Friday, January 25, 2013

Kerana sesuap nasi

Assalamualaikum...

Sejak berkahwin kami menetap di Saujana Apartment. Sejujurnya Fid amat selesa tinggal di situ. Suasana di kawasan tersebut bersih dan rumah nya besar. Tapi yang tak bestnya untuk keluar rumah menuju ke parking dan dari parking ke tempat kerja amat memenatkan dan amat menguji kesabaran.

Dibawah ni adalah gambar kawasan rumah Fid. Then line merah tu adalah laluan berjalan kaki Fid setiap hari untuk ke parking. Memandangkan kami hanya layak memiliki satu sahaja parking untuk menghuni. Parking penghuni berada betul2 berhadapan blok apartment dan kereta kedua kene diletakkan di Parking Zon Bebas. Sepanjang berjalan kaki, Fid perlu menaiki 100++ anak tangga untuk sampai ke parking. Kalo mendaki dan menuruni tangga, mesti teringat pesanan doktor yang menasihatkan supaya berhati2 dan perlahan2 menaiki tangga terutama ketika hamil. Lebih kurang 10minit kalo berjalan dari umah ke parking.


Dibawah ni pula perjalanan yang perlu dilalui untuk ke ofis. Kadang2 bila keluar dari umah pukul 8pagi, belum tentu boleh tiba ofis pukul 9pagi. Terdapat beberapa jammed yang perlu ditempuh untuk sampai ofis. Kadang2 sampai merengek dengan hubby untuk hantar ke ofis. Tak sanggup rasanya nak meredah jammed tiap hari. Rasa nya masa duduk Sri Rampai tak perlu nak menempuh jammed seteruk ni setiap hari. 


Ni jammed nak keluar dari kawasan Damansara Damai. Kadang2 menapak di sini hampir setengah jam. Bila ckp dengan hubby, dia tak percaya seminggu spend RM50 hanya untuk minyak kereta dan belum termasuk tol. Kadang2 menyalahkan cara pemanduan Fid memandu kereta. Ermmmm...... 


Bila cerita pasal balik kije, jammed paling teruk yang perlu ditempuh adalah sebelum tol Duta dan selepas Tol Sg Buloh. Kedua-dua tempat ni sememangnya amat2 la jammed. Kadang2 terniat di hati nak mengajak hubby pindah di area wangsa maju or segambut untuk menggurangkan mengadap jammed. =(

Tapi kerana sesuap nasi Fid rela menghadapi nya. Dah inshaAllah niat baik ini dipermudahkan oleh Nya. Amin.


Cerita Gembira dan Sedih

Assalamualaikum,

Hari ni tepat 4bulan ikatan perkahwinan yang telah Fid bina bersama dengan suami tercinta. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Terlalu indah perjalanan hidup selepas kahwin bersama orang tersayang. Setiap layan yang diberikan amat menyenangkan. Bertuah rasa nya mendapat seorang suami yang begitu memahami dan menyayangi diri ini.

Alhamdulilah dengan izin Allah SWT, Fid telah melakukan Urine Pregnancy Test (UPT) di rumah dan Fid dapati 'I'm Pregnant'. Perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata dengan anugerah yang diberikan kepada kami berdua. Rasa nya usia kandungan ini begitu baru lagi dan memerlukan penjagaan yang sempurna Insha Allah. Tapi buat masa ini




Baru-baru ni, Si Suami demam dengan tiba-tiba selepas blik dari kampung. Risau melihat keadaan suhu badan yang meningkat dan pening kepala. Selepas makan ubat dan berselimut, badannya tidak berpeluh tp alhamdulilah bila malam bru la suhu badan menurun dan peluh mulai keluar. Selepas beberapa hari Si Suami kebah dan pulih, Fid lak yang demam. Demam tak de la teruk tapi demam kejap. Suhu badan kadang-kadang meningkat. Mungkin disebabkan keadaan cuaca sekarang yang menggalakkan penyebaran penyakit dan demam.

Lebih kurang 3 minggu suhu badan meningkat dan tekak pahit. Setiap pagi asyik nak muntah tapi tahan aje sebab dalam masa 3 minggu tu Fid cuba habiskan puasa yang berbaki dan kalo boleh mahu settle kan nya secepat mungkin. Masa tu tak fikir pape perkara ganjil akan berlaku. Ketika di ofis ada seorang rakan tegur 'Fid ko dah ada isi ke?' aku dengan yakin nya jawab 'Rasa nya tak de la sebab bru ni UPT -ve'. Dan apabila pulang ke rumah dan membuat UPT the result is +ve. Alhamdulilah dan bersyukur kepada Allah SWT.

