Thursday, August 4, 2011

Kau sentiasa di hati ni..


Tanggal 1/Ogos/2011 pergi nya seorang insan yang amat ku sayang dalam hidup ini. Di saat orang ramai menyambut kedatangan ramadhan, kau pergi wat selama-lamanya. Mak Ngah redha atas pemergian mu Asytar Zikri yang baru berusia 3 tahun 1 bulan. Semoga kita jumpa di sana. InsyaAllah.

Kira2 pukul 1.30pagi aku mendapat perkhabaran bahawa Asytar Zikri (Adik) telah pergi wat selama-lamanya. Hanya Allah saja yang tahu betapa terkejut dan sedih nya mendapat perkhabaran itu. Dengan serta merta aku dan jan kemas barang berkemas untuk pulang ke kampung (Pekan) dan menghadiri majlis pengebumian di Pasir Mas kelantan.

Sepanjang perjalanan pulang, aku asyik teringat kenangan2 yang terindah bersama arwah. Terlalu byk kenangan tambahan die adalah satu-satunya anak saudara yang aku ada di dunia ni. Dia ditatang bagai minyak yang penuh dalam keluarga ku. Tp Allah lebih menyayangi nya. Aku yang rasa teramat sedih apa tah lagi mama dan papa nya.

Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah adalah ketika arwah bersama dgn parentnya datang KL sebb nak p IKEA pada bulan june lepas. Aku join diorang tp jan xdapat join sebb die kuar bersama ina dan rakan lain. Sepanjang perjalanan ke IKEA arwah asyik duduk di riba ku walopun kerusi kereta kosong di sebelah. Beberapa kali aku suruh arwah duduk kat kerusi tu tp die enggan. Mula2 pelik n rasa lain macam gak tp cepat2 campakkan jauh2 andaian yang buruk. Dia juga asyik bercerita pasal pengalaman die pergi ke Aquaria KLCC. Sambil bercerita beberapa kali aku mencium nya tanpa dia merasa rimas. Tiba2 die bertnya "mah ngah, abang mie x kelik ke?". Aku pelik macam mana di boleh ingat pasal abang mie. Aku jawab "abang mie kije adik".

Masa di IKEA kiteorang makan nasi ayam kat IKANO. Arwah berselera sangat makan nasi ayam. Sepinggan die abis makan. Masa makan die asyik nak berkongsi air dengan aku. Ketika itu aku hanya order air limau ais. Air yang di order oleh mama nya enggan di minum. Sepanjang berjalan dalam IKEA, hanya aku dibenarkan menolak troli yang dinaiki. Kalo papa dan mama die tolak die akan marah dan menjerit2. Rupa nya itulah hari terakhir aku dapat meluangkan masa bersama nya. Masa on the way blik ke rumah, arwah minum susu dan tertido. Sebelum kuar dari kereta aku sempat cium pipi arwah wat kali terakhir.

Selain itu, aku teringtkan saat indah kiteorang pergi ke Cameron Highland. Kalo di ingtkan memang terlalu banyak kenangan. Dia la penghibur hati kami sekeluarga apatah lagi mama dan papa nya.

Saat arwah pergi, mama nya sedang menunggu masa untuk bersalin. Arwah xsempat nak menyambut kelahiran adik sendiri. Tp menurut along, adiknya yang bakal lahir, muka nya serupa saling tak tumpah dengan muka arwah Asytar Zikri. Mungkin adik nya yang bakal lahir akan menjadi pengganti diri arwah. Tp bagi aku arwah mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang sentiasa tersemat di hati ini.

Al- Fatihah untuk arwah.

Wednesday, July 27, 2011

Kita berubah untuk menjadi lebih baik

Setiap perubahan pada diri seseorang semestinya inginkan sesuatu yang lebih baik bukan nya menjadi lebih jahat. Adakah itu hanya untuk mendapatkan pandangan yang baik dari seseorang. Adakah apa yang kita lakukan ikhlas kerana Allah? Kalo setakat nak menarik perhatian baik tak perlu la.

Betul kata2 orang, kalo kita berkawan dgn seseorang pada awal perkenalan segalanya baik. Pijak semut pun tak mati tp bila dah beberapa tahun mula la perkara baik pada awal perkenalan terbang hilang entah ke mana. Aku tahu zaman sekarang kite susah nak jumpa kawan dan sahabat yang betul2 baik walopun diri ni xde la sebaik mana. Sekurang2 nya boleh saling menasihati. Kalo boleh seseorang teman yang boleh menerima teguran dan boleh menegur kesilapan kita. Selain itu boleh bertukar2 pandangan sama ada ketika bershopping dan segala hal. Baru la silaturahim tu berkekalan hingga akhir hayat. Bukan mencari kesempurnaan tp sekadar mencari keserasian.

Tuesday, July 12, 2011

Dah Expired....

Hari semalam adalah cukup setahun Cik CCeuq bersama dengan tuan nya. ^_^ Roadtax dah disettlekan dari minggu lepas. Tq pada Kekasih hati sebab tambah kos dan tak lupa juga kepada delear kereta yang membantu buatkan roadtax + insuran. Pagi td aku dah mula turunkan roadtax lagi dari cermin depan.


Roadtax yang telah dibuka...


Roadtax baru... ^_^

Siap ditampal... Tahun depan lak update pasal roadtax... InsyaAllah..

Sungai Rumput

Hari ahad lepas, aku, jan dan hadi p mandi sungai. Nama nya adalah sungai rumput. Yang difahamkan kat citu area orang asli. Air kat citu sejuk sangat. Aku xjoin mandi pun sebb memang niat dari umah xmo mandi. Hanya jan dan hadi aje yang mandi. Ada sikit aje pic masa p mandi sungai hari tu... Ops pic hadi xde. Angah xambik... hahaha

My leg

Lepas gian, Xdapat p bukit belacan p sungai rumput pun boleh...

Air Jernih

Memikirkan masa depan... ^_^

Durian Runtuh.....!!!!!!!

Hari sabtu lepas rodi anta sms bgtau durian kat kampung dah gugur. Tak sabar rasa nya nak blik kampung nak makan durian. Sebenarnya aku dan jan memang kaki durian. Kadang2 seorang boleh balon 3 biji dalam satu masa. Buruk nya perangai anak dara ni... ^_^

Kalo diikutkan pada 29hb ni aku dan jan nak blik kampung sebb mak abah nak wat kenduri sebelum menjelang pose nnti. Nak makan puas2 before pose. Pastu nak p shoping barangan dapur terus. Mum and dad, I miss u so much.

Sabtu lepas aku dan jan p pasar malam. Macam bese setiap kali p pasar malam jan akan beli ayam potong 'Uncle Bob'. Masa nak kuar dari kawasan pasar malam, kiteorg terpandang durian. Nak tunggu blik kampung lambat lagi, akhirnya kiteorg beli durian tuk melepaskan gian makan durian. Isi nya boleh tahan tp ada sebiji durian yang kiteorang beli, isi nya tawar dan isi nya tak kuning. Tp xpe janji kami dapat merasa kelazatan durian... Yummy...