK ANGIN AJE
PERANGAI LAMA DAH DATANG BLIK KE?
OH TIDAK!!!!

Friday, January 21, 2011

Apa yang tinggal untuk kita?

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga hal;

  1. Sedekah jariyah,
  2. Ilmu yang bermanfaat
  3. Anak saleh yang mendoakannya

Saya berumur 25 tahun, jika ditakdirkan hari ini saya meninggal dunia, peluang (3) sah-sah bukan milik saya. Peluang (1)? Mudah-mudahan ada, insyaAllah. Hanya peluang (2) yang mampu saya manfaatkan sebaiknya hari ini, sekurang-kurangnya..

* Masih ingat tragedi bas Delima Oktober lalu yang meragut 12 nyawa? Masih ingat 4 daripadanya hanya berusia 18, 19 dan 21?

Semoga Cepat sembuh.....

Assalamualaikum....

malam ni rasa seram sejuk lak...
arghhh badan pun dah meningkat suhu...
Dalam xsihat ni kelopak mata belah kiri asyik bergerak aje
Bila dah xsihat ni mula la aku teringat pada orang tersayang...
mata mula nak berair2.... :-(


Thursday, January 20, 2011

Rindu saat itu....



Rindu saat kurus...
ish macam mn nk kurus semula?
dulu xkisah sangt pasal makan sebb study tp bila dah kije setiap waktu aku nak makan...
nak print pic time kurus la letak kat cermin d
alam bilik... :-D


Muka masih ada shape tp sekarang dah bulat....


Peyut masih flat lagi... hahaha

Suka tgk pic time ni...

Time ni pun kurus dari sekarang...

P/S : Perlu gigih berusaha tuk kuruskan badan... Chaiyok....



Maher Zain







We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

(chorus)

From now you'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

(Chorus)

(4X)
Barakallah

(2X)
Barakallahu lakuumwalanaa

Allah bariklawhuma
Allah Hadhum hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah
Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(4X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

Friday, January 14, 2011

Ais krem...


Hari bosan duk ofis...
Tp yang paling best Encik Mahadi and En Azlan belikan aiskrem...
Yummy..

Jauhkan diri kamu...

Hari yang berbahagia ni aku nak bagitau ciri-ciri kawan/rakan yang patut dijauhi. Antara ciri-cirinya termasuklah :

1. Penting kan diri sendiri
- Kite memang kene jauhkan diri dari seseorang yang pentingkan diri sendiri. Kadang-kadang kita memang perlu pentingkan diri sendiri tapi sekurang2 nya perlukan memikirkan kepentingan orang lain gak. Orang lain pun ada perasaan gak. Ko ingat ko sorang aje ke ada perasaan ke?

2. Hartamu hartaku jua
- Ni adalah ciri2 yang paling aku tak suka. Barang aku die pakai tp barang dia kemain kedekut. Nak beli sesuatu barang untuk dikongsi bersama pun kedekut. Tp barang aku dia guna macam sama2 beli pakai wit bersama. Kepala hotak engkau.. Sampai kan kepentingan pemilik kau ko pernah difikirkan. Kadang sakit hati mempunyai kawan sebegini. Kau nampak aje aku nak guna barang tu ko pakai gak. Arghhh sakit nya hati aku...

3. Bila nak mintak tolong ke main susah
- kawan yang mudah mintak tolong pada aku tp bila mintak tolong dengan dia ke main susah. ada aje perkara yang dilakukan untuk mengelakkan diri dari dimintak tolong. Sumpah pasni aku xkan tolong kau lagi. Patutnya dari dulu dah aku xperlu rapat dgn ko.

5. Ikut perasaan sendiri
- kawan spesis ni memang amat2 aku xsuka. Terlalu ikutkan perasaan. Kalo gaduh dengan pakwe xkan dgn aku pun nak
gaduh kot. Pandai2 la kawal perasaan. Ko kawal pakwe ko xpe lak kawal perasaan sendiri xboleh ke?

