Monday, July 27, 2009

Pintu Besi

Ha... hari ni aku bru berpeluang nk cite pasal keunikan pejabat tempat aku praktikal ni (Padahal dah hampir sebulan aku duk kat sini.. hihihi...).
1st time datang ke pejabat ni, satu menda yang menarik perhatian aku adalah pintu nya. Pintu pejabat ni macam penjara. Sume besi. Mula2 takut gak.. tp lepas di explain bru la aku thu kenapa pintu nya macam 2.. Sebenarnya pejabat ni dah beberapa kali dipecah masuk. Maklum la macam2 benda ada dalam pejabat ni termasuklah komputer SUN, komputer bese, server n macam2 lagi.. Sebab ari ni aku datang awal n boss kuar, so sempat la aku ambik gambar pintu besi kat pejabat aku ni... hihihihhi...


Ni pintu dari pandangan luar...


Ni dari pandangan dalam...

Thursday, July 23, 2009

Jam... oh... Jam


Hari ari jumaat, macam bese aku n kak mira p jalan2 kat Mega Mall. Duk berjalan2 teringt nk p beli jam. Entah mana la jam aku. Hilang masa on the way balik ke Pahang dari Melaka. Sayang giler pada jam 2. Dah hampir 5 thun aku pakai jam 2. Last2 hilang gitu aje. Dari satu kedai ke kedai aku usya jam. Kedai pertama aku masuk dah mula berkenan dengan satu jam ni. Jenis Casio. Cantik. Time 2 memang dah tertarik la tgk jam 2. Pas belek2 terfikir nk cari kat kedai len. Kedai seterus nya aku p tgk Casio gak tp kat kedai 2 design nya xcantik sangt la. Duk pusing2 tiba aku berkenan lak kat satu jam ni. Jenis Alba. Design nya cantik dan ada tarikh sekali. Selepas test2 aku p bayo. hihihihi.... Melayang duit aku. Kalo xde jam aku rasa macam susah lak. Asyik nk kene tgk handphone aje. hiihihhihi.... Pic sebenar jam aku ni xsempat nk snap.

Tuesday, July 21, 2009

2 minggu telah berlalu

Sudah 2 minggu masa berlalu aku menjalani praktikal. Layanan staff2 nya pun baik. Kat cini aku praktikal dengan kak mira ( budak BITS). At least ada gak kawan nk tanya2 kalo ada masalah. Sepanjang berada di compny ni macam2 aku belajar termasuk lah network, programming n design. Masih ada lebih kurang 5 bulan 2 minggu untuk aku selesai menjalani praktikal... hihihihhi... bru praktikal dah mula fikir nk abis. Sekarang company tempat praktikal aku bersiap sedia untuk merasmikan projek baru yang mungkin menbawa pulangan yang lumayan. InsyaALLAH... Projek ini mungkin akan meletup. 2 janji CEO nya la. Hihihih... Kalo success aku gak yang dpat rasa tempias nya. hihihhi... Kalo ada rezeki dan aku memberi komitmen yang bagus dpt la aku kije kat company selepas selesai praktikal. 2 janji CEO nya... hihihihi... Tp kalo boleh aku nk keje kat KL dekat dgn orang tersayang. Asyik duk berjauhan aje.

Petang td aku blik kije dalam ujan. 1st time aku blik kije cuaca ujan. Cian my sweetheart. Basah die. Aku dalam ujan2 2 selamber langgar air. Hihihihhi... alang2 basah... Dah la sekarang rase macam nak demam. Mlm td xleh nak tido sebab perut buat prangai. Tido xlena. Ni kene ujan lagi la senang penyakit datang. Di tambah lagi penyakit rindu ni. hihihhi.... Dah ilang idea nk taip aku. Sekarang aku sibuk melayan abang, along n jan dalam YM. Isnin minggu depan jan ada interview tuk Leftenan Muda Maritim. Aku harap semoga interview tersebut berjalan lancar dan penemuduga berpuas hati dgn Jan. Semoga jawatan tersebut dapat disandang oleh Jan. Amin...

Wednesday, July 15, 2009

Kasihku Abadi

Kamar hatiku, sekian lama
suram dan sepi, kekosongan
aku mencari insan sejati
untuk menemani hidupku

adam dan hawa diciptakanNya
disemai rase kasih sayang
agar bersemi ketenangan
dan kedamaian di hati

ku harap hanya keikhlasan
dan ku rindukan keramahan
aku inginkan kemesraan
berkekalan berpanjangan

mengasihimu, dikasihi
menyayangimu, disayangi
merindui dan dirindui
saling mengerti di hati

biar hilang kabus di wajahku
biar tenang resah di dadaku
terimalah serta kabulkan harapan ini
oh Tuhan

ku melafazkan kata penuh makna
bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
dipertemukan serikandi
susah dan senang sama diharungi
demi cinta yang hakiki
oh...