Wednesday, May 18, 2011

Apakah maksudnya?


Aku xtahu la kenapa semenjak dua menjak ni aku asyik mimpikan sesuatu. Baru ni hari selasa lepas aku bermimpi aku di kejar oleh penjahat. Entah macam mn tiba2 aku berhenti di suatu tempat. Sedang duk rehat aku ternampak sesuatu yang memerhatikan aku. Dia tengok aje aku dari jauh. So aku wat bodo aje la. Pastu mimpi tu berlalu pergi macam tu aje. Aku tersedar ketika azan subuh berkumandang. Hari tu awal lak solat subuh... hahaha..

Then malam td, aku termimpi lagi. Kali ni menda tu terbelit kat leher aku. Oooo hari tu duk pandang2 then hari ni duk terbelik-belik lak. Tp yang pelik nya dia tak mencederakan aku pun. Duk manja lempang kang baru thu.

*Yang penting mimpi hanya lah mainan tido...

Tuesday, May 17, 2011

Naik lagi..... wawawawawa...

Semalam jalan2 kat carefour dengan Encik Kekasih. Tujuan utama p Carefour hanyalah satu iaitu membaiki telefon yang telah uzur ni. Hampir sejam gak la orang kedai tu baiki telefon ni. Jalan punya jalan aku nampak penimbang berat yang terletak ditempat yang tersorok. Apa lagi maka dua orang makhluk Allah mula menimbang...

Result :
Encik Kekasih ---> XL
Cik Kekasih ---> OK

Tp yang sedih nya berat tetap naik... :( pas ni kene turunkan berat badan. Encik KEkasih lak x puas hati sebb my result is 'OK'. Dia cakap mesin penimbang xbetul... hahahaaha...lalalalalalalla....

Sunday, May 15, 2011

Akhirnya...

Akhirnya pokok pemberian su ni dah ada gel.. suka sangat. Hari sabtu lepas aku p beli dengan Encik Kekasih kat Honode Shop Wangsa Walk. Kat kedai tu dah xbanyak pilihan tuk gel ni. Nasib bek bila dah letak dalam bekas gel ni nampak cantik bila digandingkan dengan pokok ni...

Evening Primrose Oil

EPO dihasilkan daripada bunga ini

Ini la produk yang aku amalan daripada Cosway

============================================

Kali ni aku nak cerita pasal picture di atas. Sejak seminggu lepas aku dah mula makan Evening Primrose Oil(EPO) dari Cosway. Before ni pernah gak makan EPO tp dari CCM. Dulu aku makan EPO telah membuatkan selera makan aku membuak2. Tp alhamdulilah kali ni aku akan cuba kawal permakanan risau berat badan meningkat. Sebenarnya EPO ni banyak memberi kebaikan kepada manusia terutama nya kaum wanita.

Antara kebaikan EPO adalah :

1. Haid (PMS) – mengurangkan rasa tidak selesa dan bengkak pada abdomen,payudara dan juga meredakan rasa kemurungan dan iritasi.

2. Jerawat dan masalah kulit - sebaiknya dimakan dengan Fish Oils dan lebih elok dimakan dengan ubat yang dicadangkan oleh Doktor untuk rawatan.

3. Kolesterol dan Tekanan Darah - telah terbukti dapat mengurangkan tekanan darah dan kadar kolesterol. Bagi mereka yang dah ada tekanan darah tinggi & kolesterol, akan ambil masa berbulan untuk berhasil.

4. Rheumatoid Arthritis (kegagalan sistem imunisasi) – sebaiknya dimakan dengan ubat non-steroid & Fish Oil.

5. Ketagihan rokok dan arak – Membantu mengurangkan rasa ketagihan dan kemurungan akibat berhenti merokok dan pengambilan arak.

6. Sistem Imunisasi – kekurangan kadar essential fatty acids mungkin tidak akan membantu daya pertahanan badan untuk melawan virus penyakit (contoh: selsema)

7. Lain-lain - Obesiti, tahap awal Kanser Payudara, Childhood Hyperactivity (ADHD) dan Schizophrenia (a psychiatric diagnosis that describes a mental disorder characterized by abnormalities in the perception or expression of reality - wikipedia)

Pernah dulu mak aku disyaki menghidapi penyakit breast cancer disebabkan terdapat benjolan di bawah ketiak nya. Maka doktor telah menasihati nya mengamalkan EPO bagi mencegah dan merawat. Alhamdulilah selepas mengamalkan nya selama beberapa bulan akhir nya emak saya bebas dari Breast Cancer.

Antara kebaikan EPO yang aku suka ialah ia dapat menghilangkan parut (Nak ilang parut kat pipi yang telah dicakar kucing... hihihihi). Dan yang penting aku nak menstabilkan hormon dan mendapatkan jadual haid yang teratur... :D

Monday, April 18, 2011

Berikan la kekuatan kepada ku... Amin

Bila kepercayaan makin luntur, maka macam2 perkara difikirkan negatif....
Ya Allah tabahkan hati hamba mu ini...

Yang terbaik aku hanya mampu mengamalkan doa ini:

"Bismillahilladzi laa yadhurru ma'asmihi syaium
fil ardhi walaa fissamai wahuwassami'ul 'aliim"

Dengan nama Alloh yang tiada sesuatu dapat
memberikan kemudharatan beserta namanya, baik
di bumi maupun di langit, Alloh Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.

Amin...

Alhamdulilah....


Syukur alhamdulilah dengan rahmatNya kerana aku dah masuk Juzuk 30. Gembira sangat hampir berjaya habiskan bacaan Al-Quran dalam masa beberapa tahun ini walopun dalam kesibukan dalam bekerja. Aku perlu belajar lagi berkenaan dengan Tajwid2 yang sebenarnya aku tidak mahir. Bacaan nya perlu diperbetulkan lagi. Yang Paling penting kita sebagai umatNya mesti la sentiasa belajar dan terus belajar. Kadang2 ada gak berangan, bestnya kalo berpeluang menuntut ilmu tajwid dengan orang yang mahir. Pasni nak ulang semula bacaan Al-Quran. Semoga mendapat lebih keberkatan dari Nya. Amin...

Aku teringat masa kecik2 dulu, setiap malam abah aku mengajar kami semua mengaji Al-Quran walopun disebelah petang nya dah pergi mengaji kat umah tok guru. Yang paling menarik perhatian aku adalah melihat abah mengajar mak mengaji. Sweet nya...