Sunday, September 28, 2014

Sabar lah hati

Sabar lah hati
Allah sedang menguji ku
Semoga aku tabah menghadapi.
Amin 



Tidak dapat menerima pandangan orang lain

Assalamualaikum, 

Kadang-kadang dalam satu keluarga atau dalam berkawan, bukan semua perhubungan itu indah dan tiada masalah. Antara nya perkara yang selalu terjadi adalah seseorang yang tidak dapat menerima idea atau pandangan orang lain dengan baik.

Tapi kenapa????

Adakah kerana keegoan yang tinggi???

Tapi sekurang-kurangnya ada orang lain yang tampil melontarkan idea untuk kebaikan bersama. Bila ada sebelah pihak yang hanya berdiam diri dan hanya mendengar tanpa memberi respon. Tiada komunikasi maka ada pihak yang terasa hati dan rasa dipinggirkan.  Kita sebagai manusia biasa bukan boleh membaca fikiran mereka tanpa diluahkan

Orang seperti ini hanya merasa pendapat dia yang terbaik. Bila pendapat nya dibangkang atau dipertikaikan, mula mengatakan 'kamu sahaja yang betul', 'kamu sahaja yang terbaik'

Berikut adalah tips untuk menghadapi orang seperti ini:

1. Berdiam diri

-  Berdiam diri adalah cara yang terbaik dan senang. Kadang-kadang orang seperti ini sukar untuk ditegur dan mempunyai keegoan yang tinggi. Bila berdiam diri maka tiada persengketaan timbul.

2. Sabar dan terus bersabar

sumber : google

- Sebenarnya tak semua orang mampu bersabar dan kesabaran seseorang tu ada tahap nya sendiri. Tapi berusaha untuk sabar k. 

3. Memberi pendapat dengan berhemah

- Setiap teguran dan pendapat perlulah disampaikan dengan penuh kelembutan dan berhemah. Maksudnya berkata-katalah dengan menggunakan bahasa yang lembut dan sopan.

Sekian.. 


Sunday, September 21, 2014

Resepi : Ayam Goreng Pandan

Assalamualaikum,

Hujung minggu adalah masa yang rajin nak masak macam2 atau lain dari yang lain. Hujung minggu ni Fid teringin nak makan Ayam Goreng Pandan. Di bawah ni ada resepi macam mana nak masak nya.

1/2 ekor ayam
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar dikisar
1inch halia dikisar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Garam
Daun pandan (untuk dililitkan pada ayam)
Lidi penyucuk


Cara-cara :

1.Gaulkan semua bahan di atas kecuali daun pandan dan lidi penyucuk.
2. Peramkan bahan tersebut selama 1 jam. (lebih lama diperam lebih sedap rasa nya).
3. Selepas 1 jam, ambil daun pandan dan lilitkan pada ayam dan cucuk daun tersebut agar daun tidak tercabut ketika hendak menggoreng nanti. 
4. Ulang step 3 untuk baki ayam tersebut. 
5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng. 


digoreng



Siap dan sedia untuk dimakan


Selamat Mencuba.... 


Karipap Ayam

Kulit Karipap

500g Tepung Gandum
2 sudu besar majerin
1/2 cawan minyak masak
Air (Campurkan sedikit ais)
Garam

Cara-cara :
1. Gaulkan tepung gandum bersama-sama dengan majerin sehingga rata.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul menggunakan sudu atau sudip sebab minyak tersebut panas.
3. Campurkan air + ais dan garam. Kacau sehingga garam larut.
4. Setelah itu masukkan air tersebut di dalam adunan tepung tadi.
5. Gaul rata sehingga menjadi doh.
6. Masukkan doh tersebut ke dalam peti sekurang-kurang nya 1 hingga 2 jam.

Sementara doh di rehatkan di dalam peti, kita boleh siapkan inti karipap.

Inti Kentang Ayam

2 biji kentang (boleh juga digantikan dengan keledek)
2 sudu besar serbuk kari
200g Isi ayam yang telah potong halus
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang kecil (dikisar bersama cili)
1cawan air
garam
kuib ayam


Cara-cara:
1. Kentang dipotong dadu seperti gambar di bawah.

Potong dadu

2. Gaulkan  cili kisar, bawang kecil dan serbuk kari. Tambah sedikit air dan jadikan nya dalam bentuk pes.
3. Panaskan kuali dan masuk kan sedikit minyak.
4. Tumis pes yang telah di campurkan td di dalam kuali sehingga garing.
5. Masukkan ayam dan kentang.
6. Masukkan garam dan sedikit kuib ayam.
7. Masukkan air untuk memudahkan kentang tersebut untuk empuk.
8. Kacau hingga kering dan kentang empuk. Setelah kering, tutup api dan sejukkan.


Inti yang telah siap


Taraaa... dah siap karipap ayam


Alhamdulilah ni 1st time Fid buat karipap dan alhamdulilah Encik Suami suka. Next time nak try buat karipap sardin lak...