Posts

Showing posts from April 9, 2012

Kacang Goreng

Image
Taraaa... Hari ni fid nak bgtau recepi untuk masakan Kacang Goreng. Yummy.... Even dalam mood diet fid balon gak makanan yang bertumis. Tak boleh tahan la sebab mulut ni tetap nak makan spicy. Sekali sekala tak pe kot... hihhihihi...
Bahan-bahan: - Cili giling - Bawang besar (diblender) - kacang panjang - lobak - Cili besar (dihiris nipis) - Bawang besar (dihiris nipis) - Sebiji Telur - minyak - Garam
Cara-cara nya:
1. Panaskan minyak. Setelah minyak agak2 panas masukkan cili giling dan bawang besar yang telah dikisar. Bila cili dan bawang dah garing, pecahkan telur dan kacau sehingga telur tersebut garing. 2. Seterusnya masukkan kacang dan lobak. Bila sayur yamg dimasukkan dan separuh masak, masukkan bawang besar dan cili yang dihiriskan nipis. 3. Seterusnya masukkan garam secukup rasa. 4. Setelah masak hidangkan dan terus makan.
Selamat Menjamu Selera. :D