Friday, October 31, 2014

Pening kepala fikir nak kemas barang

Assalamualaikum,

Fuhhh serius penat sangat nk kemas barang untuk pindah rumah baru. Kadang-kadang sebelum tidur pun asyik terfikir apa yang nak kemas balik kerja nanti. 


Esok dah start nak p basuh rumah dan angkat barang sikit2 terutama pinggan mangkuk yang mudah pecah. Tak nak menanggung risiko pape time angkat barang dengan lori nanti.

Alamat malam ni tido lewat la jawab nya sebb kalo boleh malam ni nak kemas baju yang jarang pakai di masukkan dalam beg or kotak untuk di angkut ke rumah baru.

Semoga dipermudahkan segala nya. Amin.

Sunday, October 26, 2014

Checklist dan tips untuk pindah rumah baru

Assalamualaikum,

Selepas 2 tahun duduk di Apartment Saujana ni, bermula bulan November 2014 ini Fid dan suami akan berpindah ke Keramat lak. Memandangkan office Fid bakal berpindah ke Sri Rampai Business Park. So dekat la sikit nak berulang ke tempat kerja. Cuma Encik Suami jauh sikit la untuk ke tempat kerja.

Plan nya nak pindah awal tahun depan tapi kebetulan kawan time study dulu offer rumah family dia untuk di sewa. Harga berpatutan dan yang penting ia adalah rumah teras 2 tingkat. Bukan senang nk dapat sewa rumah teras dgn harga yang murah. Alhamdulilah rezeki kami. :D

Untuk berpindah ni macam-macam perkara yang nak diuruskan. Antara nya :

1. Dapatkan kunci dan confirmkan bila akan masuk ke rumah baru. Selain itu bayar deposit dan sewa pertama.

2. Meminta kebenaran untuk pindah keluar dri Apartment Saujana. Pemohonan tersebut perlulah dilakukan di Pejabat Pengurusan

3. Contact Astro untuk memindahkan Astro ke rumah baru.

4. Pemulangan access card kepada Pejabat Pengurusan.

5. Settle urusan berkenaan rumah dengan tuan rumah ( maybe ada payment / deposit). - Done

6. Cari lori untuk di sewa bagi mengangkut barang ke rumah baru (termasuk hire pekerja untuk angkat barang)


Selepas settle kan urusan di atas maka boleh la mengambil langkah untuk mengemas barang apa yang patut.

Antara barang yang diperlukan :

1. Penyapu untuk membersih rumah (pakai penyapu yang sedia ada aje).  - Done


2. Kotak
- Kotak untuk menyimpan barang-barang. 



3. Plastik Wrapping. - Done
- Ini penting untuk balut peti ais dan mesin basuh. Ini bagi mengelakkan calar balar. Kita boleh juga guna untuk membalut perabut. Selain itu untuk tilam, anda dinasihat untuk balut dgn plastik ini kerana bimbang jika semasa process pemindahan itu berjalan cuaca hujan. Selamat la tilam dri basah walaupun lori ada bumbung canvas. 


4. Pita Pelekat
- Digunakan untuk mengemaskan kotak.

5. Maker / Note pelekat
- Untuk melabelkan kotak yang berisi dgn barang. Make sure barang semua dilabel untuk memudahkan anda menyusun dan mengemas di rumah baru nnti.


Tu saje buat kali ini. Next time Fid update progress pindah. 

Bye.