6. Mengata belakang
- Part ni aku peduli ape. Aku slow talk dgn ko pastu ko kutuk2 dengan member lain. Ko ingt aku tak tahu ke? Aku rasa ko lebih baik kawan sorang2. Tu lebih baik xda la mulut ko penat nak bercakap dan mengumpat orang lain..

Sekian...

Moral of story :
- Pandai2 la pilih kawan.
- jgn percaya walapun kawan sendiri.

Wednesday, January 12, 2011

Kepada sape?

Facebook, friendster, twitter and dsb adalah satu medium untuk berkomunikasi tp bukan untuk meluahkan perasaan sendiri, mengutuk orang lain, menyumpah orang lain. Bagi aku xperlu la kite menunjukkan ape perasaan kite kepada orang lain. Biar la kita sorang aje yang tahu dan menanggung perasaan sendiri. Tp kalo meluahkan kepada insan lain mungkin kita akan lebih tenang dan ada kala nya mengguris hati insan yang tersayang. So yang penting biar la hanya kita menanggung perasaan terkilan dan sedih seorang diri.



aku masih boleh mengawal perasaan ni kerana aku masih ada keluarga yang amat disayangi dan menyokong aku dari belakang....

Aku pasrah dan aku redha...

Monday, January 10, 2011

Nama yang diberi Radhiyah...

Semalam semasa sedang lena diulik mimpi tiba2 handphone ditelinga aku berdering. Sape la yang cal aku malam2 ni. Rupa2 nya adik aku Radhiyah yang lebih dikenali sebagai Rodi. Pelik gak nape la tengah2 malam die cal. Rupanya saja nak mengadu pasal study dia. Sebenarnya aku sokmo ingt adik aku sorang ni masih berapa di sekolah menengah. Tp sebenarnya dah ambik Diploma dalam bidang Civil..

Rodi : Hello Assalamualaikum angah.
Angah : Wassalam.. Ngah wat pe ni?
Rodi : Baru siap study.... (Rajin nya adik aku... hahaahaha)
Angah : Ok tak belajar?
Rodi : Susah la angah. Subjek add math rodi xpandai sangt la. Lecturer pun tak thu nak ajar macam mn pada kiteorg ni. Ramai yang xfaham. Dah la dulu Rodi mana ada ambik add Math.
Angah : Belajar la slow2... tnya kawan2...
Rodi : Ye la.. Pastu subjek Survey (ukur tanah) pun susah. Assignment dalam group. 1 group campur lelaki perempuan. Dak lelaki malas nak wat asyik perempuan aje yang kene. Penatnya... (bese la ragam2 budak kalo mula mengenal erti belajar di kampus... Aku dulu terpaksa berdikari sendiri dan hanya mengadu pada kawan2 aje)
Angah : Xpe buat aje nnti kite yang pandai.... Duit belanja ada lagi ke?
Rodi : Duit belanja ada sikit aje. Macam2 nak kene bayor. Nak mintak dengan abah segan lak. Angah : Wit PTPTN dah dapat ke?
Rodi : Wit PTPTN xdapat lagi. Angah, laptop ni sokmo mati time ngah wat kije....
Angah : Xpe la nnti kite beli baru ek. Wit bantuan perajurit dah dapat ke?
Rodi : Ngah tunggu wit tu la bru nak beli laptop.
Angah : Ye la... Xpe la nnti cuti Tahun Baru Cina angah ajar add Math tu ek ( ish saje ambik hati, sebenarnya angah pun kene study add math semula kalo nak ajar rodi.... hhihihihhi.....). Hostel ok x? ada masalah kulit lagi ke?
Rodi : Hihhihihi... kulit dah ok. Xde masalah.... K la angah, kalo telefon angah ni mahal
Angah : Ye la (Amboi berkira dgn akak sendiri... huhhuuhu xpe dak belajar byk nak pakai duit)
Angah : Belajar rajin2....
Rodi : K Assalamualaikum
Angah : Waalaikumussalam...

