Posts

Showing posts from May 11, 2017

TTC journey : Jaga Pemakanan & Kesihatan

Assalamualaikum,

(sambung previous post...)

Alhamdulilah dah settle on clomid for 2nd cycle, seperti biasa menunggu sama ada period atau tak. Hari yang ditunggu2 akhirnya period datang juga. Pastu bila period datang, Fid terus call Klinik Dr Hamid untuk setkan next appointment. Nurse dari klinik Dr Hamid cakap, tunggu 2 cycle period then baru call klinik untuk set next appointment. Maknanya Fid kene stop ambik clomid untuk 2 bulan. Free from any ubat. So kena la tunggu dalam masa 2 bulan lagi.

Tak pernah rasa putus asa dalam diri, Fid terfikir apa salah nya kalo kite cuba cara lain untuk 2 bulan ni. Dah 2 cycle on clomid tapi tidak berjaya. So Fid mula research baca blog orang yang berjaya hamil tanpa ubat dan bertanyakan kepada kawan. Disamping itu terfikir nak kurus semula. Konon la last timbang kat klinik hari tu 81KG. So after 2 bulan leh la turun 4-5KG ke. Berangan sangat.

Benda pertama yang Fid research adalah "apa makanan yang boleh besarkan telur" sbb masa kat klinik…

TTC Journey : On Clomid 150mg untuk kali pertama

Image
Assalamualaikum semua,

Sorry dah lama tak update post dalam blog ni. Bz konon nya. Rasa macam setahun sekali aje update. hahahahaha.... Lately ni tengok statistic blog, ramai yang view post 1st appointment.

Post kali ni Fid nak review pasal makan Clomid. Igat ye kawan-kawan, pengambilan Clomid ini hendaklah mengikut nasihat doktor. Jangan sewenang2 nya beli di farmasi.

sumber dari google

Untuk post lepas, Fid ada bagitau yang doktor telah bekalkan Clomid 150mg untuk pengambilan 1 bulan. Untuk makan clomid tu Fid kene tunggu next period. Pada hari pertama period Fid kena call Klinik Dr Hamid untuk set next appointment. Then hari ke2-6, Fid kene proceed untuk makan clomid. So far sepanjang period tu tak de rasa kesan pape pun makan ubat tu tapi bila tiba hari ke 12 - 14, perut rasa macam dicucuk-cucuk di sebelah kanan dan kiri, senak. Rasa macam senggugut pun ada. Masa tu redah aje dan fikir itu normal. Then hari ke15 Fid pergi appointment Klinik Dr Hamid. Time tu doktor akan scan telur…