Tuesday, September 6, 2011

Langkah pertama


1 September 2011 bersamaan hari raya ke3, keluarga Encik Kekasih telah datang ke rumah ku di Pahang. Semestinya aku mengetahui niat kedatangan mereka iaitu untuk merisik. Alhamdulilah majlis merisik dari pihak Encik Kekasih berjalan dengan lancar. Sebenarnya ini adalah kali ke2 aku berjumpa dengan mak dan ayah Encik Kekasih. Nervous semacam. :D Tambahan pula, atas permintaan mak Encik Kekasih, cincin disarungkan di jari aku. Masa majlis merisik tu, kedua2 belah keluarga belum membincangan tarikh perkahwinan, jumlah hantaran dan sebagainya yang kaitan. Menurut ayah Encik Kekasih, Encik Kekasih akan bincangkan sendiri dengan aku. Kami pun masuk dalam proses perbincangan
dan banyak perancangan yang perlu dibuat. Kalo boleh biar la keputusan tidak menyusahkan kedua2 belah pihak. Buat masa sekarang, kami dah kene beli sikit2 barang keperlukan untuk majlis bersejarah nnti agar tidak terbeban di kemudian hari. Semoga Majlis Perkahwinan yang dirancangan terlaksana dengan jayanya. Amin...