Salam semua,
Baru-baru ini Fid ada dapatkan rawatan di Klinik Dr Hamid
Arshat di Bukit Damansara. Appointment dibuat pada bulan Feb 2016. Lama kan??? Hampir 6
bulan baru la dapat jumpa doctor. Bagi sesiapa yang nak dapatkan rawatan di Klinik Dr Hamid sila
buat appointment terlebih dahulu. Jangan main redah aje sebab nanti anda tidak
akan dilayan.
Buat pengetahuan semua Klinik Dr Hamid akan berpindah ke alamat
di bawah:
Kompleks Yayasan Jabal Nur (YJN)
No1 Jalan Jalil Perwira 2,
Bukit Jalil 5800 KL
Landmark : OUG Comdominium / LRT Awan Besa
No fon : 03-777335000/011-16337052
Appointment Fid dalam pukul 2.30 petang. Sampai klinik terus
masukkan Kad Pengenalan Suami dan Isteri dalam kotak yang disediakan. Masa tu
dah ramai orang yang tengah tunggu giliran. Debaran dalam hati ini hanya Tuhan saja yang tahu. Lagipun ini 1st
time Fid nak buat check up secara serius. Sebelum ini tak pernah buat check up
di mana2 klinik.
Nama Fid di panggil kira-kira pukul 330 petang. Berdebab bebbb.... Fid kena masuk bilik pintu ke2. Masuk2 ada seorang doctor perempuan. Tak sure
nama dia apa. Dia minta lakukan TVS stand for Trans Vaginal Scan untuk tengok
sama ada telur matang atau tidak. Kalau di ikutkan ketika appointment tu Fid CD
11. Bila check telur Fid tidak matang. Selepas check telur semua, doctor bagi ubat (mungkin untuk mematangkan telur) dan set appointment untuk
lakukan HSG pada hari esok nya. Doktor juga berikan MC selama 2 hari termasuk MC untuk HSG.
Untuk check sperma suami, kami terpaksa postpone sebab untuk
periksa sperma pasangan kena freeze dari bersama selama 2 hari. So bagi korang
yang nak check sperma suami sila postpone aktiviti anda.. hihihihi…
Msti ramai yang tertanya2 berapa anggaran bayaran untuk
setiap rawatan kan. Fid detailkan seperti dibawah :
8/9/2016
Consultation Fee
First Visit – RM80
Test & Investigation
TVS – RM50
Medications
Obimin – RM15
Olive Oil – RM30
Proviton (Untuk Suami) – RM54
Untuk HSG pula, Fid kena buat di Daya X-ray Centre KL.
Klinik ni dekat dengan Jalan Raja Laut (nanti korang google la ek). Before buat HSG Fid dah byk baca review orang lain. Ada yang cakap sakit, ada yang cakap tak sakit. Bagi
pendapat Fid, untuk proses ujian itu, takde la rasa sakit sangat pun tapi bila
dah balik rumah rasa sakit itu makin kuat. Rasa macam senggugut. Nurse kat klinik dah pesan, lepas
HSG selalunya ada keluar darah. Selepas HSG nurse akan bagi Pad. Kalau korang nak bawa Pad sendiri pun boleh juga. Fid ada keluar darah untuk 2 hari. Selepas itu
dah kering. Klinik ada bekalkan antibiotic untuk dimakan selama 3 hari. Bayaran:
HSG - RM230
Selepas selesai HSG, terus call Klinik Dr Hamid untuk
review. Bila call, diorg suruh datang klinik sebelum pukul 12 tengahari sebab
hari tu hari jumaat. Masa keluar dari Klinik Daya dalam pukul 11pagi. Tiba-tiba
suami dapat call urgent kene pergi Ipoh untuk urusan kerja. So suami kene anta
Fid blik umah dulu untuk ambik kereta then Fid terus drive ke Bukit Damansara. Kelam kabut gak la. Huhuhu Dugaan..... Nasib baik dapat parking betul2 depan Klinik Dr Hamid. So tak de la gigih nak berjalan jauh.
Sampai klinik terus serahkan xray result dan selepas
setengah jam, nama di panggil. Alhamdulilah tak ada tiub yang block. Semua tube
clear. Doktor siap tunjuk dan terangkan setiap tube tu. Selepas itu, doctor decide
untuk bagi Fid Clomid 150mg untuk dimakan pada hari ke2-ke6 ketika period.
Untuk this visit, Fid hanya bayar duit ubat sebanyak RM45.
Untuk next period 1st day Fid kena terus call klinik
untuk check telur sama ada membesar dengan jayanya atau tidak. Berdebarkan
menunggu next period. Hope ada telur yang besar.
** Korang prepare lebih kurang RM500 untuk bayar bil. Selalu nya 1st visit sahaja yang mahal. Goodluck
Bye