Mesti semua orang tahu macam mana rupa buah delima kan? Kepada sesiapa yang tak tahu meh Fid tunjukkan bentuk nya. Ini dia bentuk dan rupa bahagian dalam buah delima. Yang ni Fid beli kat Pasar Malam di Prima Damansara. Sebiji RM5. Alhamdulilah rasa manis nya berbaloi dengan harga nya. Hihihhi... Abang pasar malam tu cakap ni buah delima India. Ini antara gred AAA la...
Balik dari pasar malam Fid terus google macam mana cara makan yang sebenarnya buah delima ni dan khasiatnya. Baru Fid tahu rupanya 50% khasiat nya terdapat dalam biji nya (Kalo korang nak tahu khasiat nya dengan lebih detail sila la google sebab banyak blog dan website yang kongsi pasal khasiat buah delima ni). Baru tahu sebenarnya sebab sebelum ni selamba aje buang biji nya. Bila dah tahu beria kunyah sampai lumat takut dia hidup dalam perut.. huhuhuhu...
Isi nya merah dan manis
Yum...yum...
Hari tu jalan-jalan kat BIG Publika, Fid nampak buah delima ni. Harga dia mahal giler. Sebiji RM7.90. Sebab kes tak puas makan beli kat pasar malam tu, maka terpaksa la korban duit nak memenuhi permintaan tekak dan perut. Weeee... Konon nya otw balik Pekan, nak mengunyah tapi tengok2 tak abis. Last2 nya mak abah yang abis kan. Tengok diorg selera aje makan buah delima tu, next week blik Pekan lagi Fid beli lagi buah delima tu. Kali ni beli 4 biji (Giler tamak). Hihihhihi... Kalo beli 4 biji kat BIG, dapat harga RM28. Ada diskaun.. :D
Tapi hari ni terasa lagi nak makan buah delima ni. tunggu jumaat ni la sebab gaji baru kuar.
Sekian.