Keesokkan harinya :
- Sampai aje ofis aku terus google cari pasal LOG dalam subjek Add Math....
- Aku pun dah ingt2 lupa tuk subjek ni...
- :-D
- Jom print note tuk subjek add math... hahaha...

Wednesday, January 5, 2011

Lunch Hari ni...



Hari ni p lunch kat Wild Basil kat Solaris Dutamas berhampiran ofis aku. Hari ni lunch bersama dengan Sidah. Best gak la makanan kat citu. Nnti nak ajak Sang Kekasih makan kat citu la... :-) Hari tu makan sama2 kat Bandaria Ayam Kampung. Next time ek cayang kite p makan kat Wild Basil... Layan aje la pic ni... :p


Lasagna ni sedap....


Ni hidangan yang dipilih sidah....

Tuesday, January 4, 2011

Naik lagi 10sen....


Hari ni harga minyak ron97 naik lagi 10sen. Tp nape haya ron97 aje yang naik? ron 95 xnaik pulak. Semenjak dua menjak ni aku dah mula pakai minyak ron97. Bagi aku dan kete aku memang ron97 lebih jimat dan berkuasa dari ron95. Hahahaaha.... pendapat masing2 tp bagi Sang Kekasih mula2 puji melambung minyak ron97 akhirnya berpotensi tinggi untuk menggunakan ron95 semula. Xpe sayang minyak mana2 pun sama aje. Sejak Akhir2 ni harga barang mula naik tp gaji aku xde gak naik2... :-(


Monday, January 3, 2011

Pengalaman Masa Sekolah....

Hari ni rata2 corong radio di malaysia membincangkan pasal topik pengalaman di sekolah. Aku pun ada cerita tersendiri. Dulu ketika sekolah rendah, time tu darjah 3 or 4 (aku xingt sangat). Masa tu kelas bahasa Melayu. Masuk aje cikgu ke dalam kelas cikgu mengarahkan kami membahagikan dak2 kelas kepada 2 kumpulan. Masa tu sekolah kampung so bilangan murid nya tak banyak. Cikgu berkata "Hari ni saya hendak membuat pertandingan pantun di dalam kelas". Aku punya la excited kegumbiraan... :-D

Lebih kurang 5 minit masa berlaku, tiba la giliran Mohd Zainuruddin bin Zakaria (aku masih ingt lagi nama die tp aku panggil dia 'Wan').. Dia tujukan pantun tuk aku. Muka bersinar2 sambil pegang pen tuk menulis apakah keyword tuk membalas pantun tersebut. Pantun nya aku ingt2 lupa tp yang aku ingt sampai sekarang die tnye :

"Kenapa fidah gemuk dan pendek?"

Time tu bengang giler sume dah dak kelas gelak. Entah macam mn tiba2 aku menangis sebab sume orang gelakkan aku. Lastnya dak2 kumpulan pujuk dan cakap "ko balas la semula kat Wan tu"

Akhirnya aku berjaya tenangkan hati dan balik pantun tersebut. Entah macam mn selepas aku balas pantun pada dia, Wan boleh lak menangis sebab pantun aku... hahahaaha akhirnya dua2 nangis. Bila keadaan kelas kecoh akhir nya pertandingan pantun tu ditamatkan. hahahaa gara2 aku dan Wan kelas Bahasa Melayu ditamatkan... Peristiwa tu aku masih ingt sampai sekrang...

Bila sekarang ingt semula saat2 tu memang kelakar. Apakah pantun yang aku tujukan pada Wan biar la rahsia... hahaahaha....

Kasih nya ibu...

Bila dengar lagu ini teringin kat mak di kampung. Tiba2 teringin lagu ni pas tgk post kat OhTidak seorang ibu sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan seorang anak.


Sunday, January 2, 2011

Resepi Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum...





