Monday, February 27, 2012

Pilih kawan berpada-pada

Assalamualaikum...

Di kala malam ni, tiba2 mood untuk menulis blog berkobar. Actually hari ni fid nak cite pada kawan. Fid rasa setiap orang pastu mempunyai kawan sekurang2 seorang. Ada beberapa ciri2 yang perlu dititik beratkan ketika memilih kawan. Antara nya:

1) Seseorang yang baik dari segi perangai, layanan dan cara hidup. Contoh nye bukan seorang pencuri or penyangak. Selain itu bukanlah seorang yang terlalu bersosial yang selalu enjoy di club malam.

2) Seseorang yang selesa dalam pergaulan. Bukan seorang yang memberi ketidak selesaan ketika berkawan. Disamping itu die bukan la seorang yang suka menindas dan memerintah.

3) Seseorang yang pandai menyimpan rahsia. Bukan seorang rakan yang suka menjaja cerita2 kite dan menjaja cerita2 orang lain kepada kita.

4) Seseorang yang pandai respek diri ini. Respek antara satu sama lain adalah salah satu kunci persahabatan.

5) Yang paling penting, sentiasa bersama ketika senang dan susah.

Bagi aku kalo ada ciri2 di atas tidak menepati, maka aku sanggup kehilangan seorang kawan. Kalo setakat kawan untuk bersuka ria ramai. Situasi ini aku hadapi sekarang. Aku jadi panas bila ada orang lain yang suka menjaja cite aku. Xde kije len ke asyik lak menjaja cite orang. Asal duduk borak2 ada aje cite orang lain yang diceritakan. Ini dah dikategorikan sebagai MENYUMPAT. Aku tahu perempuan ini memang suka menyumpat tapi berpada2 la.

*Apa yang fid maksudkan KAWAN di sini bukan la kekasih hati. ^_^ Kalo kekasih hati, semestinya ada ciri2 yang tersendiri.

Bye...

Sunday, February 12, 2012

Sapakah gerangan nye



Bismillah...


Actually hari ni fid saja nak cite sesuatu yang fid rasa pelik dan ingt tahu. Apa yang fid tahu blog fid ni xleh se famous blog org lain. Setiap kalo tgk blog fid, fid perasan ada seorang dari Taipei selalu menjengah blog fid ni. Diorg tahu ckp melayu ke? Cepat ngaku sapa yang selalu jengah blog fid yang di access dari Taipei? Rasa nye bukan sekali dua die menjengah blog fid ni tp dah banyak kali. Xpe la ada gak orang TAIPEI menjengah ke blog fid..


Sempat capture

MENGAKU CEPAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kursus Kahwin




Bismillah.

Hari sabtu dan ahad bru ni, hari aku dipenuhi dgn perkara yang amat berfaedah dan berguna untuk aku sama ada di dunia or di akhirat. Fid telah menghadiri KURSUS KAHWIN selama dua hari. Alhamdulilah syukur sangat sebab kursus kahwin yang aku sertai berjalan dengan lancar. Banyak perkara yang aku pelajari termasuklah komunikasi dalam rumahtangga, perhubungan suami isteri, cerai talak, kesihatan dan sebagai nya. InsyaAllah apa yang dipelajari akan aku praktik kan dalam kehidupan selepas kahwin nnti.

Now next step aku nak fikirkan sapa kah saksi untuk aku kahwin nnti. Ni nak kene tnya along sapakah yang menjadi saksi pernikahan dia. Rasa nya pak2 saudara aku kot. Yang penting kene cari pak saudara yang senang nak berhubung. Then nnti nak kene settlekan document di Jabatan agama Islam Pekan. Yang tu mungkin kene tunggu 4 or 3 bulan before kahwin.

Then seterusnya kene fikirkan pasal keperluan dan persediaan untuk majlis nye nnti. Sebenarnya banyak la menda2 yang belum settle. Pening kepala den nak fikir semua ini. Be cool fid, Hopefully everything berjalan lancar. Banyak2 berdoa semoga dipermudahkan segalanya.


sijil Kursus Perkahwinan

Sekian. Malas nak membebel byk2 sangt... hahahahaha...

Wednesday, February 8, 2012

Monday, February 6, 2012

Pre-Weeding1

Assalamualaikum...

