Posts

Showing posts from December 20, 2013

Konvokesyen Sepupu di PICC

Image
Assalamualaikum,
Pada 30 November lalu, Fid berkesempatan menghadiri majlis Konvokesyen KPTM di PICC. Fid teman makcik sebab husband nya tak dapat menemani nya kerana kekangan kerja. Lagipun makcik tidak biasa dengan jalan di Putrajaya (Fid pun tak tahu hanya berpandukan Waze... hahahaha).




Sekalung tahniah buat sepupu tersayang atas peranugerahan dan semoga mendapat kerja yang baik selepas ini. Amin.

Attend Wedding di Ipoh dan Gunung Lang

Image
Assalamualaikum...
Minggu lepas, Fid, suami dan Rodi (adik) berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan member suami di Ipoh. Gerak Dari Damansara Damai dalam pukul 10. Alahamdulilah perjalanan ke Ipoh berjalan lancar. Kami sampai di rumah pengantin kira-kira pukul 1.15petang. 


Ini dia pengantin. (sempat ambik satu gambar aje.. hihhihihihi)
Selepas makan dan bertemu pengantin, seterusnya kami menghabiskan masa kat bandar Ipoh. Serius masing-masing tak pernah sampai ke Ipoh dan tak tahu ke mana nak dituju.


Berpandukan Waze, kami menghala ke Gunung Lang, salah satu pusat rekreasi yang menarik. Di sini korang boleh menaiki bot mengelilingi Tasik. Suasana nya amat menarik.





Ketika perjalanan pulang kami berkesempatan singgah kat rnr Tapah sebab ada officemate kirim jambu. Dan semasa nak parking, Fid jumpa BAS UTEM. Tiba-tiba rindu time belajar dulu. Pergi kelas naik bas.

Si budak Comel Aqilah

Image
Assalamualaikum...

Sebelum ini Fid pernah post pasal anak saudara Fid, Aqilah. Sekarang umurnya lebih kurang 3 bulan. Serius comel sangat-sangat. Baru ni seminggu mama nya duduk rumah Fid sebab Papa nya ada kursus di KL.





** Semoga menjadi anak yang solehah Aqilah.. Dan semoga Fid dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat sendiri suatu hari nanti. Amin...

Resepi : Tauhu Bunga

Image
Assalamualaikum...

Fuhhhhh... Dah berabut blog ni tanpa post yang baru. Sorry sebab blog ni terabai, bz sangat dengan rutin harian.

Hari ni Fid nak kongsikan resepi 'Tauhu Bunga'. Dibawah ni resepi untuk rakan-rakan mencuba.

Bahan-bahan

10 biji Tauhu Kering (Boleh didapati di Supermarket)
1 pekat ayam cincang (500g)
3  tangkai Kacang Panjang
1 biji barang besar
1 batang lobak
sedikit tepung jagung
sedikit garam
minyak

Cara-caranya

1. Tauhu kering tersebut digunting bentuk X pada 1 site sahaja. Dan seterusnya terbalikkan tauhu tersebut dan keluarkan isi dari dalam tauhu. Rujuk gambar di bawah..



Pastikan bentuk nya seperti ini
2. Potongkan Kacang Panjang, Bawang Besar dan lobak kecil-kecil.
3. Seterusnya gaulkan ayam cincang bersama bahan yang telah tadi. Pastikan ayam cincang tersebut lembut selepas dikeluarkan dari peti ais.



4. Gaulkan bahan tadi dengan sedikit tepung jagung dan sedikit garam.




5. Selepas gaul semua, sumbatkan bahan tersebut kedalam tauhu tadi. 


6. Selepas selesa…