Posts

Showing posts from October 14, 2012

Wedding Review : Baju dan Tudung Nikah

Image
Assalamualaikum
Sebenarnya gambar-gambar untuk baju nikah, Fid dah prepare sejak minggu lepas tapi sebab tiada mood nak menaip maka baru sekarang ada mood nya. Baju nikah Fid, adalah pilihan warna yang telah dipersetujui bersama dengan suami. Disebabkan mahukan kelainan, kami memilih 'dusty pink' dibandingkan yang kebanyakkan pengantin memilih warna putih sebagai warna tema pernikahan. 
Baju nikah ni Fid tempah dengan Mak Andam. Menurutnya jika bakal pengantin menempah sendiri dengan tukang jahit baju pengantin, bayaran nya lebih mahal. Percaya or tidak harga upah untuk membuat dan menjahit manik hanya RM120. Serius murah giler masa dibagitau harga tu. Harga kain yang dibeli biar la rahsia. Hhihhihihi... Mengikut perancangan awal, lace dan manik yang digunakan bukan lah seperti yang dibuat Mak Andam. Sebab menurut Mak Andam lace yang Fid pilih tidak sesuai dgn baju tersebut. Tak pe lace yang dibeli boleh dipadankan dgn baju lain. 
Untuk tudung pula, Fid telah membeli sendiri …