Kali ni aku nak post resepi Asam Pedas Melaka. Xtahu la kalo aku masak sedap ke tidak. :-)

Antara Bahan-bahan nya adalah :

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
{Blander kan bahan2 di atas}

3 batang serai - dititik
1 sudu teh halba
daun kesum + bungan kantan
bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..)
air asam jawa
garam + gula
minyak


Caranya :


Panaskan minyak. Seterusnya masukkan halba dan masukkan bahan2 yang diblend tadi. Seterusnya puan2 masukkan serai. Setelah bahan tersebut garing n masak, masukan gula dan daun kesum dan bunga kantan. Seterusnya masukkan ikan, kacau2 sket then masukkan air asam jawa. Terakhir sekali msukan terung, bendi dan geram. Apabila dan mendidih boleh tutup api.

* asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick..
* lagi pekat, lagi sedap...
* menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah...
* Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh.. hehehehe


* Selamat Mencuba... :D

Selamat Tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011...

Assalamualaikum...

Dah lama gak aku tak menaip cerita2 semasa dalam blog ni. Cik fid sebenarnya bz sikit sejak akhir2 ni. Bese la wanita bekerjaya katakan... Hihhihi...

Diam tak diam kite dah masuk tahun 2011 kan. Kalo diikutkan umur aku dah mencecah 25thun tp masih nampak muda... huhuhuhu... Perasan nya aku ni... Setakat ni impian tahun lepas dah tercapai:
  1. Menghabiskan pengajian di peringkat ijazah
  2. Memiliki CCQ****
  3. Mempunyai kerjaya selepas abis belajar.
  4. Yang penting membawa kebahagian tuk orang yang tersayang terutama mak dan abah...

Bertarikh 1 JAN 2010:

Aku berkesempatan menghabiskan masa bersama Sang Kekasih di PD dan seterusnya ke Melaka iaitu tempat yang pernah menjadi saksi saat2 indah percintaan aku dan dia. Di melaka juga lah detik pertemuan kami wat pertama kali... Sweet nnya (gedik giler... :p).... Sebenarnya plan tuk ke PD ni adalah plan yang x dirancang. Perjalanan kami bergerak lancar dan nasib baik ketika tu jalan xjammed. Tp jalan mula jammed kat Tol masuk ke PD. Sampai kat PD kira2 kul 2 petang. Cuaca masa tu panas giler. Aku tak tahu la macam mn orang ramai boleh mandi laut ketika panas terik. Sampai aje kat PD terus cari tempat makan. Time tu peyut dah lapo. Pastu jalan2 kat tepi pantai. Dah puas berjalan2 kat PD Sang Kekasih dengan selamber ckp "kita terus ke Melaka". Aku ingt die men2 aje... Dua tiga kali gak la aku tnye Sang Kekasih untuk kepastian. Kalo aku tnye lima enam kali dah lame aku kene kutuk dgn dia. :D....

Word pertama yang kuar dari mulut Sang Kekasih ketika sampai melaka ialah "Awal lak kita datang Melaka tahun ni" (jeng.. jeng...).... Aku menjawab dengan senyuman... :-D

Kami berkesempatan jalan2 kat MP, Dataran Pahlawan, Pantai Puteri, Pantai kelebang dan yang paling best tidak melepaskan peluang tuk p makan asam pedam melaka. Yummy sedap giler dan pedas giler. Pas makan kiteorg terus bertolak balik ke KL kira2 jam 10 malam... Bye MeLaka nnti kami datang lagi... InsyaAllah... :-D

Semalam tiba2 teringin nak belajar macam mn nak masuk asam pedas melaka... Next post aku akan letak resepi Asam Pedas Melaka...

Ops terlupa nak bagitau apekah azam baru tuk Tahun 2011. Antara azam nya :
  1. Meningkat Prestasi kerjaya sekarang semoga lebih bek dari tahun lepas.
  2. Meningkatkan amalan agar lebih baik dari tahun lepas
  3. Biarlah Rahsia... InsyaAllah....
*Segalanya hanya dari NYA....

Bye...
Wassalam...