Tuesday, September 8, 2009

Menjawab tag dari Dia...

Nama penuh: Rafidah binti rasedan
Tarikh Lahir:- 16 Januari 0986
Tempat Lahir: Rumah Nenek kat Pekan Pahang
Tempat dibesarkan: byk tempat ( Bentong, Kuantan dan Pekan)

1. Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Kawan2 rapat masa kecik dulu bernama wani, lela, wan, fendi n aye. Kami memang rapat giler2. Aye dan fendi dah kawin. Wan bakal menyusur. Hahahaha… kami yang perempuan tunggu pinangan org.

2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
hahahaha masa kecik2 dulu aku seperti kanak2 len gak. Men polis sentry, tenteng, batu seremban, main dam, main lego, main nyorok2, main basikal dan paling aku xleh lupa men sampan kat paya. Kalo men paya selalu nya selepas balik dari ngaji al-quran. Bila baju bsah macam2 alasan bagi pada mak… hahaha… satu lagi permainan yang roundes (betul ke eja nya?)…

3. Kalau anda gaduh dengan kawan anda, apakah yang akan anda cakap kpd mereka?
Mula jelir dulu… pasti bla… tp kalo gaduh kat sekolah siap tulis2 surat tau.. Letak dalam meja member. Hahahaha…. Kalo gaduh xleh ngadu pada mak nnti aku lak yang kene marah. Wawawa….

4. Di kawasan manakah tempat feveret anda bermain?
Kawasan fevered aku bermain kat taman permainan, kadang duk terperuk kat rumah aje. Kalo kuar pun time ada aktiviti kat Kem.. Tp bila dah blik kg, halaman rumah la tempat aku bermain.

5. Apakah cita-cita anda semasa kecil?
Kebanyakkan orang mase kecik nak jadi doctor, aku pun nak jadi doctor gak dulu..

6. Apakah rancangan katun yg anda gemari dan masih ingat sampai skrg?
Satria baja hitam, thundercats, soilermoon,ultramen,doremon dll..

7. Makanan ringan apakah yg anda akan borong di kedai?
Aiskrem pop, coklat vochelle (makanan ringan ke?) lagi ape ek? Xingt la…

8. Nyatakan seorang rakan zaman kanak-kanak anda yg anda teringin jumpa skrg?
Aku teringin nak jumpe abang wan…. Sekarang dah jadi seorg doctor. Piwit…

9. Apakah gelaran anda semasa kecik?
xde gelaran…. Wawawa…
10. Siapa yg mahu ditag?
Nadia
wahidah
kak raha
sha BITD
Yani BITM
Baiz SMTMS

Baru beli...

Hari ini duk jalan2 kat mega mall aku melangkah ke kedai buku popular. Saja mencari buku untuk dibaca dikala kesepian. Minat terhadap novel dah makin kurang. Aku sekarang lebih suka baca buku motivasi diri dan buku2 yang sewaktu dengan nya. Ini buku yang aku baru beli yang bertajuk 'Membina cinta sayang'... huhuhuhhu wow...tajuk nya jiwang tp kita kena baca nya dulu... Apa2 yang menarik pasal buku ni aku akan citakan dalam blog aku ni tuk masa akan datang...


Tuesday, September 1, 2009

Bersahur

Hahahaha... hari ni aku bangun sahur kira2 kul3. Awal giler. Tuk sahur hari ni kak long ajak aku p berbuka pose di McD. Wah selera beso masing2. Masa kitorang kuar mak long n pak long tak bangun lagi.

Dalam suasana pagi yang sejuk kami menuju ke McD di Teluk Cempedak. Masa tu aku bru tgk bandar kuantan lengang dari kenderaan. Tak seperti siang hari, kenderaan berpusu2 di atas jalan raya. Dah lame gak la aku xjalan2 kat TC. Sampai di TC aku bru thu ada KFC di situ. Dulu aku p KFC xde lagi kat citu.



Niat nk p makan McD so kiteorg p la McD. Teringin nak makan ayam goreng McD tp xde la. So order McDeluxe n Milo panas. Kak long mkn double cheese buger n nescafe.




Kerana teringin nk makan ayam goreng aku p beli snack plate kat KFC. Sampai kat KFC hanya ayan original aje yang ada. Spicy xdok. So balon aje yang original. hihihihi....


Akhir nya licin gak suma mkn yang aku beli... hihihihi....


Wednesday, August 26, 2009

Sunday, August 23, 2009

Bermula Ramadhan....

Bermula dengan bulan Ramadhan ni aku dah mula pindah ke umah mak long di Bukit Setongkol, Kuantan. Setiap kali berbuka puasa dapat la aku berbuka puasa beramai2. Semalam anak2 mak long balik berbuka bersama2. So makin meriah la suasana. Kalo aku masih berada di Taman Kempadang Makmur alamat berbuka sorang2 la aku. Duk mengadap dinding. Bila duduk di Bukit Setongkol panjang la langkah aku tuk kuar shoping di bandar Kuantan. Hihihihihihi..... Gambar aku ketika berpindah xsempat nak snap.... Aku hanya dapat snap gambar sepupu dan anak saudara sepupu aku... Comel giler dieorg ni tp kalo kenakalan mereka ditahap kritikal patah riuk la aku ni. Diorg duk belasah aku aje. Semalam tengah penat2 aku angkat barang boleh pulak Asyraf minum vitagen depan aku. Sabar2 di bulan puasa ni...

Asyraf & Adam

Yeah... mulai bulan Ramadhan ni aku boleh blik kul 4.45petang tp masuk kul 8 pagi... Dapat la menolong mak long memasak. Dikesempatan ni aku nk ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka... Selamat hari raya lambat lagi nk ucap.. baru 2 hari kite berpose.. :-) Hindari la sikap suka membazir.

Tuesday, August 18, 2009

Kenapa?

Kadang2 kita ada perasaan sedih, gembira, terharu dan macam2 lagi. Perasaan ni sentiasa berubah2 mengikut mood. Sebagai manusia biasa kita kadang2 perlu menjaga perasaan orang lain dan mengorbankan perasaan sendiri. Ego yang ada dalam diri kita pun terpaksa dikorbankan. Menangis seorang diri demi menjaga perasaan orang yang tersayang. Adakah wajar tuk kita mengorbankan perasaan sendiri. So sape yang hendak dan akan menjaga perasaan kita? Adakah perasaan kita ni hanya boleh dipijak2 dan tidak dihiraukan tanpa belas kasihan. Diri ini terlalu lemah dah tidak sanggup nk merosakkan perasaan orang lain terutama orang yang paling kita sayang. Kita sebenarnya tidak sanggup untuk kehilangan mereka. Kerana itu kita sanggup mengorbankan perasaan sendiri. Tp ku harap jangan aku kehilangan orang tersayang tapi biar la orang tersayang kehilangan aku... Berapa lama kah perasaan dan diri ini sanggup bertahan? "YA ALLAH bantu la hamba mu ini. Tabahkan la hati ini. Berikan la aku kekuatan untuk menjalani hidup ini".

Tuesday, August 11, 2009

Pening Kepala....

Hari ini aku rasa tak sihat. Pening kepala. Mintak2 dijauhkan dari segala penyakit. Dalam keadaan sekarang memang mudah sangt untuk kita mendapat penyakit. Almaklum la wabak H1N1 semakin melular di Malaysia. Blik kije nnti nk makan ubat semoga sakit kepala ni berkurangan. Amin...