Friday, March 8, 2013

BFF : Lunch [Sweet Tree Cafe]

Assalamualaikum

Sahabat adalah seseorang yang rapat dengan kite. Seseorang yang boleh berkongsi susah dan senang. Semestinya Fid amat yang bertuah kerana mempunyai kawan-kawan baik yang sentiasa di samping Fid dan sentiasa ada ketika susah dan senang. 

Baru-baru ini Fid bekesempatan untuk lunch sama-sama dengan sahabat baik kat Sweet Tree Ampang. Rakan ketika belajar hingga la sekarang (dah bekerja) tetapi kami tetap berhubung. Daripada masing2 bujang sampai lah ada yang dah kahwin dan bakal kawin.

Kebetulan time lunch tu Liza mengambil kesempatan edarkan kad jemputan Majlis Perkahwinan Liza dan Faris pada 16March ni. Wah happy nye seorang lagi member akan menamatkan. Alhamdulilah. Kita tengok sapa next yang akan mengedarkan kad dieorg. Tunggguuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!.


Yeah dapat kad jemputan Liza


Picture ni cubby nya Tuan Hamba


Sweet tree Cafe ni adalah cafe yang berkonsepkan korea. Kepada yang berminat ingin mencuba masakan korea boleh cuba die cni. Fid berkesempatan mencuba 'Bulgogi Rice' dan rasa nya sedap cuma rasa nya kurang pedas. Hhihhihi... 

Kami sempat la berposing di cafe ni sebab dekorasi dalam cafe ni amat la cantik. Serius tak tipu. Kalo korang berminat nak buat pre wedding atau pun post wedding pun boleh. Selain itu terdapat private room untuk sesiapa yang ingin mengadakan majlis hari jadi atau sebagai nya. 


Bulat nyaaaaaaa

Sebelum balik (Kat tangga pun sempat bergambar)


Dalam private room


Bergambar dengan waitress comel... 


Kawan-kawan, InshaAllah  kite jumpe di Kelantan pulak next week time wedding liza. Tak sabar rasa nya nak tengok member sorang ni next pelamin. Next Fid post pasal Kelantan dan wedding Liza. Bye...

Sekian.