Sunday, July 21, 2013

Bersabarlah kawan ku

Assalamualaikum,

Ketika sibuk menyediakan juadah bersahur, telefon berdering menandakan ada panggilan dari seseorang. Nama tertera di screen adalah no fon Aisyah (my sister). Pelik juga awal nya aisyah cal hari ni, mesti ada perkara yang tidak enak disampaikan. Memang betul sangkaan Fid, Aisyah memberitahu bahawa ayah kawan baik Fid meninggal dunia. Serius betul2 terkejut dengan berita tersebut. Dua hari lepas bru tgk status Alyn yang menyatakan dia berbuka puasa di hospital. Ya Allah besarnya dugaan dia terutama di bulan Ramadhan ni. Kuatkan lah semangat nya dan tabahkan lah hati mak nya. Amin.

Al-Fatihah...

Friday, July 19, 2013

Ketupat Sotong a.k.a Sotong Sumbat

Assalamualaikum.

Alhamdulilah hari ni adalah hari ke-10 kita menunaikan ibadah puasa. Semalam berbuka Fid sempat membuat Sotong Sumbat untuk juadah berbuka puasa. 

Resepi : Sotong Sumbat

Bahan-bahan:
2 ekor sotong yang saiz nya agak besar (mengikut kesesuaian)
2 ulas bawang kecil
1 inch halia
1/2 cawan santan pekat
1 camca halba
2 lidi pencucuk
1 genggam beras pulut (mengikut saiz sotong)
garam

Cara-caranya:
1. Rendam kan beras pulut bersama air dan garam. Rendam selama beberapa minit.
2. Bersih kan sotong dan toskan nya.
3. Potong nipis bawang dan halia.
4. Selepas pulut kembang, toskan dan masukkan ke dalam badan sotong. Pastikan pulut dimasukkan separuh badan sotong kerana apabila masak pulut akan mengembang.
5. Sepitkan kepala sotong bersama dengan badan sotong menggunakan lidi pencucuk.
6. Masukkan Sotong tersebut, halia, bawang, halba dan santan ke dalam periuk.


Sebelum di tuang santan

8. Pastikan api tidak terlalu besar kerana kemungkinan pulut di dalam sotong tidak masak sepenuhnya.

sedia untuk di masak

*Gambar selepas masak tidak sempat / terlupa nak ambil. Hihihihi... Nampak sangat terlalu excited ketika berbuka. 

Tuesday, July 16, 2013

8 Ramadhan

Assalamualaikum,

Alhamdulilah hari ni ke 8 umat islam menjalani ibadah puasa. Semoga kita dapat menjalani dengan baik dan bersederhana. Mesti ramai di kalangan kita mengambil peluang di bulan puasa ini untuk menurunkan berat badan. Fid juga tidak terkecuali untuk menurunkan berat badan yang makin meningkat sejak kahwin ini. Hihihi... Alhamdulilah sejak puasa ni Fid dah kehilangan sebanyak 1.5KG selama seminggu. Kalo di tanya cara permakanan sepanjang berbuka dan bersahur, Fid masih mengambil makanan yang biasa di makan ketika tidak puasa seperti nasi dan makanan manis. 

Menurut my bos, ketika berpuasa dia tidak mengambil minuman yang manis tetapi tidak mengehadkan makan dan selepas puasa berat badan nya menurun sebanyak 10KG. Kalo Fid, serius tak dapat menahan minum air manis-manis sebab amat terliur melihat pelbagai air di Pasar Ramadhan. Kalo boleh target untuk menurunkan berat badan ketika puasa ni adalah 5kg. Dan kalo boleh tak nak menggunakan sebarang ubat kurus untuk menurunkan berat badan. Kadang2 sesetengah ubat kurus ada kesan sampingan.

Gudluck to me... =_D


Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan kembali menjelma [1 Ramadhan]

Assalamualaikum,

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita dapat merasai nikmat ramadhan pada tahun ni. Masih berkesempatan berpuasa dan menjalani ibadah terawih bersama keluarga. Tahun ini adalah tahun pertama Fid dapat merasa berpuasa bersama dengan insan tersayang bergelar suami.

Hari ni adalah hari pertama kita berpuasa dan merupakan hari pertama bangun awal pagi menyediakan juadah bersahur untuk suami. Fid bangun seawal pukul 4.30 pagi dan selesai masak dalam pukul 5pagi. Sediakan air panas dan hidangkan lauk pauk. Apabila selesai baru lah kejutkan Encik Suami. Nasib baik Encik Suami seorang yang senang di kejutkan dari tido. Hahahaha... Sedang masak boleh lak teringatkan mak di kampung dan terfikir "Begini lah mak dulu menyediakan makanan untuk abah dan anak-anak". Touching jap mak. InshaAllah jumaat malam nnti kami akan blik ke Pekan. Tak sabar rasa nya berbuka dengan mak abah. Rindu sangat2 kat diorg sebab dah lama tak jenguk diorang. =_)

Untuk juadah berbuka nanti masih belum difikirkan sebab kami akan beli kat Pasar Ramadhan aje kot. Rasa nya tak sempatkan nak memasak. Kalo hujung minggu inshaAllah sempat. Hihihihi...

Kepada kawan2 semoga bulan ramadhan ni memberi keberkatan kepada kite semua. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dan terawih. Jangan tinggal puasa yek dan jujur lah pada diri sendiri.

Sekian.