Monday, October 24, 2011

Musuh muka

Assalamualaikum....

Seperti yang kita sedia maklum, jerawat boleh dikatakan sebagai musuh wanita terutama jika tumbuh di muka dan di badan. Sebagai seorang wanita apabila muka ditumbuhi jerawat rasanya perasaan malu untuk kuar bersiar2 akan timbul. Selain jerawat, blackheads atau bintik2 hitam di muka turut membelenggu pemikiran wanita. Fid sendiri tidak lari dari masalah ini. Bintik hitam ni selalu nya timbul apabila muka kering.



Seriously muka fid memang berkulit kering, sampai kan tak tahu macam mn nak melembapkan nya. Before ni apa yang Fid buat adalah menggunakan blackheads remover seperti gambar di bawah. Kalo menggunakan menda alah ni memang sakit sampaikan mengalir air mata.
Tambahan pula apabila ditegur oleh Encik Kekasih Hati dan membuatkan diri rasa segan. Sejak beberapa minggu ni, aku telah mencuba Safi Rania Gold.


Member Fid ramai yang memberi feedback yang positif berkenaan dgn produk ni. 1st time pakai pencuci muka produk ni, excited tgk bintik2 emas dalam gel tu. Buih yang dihasilkan dari gel tersebut lembut sangt. Then selepas cuci dan lap muka, fid rasa muka lembap. Selepas mencuci tidak dilupakan kita hendaklah memakai toner. Fid sendiri menggunakan Toner Garnier seperti di bawah ni untuk menutup liang2 roma yang terbuka ketika mencuci muka td.



Selepas itu baru la kite menggunakan krim pelembap Safi Rania Gold. Krim pelembap ni Fid bru beli beberapa hari lepas. Kalo boleh nak beli satu set tp sebb gaji xmasuk lagi Fid beli yang penting aje. Hope hasilnya berkekalan dan berpanjangan. Amin

Bagi yang berminat nak gunakan Safi Rania Gold ni aku galakkan nya dan adalah lebih baik korang menggunakan nya satu set. Selamat Mencuba... ^_^

Monday, October 17, 2011

Petua Hari ni


Bismillah....

Kali ni Fid nak memberikan sedikit petua terutama untuk kaum perempuan. Petua ini turut memberi panduan kepada fid sendiri. Dibawah terdapat beberapa petua antara nya :

1. Petua untuk keputihan



Masalah keputihan sering terjadi pada sesetengah wanita. Keputihan yang banyak dan kadang-kala berbau boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Mandi dan basuh bahagian 'Ms V' anda dengan air rebusan sirih selama tujuh hari untuk menghilangkan rasa gatal, membersihkan vagina, dan menghilangkan keputihan. Amalan memakan sirih setiap hari juga boleh menghilangkan masalah keputihan.


2. Petua mengurangkan air pada 'Ms V'
Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat, dan gaulkan dengan minyak bijan. Kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia dipercayai dapat mengurangkan air pada bahagian intim.


3. Petua untuk masalah haid
Masalah haid yang tidak teratur, aliran haid yang banyak, dan lain-lain merupakan masalah haid yang dialami oleh wanita. Masalah haid ini boleh membantutkan kehidupan seharian sesetengan wanita. Bagi wanita yang mempunyai masalah haid, amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Amalkan dua hingga tiga hari dalam seminggu. InsyaAllah masalah haid akan berkurangan.

4. Petua mengatasi ketiak hitam
Ketiak merupakan bahagian yang kadang-kala dilupakan. Kesannya, ketiak akan menjadi hitam dan berbau kesan pembiakan kuman akibat peluh. Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta digosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari dan ketiak akan menjadi cerah serta kurang berbau.

* Nasib bek ketiak Fid tak hitam. Apa yang Fid buat ialah dengan mencabut bulu ketiak tanpa mencukur nya dgn kerap. ^_^


5. Petua mengatasi perut buncit
Perut yang buncit dan menggeleber seringkali menjadi igauan wanita. Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil mendapan air tersebut dan campurkannya dengan air perahan sebiji limau nipis. Amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Perut yang buncit akan kembali nipis.

Selamat mencuba semua....


1September 2011 lagi.....

Bismillah....

Dah agak lama Fid tak update blog ni. Dah agak berabuk di tinggalkan lama2. Post kasi ni Fid hanya nak upload pic semasa majlis merisik pada 1septerber2011 lepas. Sepanjang majlis ni Fid dan Azmi xde ambik gambar bersama. Almaklum la ni majlis merisik jurugambar. Semasa perbincangan dan semasa along menyarung cincin Encik Azmi tak ada sebb kene duduk luar rumah. ^_^


Buah tangan dari pihak perempuan



Bersama my parent and Azmi's parent



Along (akak Encik Azmi) menyarungkan cincin


*Tak banyak pic yang diambik semasa majlis tu. Tunggu time kahwin confirm byk pic. Bye.....