
Monday, December 13, 2010
Sunday, December 12, 2010
Penat tapi amat menyeronokkan

Ini la gambar Bukit Belacan. Sejuk gilerrrrs air nya. Nak mandi pun terketar2. Walopun keadaan nya tak seperti air terjun lain tp suasana nya menyamankan. :-) Sampai2 aje kiteorg makan2 then terus terjun mandi.... masing2 semua kesejukkan. Rasa macam mandi ais.

Selepas balik dari Bukit Belacan, aku temani si dia pergi ke Pikom PC Fair yang bertempat kat KLCC. Ramai giler orang. Si dia excited nak tgk kamera Nikon model terbaru. Mesti dalam kepala nya berangan bila lah dapat memiliki kamera ni... :-)

.
.
.
.
.
.
.
Balik dari PC Fair aku excited nak p taman lepak2. Mula2 p taman Datuk Keramat tp xde parking lak. Dengan menggunakan Papago aku cari la senarai taman kat area ampang. Entah macam mn aku terpilih Taman Tun Abdul Razak. Aku ingtkan taman rekreasi tp rupanya perumahan. Bila sampai kat sana aku tgk ramai giler orang. Ingatkan memang tepat la sangkaan aku di citu ada Taman rekreasi . Jalan punya jalan aku sampai kat kawasan yang ramai orang parking kereta. Rupanya bukan Taman rekreasi tp taman monyek. Banyak giler monyek dan orang yang singgah sibuk memberi monyek makan roti. Monyek2 tersebut adalah monyek jinak.
Tgk si dia bosan aje Si Dia ajak pergi IKEA. Aku mula la excited sebab 1st time nak p IKEA.

Ramai giler orang time tu.... Before masuk IKEA aku dah siap berangan macam2 nak design umah sendiri nnti. Hihihihihhi... Banyak barang2 yang menarik tp yang paling aku x berkenan adalah warna perabot. KEbanyakkan perabot menggunakan warna putih. Warna putih amat sesuai kalo nak deco rumah yang bertemakan Inggeris. Tapi aku lebih berminat deco rumah menggunakan perabot bertemakan warna kayu. Duk komen2 pasal perabot dan set katil tak cantik si dia suggest nnti kite p tgk perabot kat cavenzi lak. :-)
Balik dari IKEA kiteorg singgah makan kat Mali's Corner Danau Kota. Yummy.... Si dia makan nasi lemak ayam then aku makan koew kueh teow... Masing2 minum air teh o ais.
Selepas makan kiteorg terus blik. Bila dah kenyang mata mula la mengantuk. Cian Si dia nak kena blik semula ke Shah alam. Jauh gak tu (nnti cari umah kat setiawangsa ek) hihihihi... Si dia sampai umah kira2 kul 11.30malam. Time tu aku dah diulik mimpi.. haahaha... semangat nak telefon si dia around kul 11.30malam. Last2 nya aku terlena. Sory bucuk... :-D
Saturday, December 11, 2010
Rindu.....
Wednesday, December 8, 2010
Wanita, Isteri dan .......
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.
Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.
Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Wednesday, December 1, 2010
Betul ke?
Tapi kalo kita terima aje pinangan orang yang begitu berani tu, adakah lelaki tu betul2 sesuai dgn kita? ha... tu pasal ada peringkat bertunang. Time tu la nak kenal seseorg tu... :-) Wah yang paling kagum dia begitu berani dan gentlemen. Tp kalo kita terima pinangan tersebut, kesian lak boyperen kita yang selama ni bercinta cintun selama beberapa tahun.
Yang penting jodoh di tangan Tuhan...
Peace no war...
Senyum lah kerana senyum tu adalah sedekah dan membawa kebahagian...

Wednesday, November 24, 2010
Bakal Teman Hidupku....
Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.
Wednesday, November 3, 2010
Cerita Semalam...
Malam tadi akak saudara aku call around dalam kul 11.30 malam. Time tu aku dah dibuai mimpi. Nasib bek aku sempat angkat kalo tak selamat la aku sambung tido semula. Hihihihihihi.... Ada kabar gembira yang dia nak sampai kan walopun aku dah tahu apakah khabar gembira tu sebab before ni dia dah bagitau aku. Daripada situasi itu aku tengok betapa gembira nya seorang wanita bila mendapat tahu diri nya akan di pinang oleh lelaki yang dicintai
tidak lama lagi. Aku sendiri yang mendengar rasa amat gembira apatah lagi tuan punya badan. Kak long inform pihak lelaki akan datang meminang (mungkin majlis bertunang) pada 18 December 2010. Kak long call aku sebab ingin mengingatkan aku tarikh tersebut dan semestinya menginginkan aku bersama nya untuk persediaan majlis tersebut. Aku doakan kan kak long berbahagia untuk perkahwinan kali ini walopun gagal untuk perkahwinan pertama. Amin... Lagipun sekarang umur kak long baru diawal 30-an. Masih panjang waktu yang perlu ditempuh.
Bila duk asyik dengar orang lain nak kawin and tgk orang lain bahgia bersama anak2 masing2, hati ni kadang2 terusik jugak. Bila la agak nya aku dapat merasa perasaan begitu yek. Tp hati selalu memujuk hati supaya sentiasa bersabar. Hihhihhi... Masih byk perkara yang perlu diselesaikan. Jodoh aku lambat lagi... Allah dah tentu kan yang terbaik untuk kita. Tp aku tgk majoriti kawan2 aku sume nya dah bekerja melebihi 2 tahun pastu baru kahwin. Bila fikir2
Allah maha adil. Kawan2 aku tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi tp mereka murah rezeki hingga dapat menempuhi alam perkahwinan lebih awal. Tp aku bersyukur dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga Adimurahkan rezeki. Amin...
So pape pun aku kene tunggu 2 tahun berkerja dulu dan seterusnya baru la fikir pasal kahwin. Hihihihi... Sian pada pihak lelaki yang terpaksa menyediakan keperluan untuk majlis. Kita sebagai wanita sepatutnya memberi peluang kepada pihak lelaki dan memberi pesanan "Siapa cepat dia dapat....".
* Yeah... Hari ni dapat bisness kad dari pihak syarikat... :-) (saje nak riak kat blog sendiri...)




