Sunday, March 25, 2012

I'm touched!!!

Assalamualaikum.

Alangkah indahnya ucapan dan ungkapan ini dilafazkan oleh orang yang tersayang. Ucapan "Sudikah awk mnjadi yg halal buat sy?". Tentu nya ia amat terharu dan ianya adalah ayat yang paling ditunggu oleh seorang wanita. Adakah dia ikhlas dan dia yang terbaik untuk diri ini? Segalanya terpulang kepada diri kite sendiri untuk berserah dan memohon petunjuk kepada Allah. InsyaAllah ada pertunjuk nya. Amin...

Tuesday, March 20, 2012

Kembong atau kembung?????


Assalamualaikum.


Kembong atau kembung apa kah beza nya? dari segi perkataan or maksud nya? Dua tiga hari ni, fid dah start diet iaitu bukan berhenti makan pape tp mengurangkan quantiti setiap makanan yang diambik. Tapi terdapat masalah yang besar fid hadapi iaitu perut fid jadi kembung. Tak selesa nak wat kije. Kawan2 ada tak petua untuk mengelakkan masalah kembung ni. Tension sangt sebb kembung ni membuatkan sakit perut sangt2. Kat ofis fid terpaksa sapu minyak di perut dan sendawa sikit2. Rasa macam nak blik umah tido.

Adakah mungkin badan fid banyak angin? sebb sebulan lepas fid pernah p wat urutan tradisional kat SPA area my ofis. Tukang urut tu ckp badan fid banyak angin. Hari itu ada gak google apakah rawatan dan pemakanan yang sesuai untuk membuang dan mengelakkan kemasukkan angin dalam badan. Sekarang masih membuat research... cewah.. macam nak jadi pakar angin lak. Hopefully 2 or 3 week after this perut fid x angin lagi. Amin...

Yang penting sekarang fid kene alert menjaga pemakanan untuk diet. Gudluck for me... ^_^


Tgk dah kene pakai spek, kene pertingkatan pengambilan lobak untuk mengelakkan rabun... O_o


Thursday, March 15, 2012

Happy Anniversary Emak dan Abah

Happy Anniversary ke 29 to my parent. Tak sangka susah 29 tahun mak abah melayari bahtera rumahtangga. Sebenarnya bukan hari ni tarikh nya tp pada 13 march. Semestinya terlalu banyak suka dan duka ditempuhi bersama. Apa yang aku tengok gurau senda dan hormati menghormati menjadi resepi kebahagiaan mereka berdua. Angah harap mak dan abah berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.


Perigi mencari timba


Assalamualaikum all,

Salah kah jika perempuan melamar lelaki atau kata perpatah "seperti perigi mencari timba"?


Sebenarnya fid tiba2 tergerak hati nak cakap pasal ini sebb fid teringat kan seorang kawan ketika belajar kat sekolah dulu. Tapi bagi fid isu tersebut tak ada salah nya jika seorang perempuan melamar seorang lelaki kerana mungkin lelaki tersebut malu tetapi mahu. Kadang2 kalo bab ni perempuan perlu bertindak awal berbanding lelaki dan bukan fid nak cakap lelaki tu 'lembap'. Hihhihihihi... Ada sesetengah pendapat yang menyatakan perempuan melamar lelaki membuatkan perempuan tersebut hilang sedikit unsur budaya melayu dlm diri nya. Semestinya kita sendiri tahu budaya melayu kaya dengan sifat malu dikalangan golongan perempuan. Dalam perhubungan fid dan Encik Tunang semestinya Si Dia la yg melamar dulu. Setiap hubungan semestinya mempunyai kenangan dan jalan cerita yang tersendiri. Berbalik semula kepada cerita kawan fid.

Di sini fid namakan kawan perempuan fid sebagai B dan budak lelaki tersebut sebagai I. Dinafikan I adalah seorang lelaki menjadi impian kebanyakkan perempuan kat sekolah. Almaklum lelaki yang hensem dan pandai. Tak kurang hebat juga Si B yang merupakan salah seorang pelajar pintar di sekolah. Nak dijadikan kisah Si B telah meminta akak nya menyampaikan hasrat hati nya kepada Si I. Semesti nya dalam sesebuah perhubungan kebanyakkan menggunakan orang tengah. Selepas akak Si B tersebut memberitahu hasrat adik nya kepada Si I, Si I hanya berdiam diri. Selepas seminggu baru lah Si I memberi jawapan. Korang thu kah apa jawapan nya yang diberi???? jawapan nya adalah NO!!!!... Si I menolak Si B mentah-mentah. Tambahan lagi mereka berdua belajar dalam kelas yang masa. Hanya Tuhan sahaja yang hanya perasaan Si B ketika itu. Aku berpendapat bahawa perasaan seorang perempuan di'reject' semestinya tidak sama dgn perasaan lelaki di'reject'. Yang paling xsangku adalah Siap akak perempuan itu mintak supaya mereka berkawan2 rapat dahulu dan baru la ke peringkat seterusnya tetapi jawapan nya tetap sama.
Alhamdulilah kini Si B dan Si I sudah berjaya dalam kerjaya masing2 dan kedua2 kini menjadi tenaga pendidik. ^____^.


Bgi fid, fid respect sangat my friend propose lelaki tersebut kerana dia tahu ape yang di mahu. Dia telah berusaha dan semestinya die akan merasa puas walopun die tak dpt memiliki nya. Sebenarnya dalam membina perhubungan kite sepatutnya tidak perlu terlalu menjaga EGO kita. Alhamdulilah dgn izin Allah SWT, dia akan melangsungkan perkahwinan nya pada tahun ini dan lelaki tersebut masih membina kerjaya di tempat orang.

Kesimpulan : Tak salah jika "Perigi mencari timba... :D"

Tuesday, March 13, 2012

BERAT NAIK LAGI!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum...

Title post ni sebenarnya memberikan tekanan yang luar biasa buat aku. Nampak nya berat badan fid sekarang makin meningkat dan beberapa orang tegur bahawa badan aku semakin. Bayang kan ketika belajar dahulu berat badan fid hanya 58KG sahaja tapi sekarang berat semasa mencecah 70KG. Serius terkejut bila aku timbang sejak beberapa hari lepas. Rasa nak menangis aje. Fid tak boleh berputus asa dan sokongan orang sekeliling amat penting. Mungkin salah satu faktor berat badan meningkat adakah kerana kesibukan dgn kije yang membuatkan waktu makan fid berterabur. Selain itu setiap kali stay back, bos or member akan order fast food kerana ia tidak memerlukan untuk fid keluar dan hanya tunggu delivery tiba di muka pintu. Tp sebenarnya ia memberi impak untuk masalah berat badan ni. InsyaAllah fid akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan berat badan ideal.


Tinggal 5bulan sahaja untuk tiba majlis perkahwinan aku. Tindakan segera perlu dilaksanakan. Perancangan pemakanan yang teliti terpaksa di atur. Tunggu keputusan nye next month. Hopefully diet yang akan dilaksanakan menjadi. :D

Langkah pertama sepanjang sebulan ni :
1. Pengambilan dinner sebelum pukul 8mlm.
2. Kurangkan mengambilan nasi.
3. Sentiasa melakukan pergerakkan.

Gudluck myself.... ^____^