Monday, February 6, 2012

Cuti Thaipusam + Cuti Maulidur Rasul = Kerja



Bismillah...

Ketika blog ni dikarang aku sebenarnya sedang berkhidmat ketika cuti untuk company tersayang. Dalam sibuk2 tetap ada masa nak mencoretkan sepatah kata kat blog ini. Sekarang aku sibuk menyiapkan tugasan orang lain dan menjayakan projek ini dibawah projek Telekom Malaysia (TM). Alhamdulilah dgn bantuan senior aku, maka dapat la aku menyiapkan nya task aku. Hari ni datang semata-mata untuk testing dan membetulkan apa yang error. Sepatutnya hari esok aku AL maka esok boleh la nak tido lebih2 tapi pagi tadi terima sms yang menyatakan aku perlu ke Putrajaya untuk menjayakan UAT esok. Ish abis la rancangan aku untuk ke bank. Ingatkan esok nak p Maybank untuk buat autodebit untuk pinjaman kereta. Erm mintak2 dapat excuse dari PM. Tak sabar nak tunggu PM datang kul 5 petang nnti.



Sebenarnya untuk mengelakkan stress ditempat kije, before p kerja ikhlaskan hati untuk menjalankan amanah majikan supaya gaji yang dapat diberkati. Amin. Pape pun kite mesti la sentiasa SENYUM...

Sunday, February 5, 2012

Rajuk yang berpanjangan...

Title post ni menggambarkan segala. Bukan sahaja rajuk yang berpanjangan bahkan 'kecik hati' yang berterusan. Hanya Allah SWT tempat aku mengadu. @_@..

Thursday, February 2, 2012

7 month only...



Bismillah...

Tik..tok..tik..tok... masa tidak akan berhenti dan akan terus berjalan. Bila di kira2 tinggal lebih kurang 7 bulan lagi untuk aku melangsungkan perkahwinan. Banyak menda yang masih belum dilaksanakan. Ada beberapa persiapan yang telah aku laksanakan. Memandangkan sumber kewangan tidak memberangsangkan so terpaksa la aku membeli barang sedikit demi sedikit. Hopefully everything berjalan seperti dirancang. Amin.

Minggu depan bersamaan dgn 11 dan 12hb aku kene menghadiri kursus perkahwinan bersama dengan Encik Tunang bertempatan di Shah Alam. Kursus perkahwinan wajib dihadiri oleh sesiapa yang ingin mendirikan rumahtangga. Ia memberi pengetahuan kepada bakal2 suami dan isteri untuk melayari rumah tangga nnti. Menurut rakan2 pelbagai aspek disentuhi ketika kursus perkahwinan.

Antara perkara yang telah dilaksanakan antaranya :


Hantaran:
1) Perfume (pihak lelaki)
2) Kejadah (pihak lelaki)
3) Kain pasang batik (pihak perempuan)

Goodies beg
1) jar (deco + x basuh lagi ^_^)


Bersepah bila mula wat kije


taraaaa.... dah siap deco penutup jar

2) paper beg (500 done + 200 not done)

Keperluan lain
1) Cadar
2) Bakul untuk hantaran

Pakej
1) already book pakej perkahwinan (bayar sikit)

Baju
1)Baju nikah (dah hantaran jahit)

Sebenarnya banyak lagi menda yang xsettle lagi. Hope sempat nak prepare semua nye sebelum majlis berlangsung. Pape hal nnti fid akan update untuk barang2 yang dibeli akan datang...

Thursday, January 19, 2012

Happy Birthday to me


Bismillah...

16 Januari 1986 lahir la seorang bayi ke2 untuk pasangan Rasedan dan Salmah. Bayi yang dilahirkan pada 6.30pagi di Kampung Pulau Jawa, Pekan. Bayi yang diberi nama Rafidah dan bayi disebutkan adalah Fid yang sekarang sudah berusia 26 tahun. Alhamdulilah dgn penjagaan yang rapi oleh Abah dan Mak sekarang Fid dah berjaya dalam pelajaran dan kerjaya InsyaAllah. Tak sangka usia Fid dah capai 26thun (Dah besar anak mak!!!!).