Pre-weeding? Post-weeding? Tapi persoalan nye sekarang sapakah Photographer ke? Hihhihi... Sibuk cari tempat untuk pre weeding tp Photographer nye xde. Di samping memikirkan sapa Photographer aku sibuk gak memikirkan dimanakah lokasi yang menarik untuk photoshoot tu. Antara tempat yang aku fikirkan adalah:

1. Melaka (tempatkan yang banyak meninggalkan kenangan terindah buat kami)
2. Bukit Tinggi (tempat yang dah selalu kami pergi.. Hampir 3 kali kot)
3. Genting Highland (Aku xpernah jejak kaki lagi ke sana)
4. Tepian pantai seperti Teluk Cempedak or Cherating
5. Putrajaya

papa pun keputusan kene tnya encik tunang... :D. Aku pernah offer kawan aku Ikhwan untuk jadi Photographer untuk pre weeding tp aku belum bgtau encik tunang. Hhihihi... So I need to discuss first with Encik Tunang... :p

Cuti Thaipusam + Cuti Maulidur Rasul = Kerja



Bismillah...

Ketika blog ni dikarang aku sebenarnya sedang berkhidmat ketika cuti untuk company tersayang. Dalam sibuk2 tetap ada masa nak mencoretkan sepatah kata kat blog ini. Sekarang aku sibuk menyiapkan tugasan orang lain dan menjayakan projek ini dibawah projek Telekom Malaysia (TM). Alhamdulilah dgn bantuan senior aku, maka dapat la aku menyiapkan nya task aku. Hari ni datang semata-mata untuk testing dan membetulkan apa yang error. Sepatutnya hari esok aku AL maka esok boleh la nak tido lebih2 tapi pagi tadi terima sms yang menyatakan aku perlu ke Putrajaya untuk menjayakan UAT esok. Ish abis la rancangan aku untuk ke bank. Ingatkan esok nak p Maybank untuk buat autodebit untuk pinjaman kereta. Erm mintak2 dapat excuse dari PM. Tak sabar nak tunggu PM datang kul 5 petang nnti.



Sebenarnya untuk mengelakkan stress ditempat kije, before p kerja ikhlaskan hati untuk menjalankan amanah majikan supaya gaji yang dapat diberkati. Amin. Pape pun kite mesti la sentiasa SENYUM...

Sunday, February 5, 2012

Rajuk yang berpanjangan...

Title post ni menggambarkan segala. Bukan sahaja rajuk yang berpanjangan bahkan 'kecik hati' yang berterusan. Hanya Allah SWT tempat aku mengadu. @_@..

Thursday, February 2, 2012

7 month only...



Bismillah...

Tik..tok..tik..tok... masa tidak akan berhenti dan akan terus berjalan. Bila di kira2 tinggal lebih kurang 7 bulan lagi untuk aku melangsungkan perkahwinan. Banyak menda yang masih belum dilaksanakan. Ada beberapa persiapan yang telah aku laksanakan. Memandangkan sumber kewangan tidak memberangsangkan so terpaksa la aku membeli barang sedikit demi sedikit. Hopefully everything berjalan seperti dirancang. Amin.

Minggu depan bersamaan dgn 11 dan 12hb aku kene menghadiri kursus perkahwinan bersama dengan Encik Tunang bertempatan di Shah Alam. Kursus perkahwinan wajib dihadiri oleh sesiapa yang ingin mendirikan rumahtangga. Ia memberi pengetahuan kepada bakal2 suami dan isteri untuk melayari rumah tangga nnti. Menurut rakan2 pelbagai aspek disentuhi ketika kursus perkahwinan.

Antara perkara yang telah dilaksanakan antaranya :


Hantaran:
1) Perfume (pihak lelaki)
2) Kejadah (pihak lelaki)
3) Kain pasang batik (pihak perempuan)

Goodies beg
1) jar (deco + x basuh lagi ^_^)


Bersepah bila mula wat kije


taraaaa.... dah siap deco penutup jar

2) paper beg (500 done + 200 not done)

Keperluan lain
1) Cadar
2) Bakul untuk hantaran

Pakej
1) already book pakej perkahwinan (bayar sikit)

Baju
1)Baju nikah (dah hantaran jahit)

Sebenarnya banyak lagi menda yang xsettle lagi. Hope sempat nak prepare semua nye sebelum majlis berlangsung. Pape hal nnti fid akan update untuk barang2 yang dibeli akan datang...