Tapi kegembiraan itu hanya seketika, Fid keguguran. Perasaan sedih sememang nya amat sangat. Tapi nak tak nak terpaksa dilalui dengan penuh tabah dan dengan harapan akan pregnant lagi pada masa akan datang. Ceritanya bermula 25hb December lepas, Fid selesema dan kerana tak tahan p klinik. Sampai klinik inform doktor bahawa telah wat UPT dan result +ve then die suggest wat scan. Bila scan doktor cakap baby tak nampak lagi tapi rahim dah mengembang dan menebal. Seminggu kemudian akan ada appointment untuk scan sekali lagi. Doktor beri ubat selesema dan beberapa vitamin.

Selepas jumpe doktor, Fid plan ingin p rumah member kat Klang untuk hantar hadiah Nadia sebab tak dapat menghadiri majlis perkahwinan nya. Dari Klang terus kami p ke Setia City Mall. Masa sampai di mall tu, perut Fid rasa lain macam. Masa p toilet Fid nampak sedikit darah kat atas tisu. Masa tu hanya fikir positif aje dan mengharapkan terbaik.

Mungkin itu takdir yang ditetapkan dan yang terbaik, esok nya Fid bleeding dan banyak darah yang kuar. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan Fid. Keluar dari bilik air Fid dah menangis tak terhenti-henti dan bersiap2 untuk ke klinik dan dari klinik terus refer ke Hospital Sg Buloh. Di hospital doktor membuat pemeriksaan dan ambik darah. Menurut doktor kemungkinan janin dah  keluar sebab rahim dah bersih. Selepas selesai semua, Fid dan suami pulang ke rumah dan mulakan process berpantang. Setiap kali melihat darah yang keluar, automatik air mata turut keluar.

Fid berpantang 2minggu. Bangun pagi terus mandi dgn air suam. Selepas pakai baju dan bersiap, sarapan pagi dan selepas setengah jam Fid akan mula bertungku. Menurut orang tua2, berpantang untuk orang keguguran lebih ketat berbanding berpantang untuk org bersalin..

Alhamdulilah selepas sebulan berlaku kesihatan Fid semakin baik dan merancang mahu pregnant lagi. Insha Allah. ... =)

Wednesday, January 16, 2013

Happy Birthday

Assalamualaikum...

Pada 16 Januari 2013 genap la umur Fid 27 tahun. Alhamdulilah atas nikmat yang diberikan olehNya. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi Fid suami yang terbaik, keluarga dan keluarga mentua yang terbaik. Di usia ini juga banyak impian dan kenangan yang manis dapat Fid tempuhi dan nikmati. 

Dan tahun ni adalah tahun pertama menyambut hari lahir bersama insan tersayang bergelar seorang suami. Antara perkara yang menarik sempena my birthday adalah : 

1) Note happy Besday di cermin. Kebetulan malam sebelum nya tido awal sebab terlalu letih dan pagi nya baru tengok. 


2) Ucapan romantis di bagi hari dari suami tersayang. 

3) Before pergi ke ofis dihidangkan sebiji kek. Tak sure bila dibeli nya. Thank you banyak2 suami ku. 


Semoga tahun ni lebih baik daripada tahun2 sebelum nya. Semoga kebahagian ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.




*Sorry entry ni baru di publish... =D baru berkesempatan nak postnya.

Sekian

Tuesday, November 13, 2012

Penghujung tahun

Assalamualaikum,

Pejam... celik.. pejam... celik... kita dan berada di bulan NOVEMBER rupanya. Cepat aje masa berlaku. Bermacam-macam cerita suka dan duka tahun 2012 kita dah lalui. Tinggal lebih kurang 1bulan lebih untuk kite memasuki tahun 2013. Berapa banyak amalan yang telah kita laku kan dan berapa banyak kah dosa yang telah kita lakukan? adalah amalan melebihi dosa atau sebalik nya. Marilah sama-sama kita munasabah diri dan sentiasa mempertingkatkan amalan ke jalan Allah.

Esok 15November2012, kita akan menyambut awal muharam iaitu Tahun Baru Hijrah dimana bermulanya calender Islam. Dulu masa kat sekolah, berbagai aktiviti di sambut sempena menyambut nya. Selain itu, sebagai umat islam mari lah sama-sama kita membaca doa akhir tahun selepas asar dan doa awal tahun selepas Magrib.



