Monday, June 8, 2015

App : MyDay

Assalamualaikum,

Setiap kali korang datang bulan korang catat tak waktu dan tarikh nya. Tak semua orang akan mencatatkan nya kan? sebenarnya ia amat penting untuk menentukan sama ada waktu period kita teratur atau tidak. Ia sememang nya penting terutama untuk wanita yang ingin merancang kehamilan dan merancang keluarga.

Dulu pernah buat appointment dgn O&G. Sebelum jumpa doktor, nurse siap tanya tarikh last period. Nasib baik time tu dah guna app ni dan terus buka ipad tengok calendar. Kan senang... Ada yang datang tak thu tarikh last period tak pasal2 kena marah dengan nurse sebab tak alert dgn diri sendiri.

Untuk yang telah berkahwin,bukan hanya isteri install app ni tapi suami pun kene alert dengan period isteri. Sebab sebagai ketua keluarga suami lah yang tertanggungjawab untuk merancang keluarga. Jangan lepaskan tangan dan isteri yang merancang.

Sebenarnya suami perlu ada ilmu yang berkaitan dengan wanita termasuklah berkenaan dengan period, kehamilan dan sebagainya berkenaan dengan wanita.

App yang Fid pakai MyDay. Korang boleh upload dalam market store dlm handphone canggih masing2. Install dan catatkan tarikh start period korang dan akhir period.


Selepas install, logo dia seperti di atas. Bentuk Bunga... 





calendar 

Selamat mencuba.... 



Wednesday, May 20, 2015

Kelas Jahit

Alhamdulilah setelah lama menyepi, Fid ada join kelas menjahit di Batu Cave. Serius seronok sangat dapat belajar macam2 pattern baju termasuk lah Baju Kurung, Kurung Moden, Jubah dan Baju Kurung Pesak gantung. Nanti Fid post cara macam mana nak buat baju2 tersebut. Masih mengumpulkan material nak share dengan korang.

Bye.

Elakkan ajak kawan macam ni teman bershopping

Shopping sememangnya tak dapat lari dari dikaitkan dengan wanita. Huhuhuhuuu... tapi sekarang ramai aje yang lelaki yg suka bershopping. Walhal kadang2 lebih2 dari wanita. Shopping ni boleh dikatakan sebagai terapi ketika sedih dan marah. Kalo tak caya cuba time serabut kepala keluar la bershopping or window shopping. Sure bila dah blik rumah hati dah happy. Make sure bila bershopping jangan lupa daratan. JGN terover belanja.

Sebenarnya kalau bershopping bersama2 kawan lebih seronok. Tapi elakkan diri dari mengajak rakan yang perangai macam ni ketika shopping :

1. Time shopping baju

Masuk aje kedai baju muka menampakkan muka yang kurang menyenangkan. Bila tengah belek2 baju dan puas hati nak beli ada suara sumbang berkata "Ala setakat blaus dan skirt ni ko buat sendiri pun boleh. Senang aje ni. Tak berbaloi ko beli. Cuba kira kalo beli kain dan jahit sendiri? berapa untung?". Automatik mood nak beli terbang melayang. Aku rasa kalo tukang jahit pun sendiri teringin nak beli pakaian yang org lain jahit. Kadang2 malu gak bila penjaga kedai pandang. Dah jom bla...

2. Main telefon

Paling tak suka bila ajak kawan shopping dorang sibuk dengan handphone. Sambil jalan tu la nak tgk FB la. Kadang2 sepanjang keluar tu buka FB nak dekat 20 kali. Entah apa yang die belek nya.

3. Time beli kasut

Bila masuk kedai kasut lak. Biasa perempuan akan test2 kasut. Macam2 kasut la tersarung kat kaki ni. Tapi tu bru rak kat depan kedai. Tapi dah ada yang membebel "kasut kat umah tu banyak dalam rak kasut. Tak pakai pun. Ni nak beli lain.". Nak aje jawab "Cuba buka rak kasut dan tgk dan tunjuk mana kasut yang dimaksudkan?". Kasut yng mengelupas kulitnya ada la.

4. Susah memberi pandangan/pendapat

Yang ni paling aku tak suka. Bila nak beli sesuatu barang / baju, bila diminta memberi pendapat jawapan yang diterima hanya lah "ikut la.", "ikut suka la","ok aje","ermmm","ok". Tp bila dah bayar dan pakai, mulut nya mula la tegur "macam xsesuai aje", "tak cantik aje"... annoying... sila berambus...


Kadang2 bila tgk org lain bertukar baju handbeg teringin gak nak tukar handbeg or kasut 4-6 bulan sekali. Tgk orang lain, bestnya ada baju or handbeg/ kasut yg berjenama. Kita????


Ni aje yang diluluskan untuk beli tu pun bayar sendiri... 
Ni la selipar yang aku pakai p ofis...


Hahahahhaa... elakkan la orang macam ni nak bershopping. Memang tak dapat pape la jawab nya. 


Bye.

Friday, October 31, 2014

Pening kepala fikir nak kemas barang

Assalamualaikum,

Fuhhh serius penat sangat nk kemas barang untuk pindah rumah baru. Kadang-kadang sebelum tidur pun asyik terfikir apa yang nak kemas balik kerja nanti. 


