Posts

Showing posts from February 24, 2013

Honeymoon Part 1

Image
Assalamualaikum..

Selepas 5 bulan berkahwin baru Fid dan suami dapat meluangkan masa pergi honeymoon. Yeahh syok nya dapat rehatkan minda dan meluangkan masa bersama. Destinasi cinta kami adalah Cameron Highland. Kami bertolak dari Damansara Damai kira-kira pukul 9pagi kerana kami tak nak menempuh jammed memandangkan ketika itu kaum cina mula berpusu2 pulang ke kampung sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Kira-kira pukul 12.30 kami tiba di Brinchang. Kami melalui jalan Simpang Pulai kerana menurut rakan2 jika melalui jalan Tapah, keadaan jalan nya tidak elok. 
Percaya atau tidak penginapan ini Fid telah beli di Groupon dengan harga yang murah. Sepatutnye harga untuk 3hari 2malam adalah RM888++ tapi dengan Groupon Fid beli dengan harga RM328 termasuk breakfast 2hari dan dinner steamboat 1hari. Serius amat2 berbaloi. 
Kira-kira pukul 3.30petang kami telah check in di Heritage Hotel Tanah Rata. Memandangkan hotel kami terletak di Tanah Rata, terdapat banyak memudahkan termasuklah pelbagai b…

Berkelah di Janda Baik

Image
Pada cuti sempena Hari Wilayah lepas, Fid, suami dan Jan berkesempatan dan pelan untuk pergi berkelah ke Sg Congkak or Janda Baik. Sehari sebelum tu Fid dan Jan mula memikirkan menu2 yang menarik untuk di bawa ketika picnic nanti. Antara menu yang ingin dibawa adalah perapan ayam, nasi putih, sayur campur, roti dan ikan. Masing-masing excited untuk pergi berkelah esok. 
Semalaman kami masih memikirkan sama ada mahu berkelah ke Sg Congkak or Janda Baik. Yang kelakar nya Jan asyik menukar lokasi setiap 5 minit. Hahahaha... Akhirnya kami membuat keputusan untuk ke Janda Baik memandangkan Fid dan suami tidak pernah ke sana.
Sampai di Janda Baik kami menyewa pondok kepunyaan Pak Lah. Kepada yang berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang Teratak Pak Lah boleh klik link Teratak Pak Lah . Sewa yang dikenakan hanya RM30. Dalam pondok terdapat katil, tilam dan tikar. Semestinya amat selesa jika ada yang berminat untuk bermalam di situ. Kemudahan lain adalah tandas, tempat memanggang, sinki …