Wednesday, May 20, 2015

Kelas Jahit

Alhamdulilah setelah lama menyepi, Fid ada join kelas menjahit di Batu Cave. Serius seronok sangat dapat belajar macam2 pattern baju termasuk lah Baju Kurung, Kurung Moden, Jubah dan Baju Kurung Pesak gantung. Nanti Fid post cara macam mana nak buat baju2 tersebut. Masih mengumpulkan material nak share dengan korang.

Bye.

Elakkan ajak kawan macam ni teman bershopping

Shopping sememangnya tak dapat lari dari dikaitkan dengan wanita. Huhuhuhuuu... tapi sekarang ramai aje yang lelaki yg suka bershopping. Walhal kadang2 lebih2 dari wanita. Shopping ni boleh dikatakan sebagai terapi ketika sedih dan marah. Kalo tak caya cuba time serabut kepala keluar la bershopping or window shopping. Sure bila dah blik rumah hati dah happy. Make sure bila bershopping jangan lupa daratan. JGN terover belanja.

Sebenarnya kalau bershopping bersama2 kawan lebih seronok. Tapi elakkan diri dari mengajak rakan yang perangai macam ni ketika shopping :

1. Time shopping baju

Masuk aje kedai baju muka menampakkan muka yang kurang menyenangkan. Bila tengah belek2 baju dan puas hati nak beli ada suara sumbang berkata "Ala setakat blaus dan skirt ni ko buat sendiri pun boleh. Senang aje ni. Tak berbaloi ko beli. Cuba kira kalo beli kain dan jahit sendiri? berapa untung?". Automatik mood nak beli terbang melayang. Aku rasa kalo tukang jahit pun sendiri teringin nak beli pakaian yang org lain jahit. Kadang2 malu gak bila penjaga kedai pandang. Dah jom bla...

2. Main telefon

Paling tak suka bila ajak kawan shopping dorang sibuk dengan handphone. Sambil jalan tu la nak tgk FB la. Kadang2 sepanjang keluar tu buka FB nak dekat 20 kali. Entah apa yang die belek nya.

3. Time beli kasut

Bila masuk kedai kasut lak. Biasa perempuan akan test2 kasut. Macam2 kasut la tersarung kat kaki ni. Tapi tu bru rak kat depan kedai. Tapi dah ada yang membebel "kasut kat umah tu banyak dalam rak kasut. Tak pakai pun. Ni nak beli lain.". Nak aje jawab "Cuba buka rak kasut dan tgk dan tunjuk mana kasut yang dimaksudkan?". Kasut yng mengelupas kulitnya ada la.

4. Susah memberi pandangan/pendapat

Yang ni paling aku tak suka. Bila nak beli sesuatu barang / baju, bila diminta memberi pendapat jawapan yang diterima hanya lah "ikut la.", "ikut suka la","ok aje","ermmm","ok". Tp bila dah bayar dan pakai, mulut nya mula la tegur "macam xsesuai aje", "tak cantik aje"... annoying... sila berambus...


Kadang2 bila tgk org lain bertukar baju handbeg teringin gak nak tukar handbeg or kasut 4-6 bulan sekali. Tgk orang lain, bestnya ada baju or handbeg/ kasut yg berjenama. Kita????


Ni aje yang diluluskan untuk beli tu pun bayar sendiri... 
Ni la selipar yang aku pakai p ofis...


Hahahahhaa... elakkan la orang macam ni nak bershopping. Memang tak dapat pape la jawab nya. 


Bye.