Posts

Showing posts from June 12, 2014

Daging Dendeng

Image
Assalamualaikum...
Sapa kat situ pernah makan daging dendeng ni? Fid kali pertama makan daging ini masa majlis kahwin jan dulu. Kawan mak yang menyediakan masakan pengantin tu buatkan. Entah macam mana teringin lak nak makan dan semangat mencari daging untuk buat lauk ni. Cara penyediaan nya memang rumit terutama kalo nak buat untuk kenduri. Kalo nak makan sendiri ok aje.

Ni aje sempat snap.. (pic x cantik)
Daging
Bahan-bahan: 1 Kg daging 5 ulas bawang putih (ditumbuk) 2 inci Halia (ditumbuk) 3 sudu kicap manis sedikit minyak sedikit garam
Cara-cara: 1. Rebuskan daging tersebut dan tambahkan sedikit garam. Rebus tanpa perlu hiris nya sebab kita akan hiris selepas direbus. 2. Selepas direbus selama 1 jam, hiris daging tersebut nipis-nipis. 3. Seterusnya ketuk daging tersebut menggunakan penukul daging. Penukul ni korang boleh beli kat Daiso. Kalo tak de korang ketuk menggunakan lesung batu. 4. Selepas itu, perapkan daging yang telah diketuk itu bersama-sama dengan dengan bawang putih +…

Lempeng dan Kari Ayam

Image
Assalamualaikum...

Sebab dah lama tak update blog, maka hari ni banyak la post nya... Hhihihi.. Ada sesetengah orang panggil lempeng dan ada gak yang panggil pan cake (omputih la sangat). Walaupun simple tapi rasa nya amat sedap. Hahaha... Lempeng ni salah satu favourite food Encik Suami..


Lempeng/Pancake

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 cawan air
sedikit garam
sedikit minyak

Cara-cara:
1. Masuk kan semua bahan dan blend sehingga bahan tersebut sebati.
2. Seterusnya goreng kan lempeng tersebut. Masukkan minyak tapi sedikit sahaja untuk mengelakkan ia meletak di kuali.

Kari ayam

Bahan-bahan:
4 ketul daging ayam (untuk dimakan oleh 4 org)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
8 tangkai lada kering (Nak pedas boleh tambah quantiti lada)
2 sudu serbuk kari
sedikit asam jawa
sebiji kentang (nak letak banyak pun boleh)
sedikit garam
1 kotak santan
sedikit minyak

Cara-cara:
1. Blend kan bahan seperti bawang besar + bawang putih + halia + lada kering.
2. Ambik s…

Chicken Grill Sos Blackpepper

Image
Assalamualaikum....

Yummmy... Bila tgk gambar ni rasa teringan lak nak masak Chicken Grill ni. Untuk kali ini, Fid nak share resepi macam mana nak buat Chicken Grill dan Sos blackpepper nya. Korang layan dulu pic ni.

 Chicken Grill without rice  for me
 With Rice for hubby
Ayam
Bahan-bahan: 4 ketul ayam tanpa tulang 2 sudu besar so tiram 2 sudu besar kicap manis (Fid pakai kicap kipas udang) 2 ulas bawang putih (ditumbuk) sedikit halia (ditumbuk) Lada hitam dan lada sulah sedikit minyak (sebab tak de olive oil. If  ada minyak olive oil lebih elok)
Cara-cara: 1. Bersihkan ayam dan toskan. 2. Cucuk sedikit pada bahagian ayam tersebut supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. 3. campurkan lada hitam + lada sulah + sos tiram + kicap + bawang putih +  halia + minyak dan gaulkan semua nya 4. Seterusnya lumur bahan tersebut pada ayam dan perap untuk beberapa jam. Lebih lama diperap lebih sedap. 5. Akhir sekali grill ayam tersebut. Fid selalu nya menggunakan magic pan sebab senang dan tidak …