Petang ni jom ramai-ramai membaca doa ini. Selamat beramal.

Sunday, October 14, 2012

Wedding Review : Baju dan Tudung Nikah

Assalamualaikum

Sebenarnya gambar-gambar untuk baju nikah, Fid dah prepare sejak minggu lepas tapi sebab tiada mood nak menaip maka baru sekarang ada mood nya. Baju nikah Fid, adalah pilihan warna yang telah dipersetujui bersama dengan suami. Disebabkan mahukan kelainan, kami memilih 'dusty pink' dibandingkan yang kebanyakkan pengantin memilih warna putih sebagai warna tema pernikahan. 

Baju nikah ni Fid tempah dengan Mak Andam. Menurutnya jika bakal pengantin menempah sendiri dengan tukang jahit baju pengantin, bayaran nya lebih mahal. Percaya or tidak harga upah untuk membuat dan menjahit manik hanya RM120. Serius murah giler masa dibagitau harga tu. Harga kain yang dibeli biar la rahsia. Hhihhihihi... Mengikut perancangan awal, lace dan manik yang digunakan bukan lah seperti yang dibuat Mak Andam. Sebab menurut Mak Andam lace yang Fid pilih tidak sesuai dgn baju tersebut. Tak pe lace yang dibeli boleh dipadankan dgn baju lain. 

Untuk tudung pula, Fid telah membeli sendiri dari shawlforyou. Harga nya RM99 include postage. Sememang nya pemilihan tudung amat penting untuk pengantin kelihatan menarik di majlis yang penuh bermakna itu. Susah juga nak dapatkan tudung yang match dgn my dress. Bila shawlforyou iklan kan dalam blog dan fb tudung warna 'dusty pink' Fid terus emailkan dan confirm. Alhamdulilah tudung tersebut amat menepati taste dan jahitan nya kemas. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Taraaaaa ni la baju nikah dan tudung yang digunakan untuk majlis pernikahan Fid.....







Sekian.. ^_^

Sunday, October 7, 2012

Rezeki Kahwin

Assalamualaikum,

Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi dengan rezeki dan peluang yang diberikan kepada Fid. Baru-baru ini Fid telah menerima surat dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk peperiksaan pemohonan jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Peluang ini Fid tidak jangka menjadi salah seorang yang terpilih. Biar pun hanya sebuah peperiksaan tapi Fid syukur diberi peluang untuk merebut jawatan tersebut.

Peperiksaan ini diadakan di Dewan Peperiksaan PSDC Kuantan. Terdapat 3 bahagian soalan yang perlu dijawab yang bermula dri pukul 9 pagi hingga 12.30 pagi. Tak de la direct peperiksaan ini tapi ada 3 section.  Feel menghadiri peperiksaan ini  rasa seronok sangat sebab dihantar dan ditemani oleh suami tersayang. Semangat nya lain macam rasa nya. *gedik...

Slip peperiksaan

Tak sabar rasa nya ingin menunggu keputusan nya dan result nya bakal di umumkan pada 3 Nov 2012 nnti. Bagi rakan-rakan yang turut mengambil peperiksaan ini, sama2 la kita menunggu k. ^_^

Wedding Review : Bunga Tangan

Assalamualaikum,

Untuk kali ini, Fid ingin review berkenaan dengan bunga tangan. Jika mengikut perancangan awal, untuk majlis pernikahan Fid akan menggunakan bunga tangan artificial manakala untuk majlis persandingan Fid akan menggunakan bunga tangan fresh flower. Disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan oleh pihak Kak Lea, Fid terpaksa terima. Sedih semestinya sebab payment dah buat tapi bunga yang diingin kan tidak dapat.

Alhamdulilah bunga tangan artificial yang Fid tempah amat berpuas hati. Design nya juga sangat cantik. Bunga tangan itu Fid tempah dengan renee. Masa Fid tempah dengan Renee, dia buat promotion untuk bunga tangan. Harga nya hanya RM90 sejambak. Murah kan? Hasil nya amat memuaskan. Renee juga tidak lokek nak berkongsi idea untuk preparation for my wedding memandangkan die bru sahaja melangsungkan perkahwinan. Kepada rakan-rakan yang berminat ingin menempah bunga tangan artificial dan fresh flower boleh direct email to maernee@gmail.com insyaAllah anda akan berpuas hati dengan hasil nya.

Artificial Flower