Bila ditanya apakah hadiah yang dapat pada ulangtahun kelahiran tahun ini, jawapan fid adalah hadiah cup cake dari seorang rakan. Thank a lot sebab belanja dan celebrate my birthday.


Bagi aku hadiah yang terindah adalah melihat orang yang aku sayang sihat dan berbahagia menjalani hidup ini. ^_^

*Post ini dah lama ditaip tp tak sempat nak post.. :D

Monday, January 9, 2012

flower bouquets for my weeding

Bismillah...

Memandangkan hari ni hari yang tiada mood untuk kije sebab rakan2 seperjuangan kebanyakkan nya pergi ke putrajaya untuk UAT projek TM. Dikesempatan ini dapat la Fid mengupdate blog yang dah lama tak diupdate. Dah berabuk blog ni... Hihihhiihi...

Bila dihitung tinggal lebih kurang 8 bulan sahaja lagi untuk aku bergelar seorang isteri. Itu la saat2 yang ditunggu oleh setiap gadis di dunia ini. Hopefully segala nya dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin.... Terlalu banyak persiapan yang perlu disettle kan sebelum majlis. Kalo boleh Fid nak settle nya before kite menyambut bulan Ramadan. Untuk hari ni Fid cerita pasal Flower bouquets atau juga dikenali sebagai bunga tangan. Jika di google terlalu banyak pilihan yang menarik. Tips untuk pemilihan bunga tangan ini adalah pengantin hendaklah memilih warna2 bunga yang bersesuaian dengan baju yang digayakan. Fid sendiri pening nak tempah bunga macam mana. Kalo boleh biar la menarik dan berpatutan. Ni antara flower bouquets yang menarik minat fid.

1. Pink warna kesukaan Fid but not Encik Tunang... :D

2. Nice sangat ^_^



3. Yang ni memenuhi warna tema...


4. Amat Cantik


5. Nice juga :D

Thursday, December 15, 2011

Alhamdulilah..


Bismillah....

Syukur alhamdulilah kehadrat ilahi atas rezeki yang dikurniakan kepada aku. Sebenarnya semasa menulis blog ni hati aku berbunga2 gembira. Ada perkara special yang selama ini aku dambakan. Sebenarnya berkat kesabaran aku selama ini berbaloi dan mungkin rezeki nak kahwin kot. Hiihihhiihi... Apa yang menggembirakan fid biar la menjadi rahsia. ^_^


Semalam tercapai hasrat nak belanja my sis makan kat Secret Receipe kat Alpha Eagle. Sampai kat Secret Receipe xthu nak makan apa. Lastnye aku order lasagna aje.


Sempat snap before kuar umah... ^_^

Wassalam...

Tuesday, December 13, 2011

Tips #1

Bismillah...

Actually, hari ni fid nak share tips yg amat berguna kepada semua para wanita. Hihihihi... macam penting sangt aje tips nye. Tips untuk penjagaan kerongsang. Semestinya ramai para wanita di malaysia ni menggunakan kerongsang sebagai perhiasan. Masalah yang selalu dihadapi oleh pemilik kerongsang adalah permata di kerongsang selalu tercabut dan apabila sudah lama dibeli kelihatan tidak berkilat. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyapukan pengilat kuku pada manik or permata di kerongsang anda. Selain dapat mengilatkan ia bertindak sebagai gam untuk mengelakkan manik or permata tercabut. Serius ia berkesan sebb fid sendiri telah mencubanya. Tp yang penting pastikan penyilat kuku yang disapu itu betul2 kering. Selamat Mencuba...

Ni la pengilat kuku yang fid gunakan. Beli kat Elianto...


Kerongsang yang dah siap di sapu pengilat kuku... Berkilat kan^_^