Sunday, October 14, 2012

Wedding Review : Baju dan Tudung Nikah

Assalamualaikum

Sebenarnya gambar-gambar untuk baju nikah, Fid dah prepare sejak minggu lepas tapi sebab tiada mood nak menaip maka baru sekarang ada mood nya. Baju nikah Fid, adalah pilihan warna yang telah dipersetujui bersama dengan suami. Disebabkan mahukan kelainan, kami memilih 'dusty pink' dibandingkan yang kebanyakkan pengantin memilih warna putih sebagai warna tema pernikahan. 

Baju nikah ni Fid tempah dengan Mak Andam. Menurutnya jika bakal pengantin menempah sendiri dengan tukang jahit baju pengantin, bayaran nya lebih mahal. Percaya or tidak harga upah untuk membuat dan menjahit manik hanya RM120. Serius murah giler masa dibagitau harga tu. Harga kain yang dibeli biar la rahsia. Hhihhihihi... Mengikut perancangan awal, lace dan manik yang digunakan bukan lah seperti yang dibuat Mak Andam. Sebab menurut Mak Andam lace yang Fid pilih tidak sesuai dgn baju tersebut. Tak pe lace yang dibeli boleh dipadankan dgn baju lain. 

Untuk tudung pula, Fid telah membeli sendiri dari shawlforyou. Harga nya RM99 include postage. Sememang nya pemilihan tudung amat penting untuk pengantin kelihatan menarik di majlis yang penuh bermakna itu. Susah juga nak dapatkan tudung yang match dgn my dress. Bila shawlforyou iklan kan dalam blog dan fb tudung warna 'dusty pink' Fid terus emailkan dan confirm. Alhamdulilah tudung tersebut amat menepati taste dan jahitan nya kemas. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Taraaaaa ni la baju nikah dan tudung yang digunakan untuk majlis pernikahan Fid.....







Sekian.. ^_^

Sunday, October 7, 2012

Rezeki Kahwin

Assalamualaikum,

Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi dengan rezeki dan peluang yang diberikan kepada Fid. Baru-baru ini Fid telah menerima surat dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk peperiksaan pemohonan jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Peluang ini Fid tidak jangka menjadi salah seorang yang terpilih. Biar pun hanya sebuah peperiksaan tapi Fid syukur diberi peluang untuk merebut jawatan tersebut.

Peperiksaan ini diadakan di Dewan Peperiksaan PSDC Kuantan. Terdapat 3 bahagian soalan yang perlu dijawab yang bermula dri pukul 9 pagi hingga 12.30 pagi. Tak de la direct peperiksaan ini tapi ada 3 section.  Feel menghadiri peperiksaan ini  rasa seronok sangat sebab dihantar dan ditemani oleh suami tersayang. Semangat nya lain macam rasa nya. *gedik...

Slip peperiksaan

Tak sabar rasa nya ingin menunggu keputusan nya dan result nya bakal di umumkan pada 3 Nov 2012 nnti. Bagi rakan-rakan yang turut mengambil peperiksaan ini, sama2 la kita menunggu k. ^_^

Wedding Review : Bunga Tangan

Assalamualaikum,

Untuk kali ini, Fid ingin review berkenaan dengan bunga tangan. Jika mengikut perancangan awal, untuk majlis pernikahan Fid akan menggunakan bunga tangan artificial manakala untuk majlis persandingan Fid akan menggunakan bunga tangan fresh flower. Disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan oleh pihak Kak Lea, Fid terpaksa terima. Sedih semestinya sebab payment dah buat tapi bunga yang diingin kan tidak dapat.

Alhamdulilah bunga tangan artificial yang Fid tempah amat berpuas hati. Design nya juga sangat cantik. Bunga tangan itu Fid tempah dengan renee. Masa Fid tempah dengan Renee, dia buat promotion untuk bunga tangan. Harga nya hanya RM90 sejambak. Murah kan? Hasil nya amat memuaskan. Renee juga tidak lokek nak berkongsi idea untuk preparation for my wedding memandangkan die bru sahaja melangsungkan perkahwinan. Kepada rakan-rakan yang berminat ingin menempah bunga tangan artificial dan fresh flower boleh direct email to maernee@gmail.com insyaAllah anda akan berpuas hati dengan hasil nya.

Artificial Flower


Friday, October 5, 2012

Review Wedding : Introduction

Assalamualaikum

Starting this post fid nak review tentang my wedding yang telah berlalu sebulan yang lepas. Alhamdulilah segala nya berjalan lancar. Item yang ingin di review :

1. Pelamin
2. Make Up
3. Photobooth
4. Bunga Tangan
5. Baju nikah
6. Cenderamata
7. Majlis Nikah
8. Majlis Persandingan
9. Majlis Jemput Menantu

Tunggu kan kemunculan post Fid yang akan datang... ^_^