Tuesday, July 24, 2012

Jemputan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum..

Dengan lafaz bismillah,Fid ingin menjemput rakan-rakan ke Majlis Perkahwinan Norazmi & Rafidah pada 25hb Ogos 2012 yang berlangsung di Pekan Pahang dan sebelah pihak lelaki pada 01hb September 2012 yang berlangsung di Kluang Johor.


Kepada rakan yang ingin kan kad jemputan kami, sila PM Fid dan Fid akan poskan kepada korang as soon as possible... =D Doakan kebahagian kami hingga ke akhir hayat dan ke syurga. Amin..

Preparation Wedding : Hantaran untuk Pihak Lelaki

Assalamualaikum,

Setiap majlis perkahwinan, tidak cukup rasa nya jika tidak dilengkapi dengan hantaran sama ada dari pihak lelaki atau pihak perempuan. Selalu nya mengikut adat orang melayu bilangan hantaran yang dihantar dalam bilangan yang ganjil contoh pihak lelaki memberi 7 dulang kepada pihak perempuan, mana kala pihak perempuan akan membalas kepada pihak lelaki. Selalu bilangan ini mendapat persetujuaan dari kedua-dua belah pihak.

Dengan berbaki sebulan sebelum my big day, maka my sis berusaha menyiapkan hantaran for my wedding. My sis begitu kreatif bila bab hiasan ni terutama nya. Tapi bila suggestkan untuk ambik tempahan lain, die menyatakan bahawa die melakukan hiasan sekadar minat. Ini ada beberapa pic untuk hantaran yang telah siap. 





Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..



Esok adalah bermulanya umat Islam di Malaysia akan menyambut 1st Ramadhan. InsyaAllah kita dapat melaksanakan ibadah ini dengan sebaiknya. Dan insyaAllah untuk tahun ni adalah tahun terakhir Fid menyambut bulan Ramadhan berstatus BUJANG. InsyaAllah.

Kepada rakan-rakan dan seluruh umat Islam, Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah terawih. Semoga kita mendapat keberkatan dariNYA. Jangan mengelat2 puasa k... ^_^ Dan yang penting kawal la nafsu makan anda yek jgn membazir...

~ SALAM RAMADHAN DARI FID DAN KELUARGA ~

Sunday, July 8, 2012

Pemilihan Langsir

Assalamualaikum,

Memandangkan Encik Tunang dah dapatkan rumah sewa untuk kami, maka excited untuk menjahit dan mencari langsir untuk rumah sendiri membuak-buak. Sebenarnya Fid sendiri belum menjejakkan kaki dan melihat sendiri rumah itu. Hanya dengar cerita dari Encik Tunang sahaja. Untuk pemilihan langsir Fid hendaklah memerhatikan beberapa aspek termasukkan:

1. Pastikan warna cat rumah bersesuaikan atau sepadan dengan langsir yang akan dibeli.



2. Menurut Encik Tunang rumah tersebut menggunakan lantai parket. So ia mesti sepadan dengan langsir.


3. Keadaan pencahayaan di dalam rumah. Jika pencahayaan kurang makan fabrik langsir jgn terlalu tebal.

4. Warna perabot dan kerusi yang dipilih juga perlu di ambik kira dan bersesuaian dengan langsir.. Hhihihi tapi bagi yang baru kahwin ni susah sikit la nak melengkapkan perabot di dalam rumah.


5. Dan yang..yang.. yang paling penting adalah baget untuk membeli langsir dan baget untuk menempah. Tp rasa nya Fid nak try jahit sendiri langsir rumah pertama ku. Fid hanya tahu jahit lurus aje janji kemas. (tu pun kalo rajin... hukhukhuk...




Saturday, July 7, 2012

Staff Appreciate Dinner 2012

Assalamualaikum

Semalam bertempat di Crowne Plaza Hotel berlangsung nya Staff Appreciate Dinner 2012 untuk my company Possimo Technologies. Tema dinner pada hari tersebut adalah Tropical. So semua staff dikehendaki present diri mengikut tema. Antara aturcara nya termasuklah :

1. Pendaftaran Staff dan sesi bergambar

Majlis bermula dengan sesi pendaftaran dan bergambar di red carpet. Hhihihihi macam majlis award lak.
Di pintu masuk kasi akan disarungkan dengan kalungan bunga yang telah disediakan.

2. Ucapan pembukaan dari CEO Possimo Technologies

3.Persembahan dari kumpulan Gitar Semula (dianggotai oleh Encik Jue, Encik Bad dan Encik Reduan)

4. Treasure Hunt yang mana kami dikehendaki mencari item2 yang disenaraikan. Kumpulan yang menang semesti nya kumpulan kami. Hadiah yang diterima adalah coklat cadbury yang bersaiz besar untuk setiap seorang. 

5. Persembahan dari kumpulan Le ??? (tak ingt nama nya)

6. Pemilihan Mr dan Ms....

7. Cabutan bertuah

Acara yang paling dinantikan adalah cabutan bertuah. Hadiah nya ditawarkan agak lumayan. Antara hadiah nya adalah speaker, pemanas air, camera digital Lumix, Galaxy Tab 10.1 dan Galaxy Tab 7.0

8. Sesi karaoke

Ini ada beberapa picture yang diambil dari rakan sepejabat... ^_^

Pengasas my company

Puteri Possimo


Sesi karaoke

Comel.. =D

Halohaaaaa...

Sekian..