Esok dah start nak p basuh rumah dan angkat barang sikit2 terutama pinggan mangkuk yang mudah pecah. Tak nak menanggung risiko pape time angkat barang dengan lori nanti.

Alamat malam ni tido lewat la jawab nya sebb kalo boleh malam ni nak kemas baju yang jarang pakai di masukkan dalam beg or kotak untuk di angkut ke rumah baru.

Semoga dipermudahkan segala nya. Amin.

Sunday, October 26, 2014

Checklist dan tips untuk pindah rumah baru

Assalamualaikum,

Selepas 2 tahun duduk di Apartment Saujana ni, bermula bulan November 2014 ini Fid dan suami akan berpindah ke Keramat lak. Memandangkan office Fid bakal berpindah ke Sri Rampai Business Park. So dekat la sikit nak berulang ke tempat kerja. Cuma Encik Suami jauh sikit la untuk ke tempat kerja.

Plan nya nak pindah awal tahun depan tapi kebetulan kawan time study dulu offer rumah family dia untuk di sewa. Harga berpatutan dan yang penting ia adalah rumah teras 2 tingkat. Bukan senang nk dapat sewa rumah teras dgn harga yang murah. Alhamdulilah rezeki kami. :D

Untuk berpindah ni macam-macam perkara yang nak diuruskan. Antara nya :

1. Dapatkan kunci dan confirmkan bila akan masuk ke rumah baru. Selain itu bayar deposit dan sewa pertama.

2. Meminta kebenaran untuk pindah keluar dri Apartment Saujana. Pemohonan tersebut perlulah dilakukan di Pejabat Pengurusan

3. Contact Astro untuk memindahkan Astro ke rumah baru.

4. Pemulangan access card kepada Pejabat Pengurusan.

5. Settle urusan berkenaan rumah dengan tuan rumah ( maybe ada payment / deposit). - Done

6. Cari lori untuk di sewa bagi mengangkut barang ke rumah baru (termasuk hire pekerja untuk angkat barang)


Selepas settle kan urusan di atas maka boleh la mengambil langkah untuk mengemas barang apa yang patut.

Antara barang yang diperlukan :

1. Penyapu untuk membersih rumah (pakai penyapu yang sedia ada aje).  - Done


2. Kotak
- Kotak untuk menyimpan barang-barang. 



3. Plastik Wrapping. - Done
- Ini penting untuk balut peti ais dan mesin basuh. Ini bagi mengelakkan calar balar. Kita boleh juga guna untuk membalut perabut. Selain itu untuk tilam, anda dinasihat untuk balut dgn plastik ini kerana bimbang jika semasa process pemindahan itu berjalan cuaca hujan. Selamat la tilam dri basah walaupun lori ada bumbung canvas. 


4. Pita Pelekat
- Digunakan untuk mengemaskan kotak.

5. Maker / Note pelekat
- Untuk melabelkan kotak yang berisi dgn barang. Make sure barang semua dilabel untuk memudahkan anda menyusun dan mengemas di rumah baru nnti.


Tu saje buat kali ini. Next time Fid update progress pindah. 

Bye. 

Sunday, September 28, 2014

Sabar lah hati

Sabar lah hati
Allah sedang menguji ku
Semoga aku tabah menghadapi.
Amin 



Tidak dapat menerima pandangan orang lain

Assalamualaikum, 

Kadang-kadang dalam satu keluarga atau dalam berkawan, bukan semua perhubungan itu indah dan tiada masalah. Antara nya perkara yang selalu terjadi adalah seseorang yang tidak dapat menerima idea atau pandangan orang lain dengan baik.

Tapi kenapa????

Adakah kerana keegoan yang tinggi???

Tapi sekurang-kurangnya ada orang lain yang tampil melontarkan idea untuk kebaikan bersama. Bila ada sebelah pihak yang hanya berdiam diri dan hanya mendengar tanpa memberi respon. Tiada komunikasi maka ada pihak yang terasa hati dan rasa dipinggirkan.  Kita sebagai manusia biasa bukan boleh membaca fikiran mereka tanpa diluahkan

Orang seperti ini hanya merasa pendapat dia yang terbaik. Bila pendapat nya dibangkang atau dipertikaikan, mula mengatakan 'kamu sahaja yang betul', 'kamu sahaja yang terbaik'

Berikut adalah tips untuk menghadapi orang seperti ini:

1. Berdiam diri

-  Berdiam diri adalah cara yang terbaik dan senang. Kadang-kadang orang seperti ini sukar untuk ditegur dan mempunyai keegoan yang tinggi. Bila berdiam diri maka tiada persengketaan timbul.

2. Sabar dan terus bersabar

sumber : google

- Sebenarnya tak semua orang mampu bersabar dan kesabaran seseorang tu ada tahap nya sendiri. Tapi berusaha untuk sabar k. 

3. Memberi pendapat dengan berhemah

- Setiap teguran dan pendapat perlulah disampaikan dengan penuh kelembutan dan berhemah. Maksudnya berkata-katalah dengan menggunakan bahasa yang lembut dan sopan.

Sekian..