Sunday, August 14, 2011

15hari lagi....

15hari lagi kita umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Rasa nya kejap aje kan masa berlalu. Dulu time kecik2 time pose dirasakan berjalan begitu lama. Mungkin sebb aktiviti di sekolah yang merasakan diri cepat letih. Tp sekarang dah dewasa maka masa byk dihabiskan ditempat kije dan berada dalam bilik berhawa dingin. Macam mn pula kepada orang yang bekerja di bawah sinaran matahari? Terutama pakcik2 dan makcik2? Cian lak kat diorang. Tp kalo xbekerja di bulan Ramadhan ni, anak2 nak makan ape lak.

Raya thun ini my family dapat beraya dengan ahli keluarga baru. Iaitu Muhammad Afham Haziq. InsyaAllah hari raya nnti mak cakap nak wat majlis akikah Haziq. Tp xpasti lagi bila tarikh nya. Hope segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Raya nnti ada tetamu istimewa yang akan hadir. Semoga niat murni ni mendapat keberkatan dariNya. Sebenarnya macam2 perasaan bersarang kat hati ni. Takut, berdebar, excited, tak sabar dan macam2. Tiada lagi persediaan untuk meyambut tetamu tu. Baju xsiap jahit manik lagi.... Cupcake xtempah lagi.... Tak tahu nak balas ape.... :D Masih memikirkan apa yang nak kasi... mungkin buah2 dan cupkek. Tunggu aje la.... :-)

Pertukaran wit raya belum dibuat lagi kat bank. InsyaAllah pas dapat gaji boleh la minta housemate tukarkan. Before puasa aku dah niat dalam hati untuk memberi RM50 kepada Asytar sebagai duit raya tp sebb xsempat, so aku akan berikan kepada along pada hari raya nnti. Mungkin duit tu boleh di buat majlis untuk arwah. Tgk la macam mn nnti.

Tuk kuih raya, segala bayaran dah settle. Ada 10 balang kuih raya perlu diambik di muar. Entah bila agak nya nak p ambik. Alamat kene tunggu gaji la jawab nya. Thun ni byk tul kuih raya sebb kalo boleh tak nak membebankan mak tuk buat kuih raya.

Xsabar nak blik raya sebb nak jahit manik pada baju raya. Ingtkan before blik kg aku nak singgah kat masjid beli tudung sebb tudung tuk majlis me****** xde lagi... :(

Sekian.

Jangan masuk.........!!!!!!!!

Hari ni 15hb ogos 2011 bersamaan dengan 15 hari permergian anak buah ku tersayang Muhammad Asytar Zikri. Semoga adik berbahagia die sana. InsyaAllah kita akan berjumpa di sana. Baru2 ni aku bermimpi arwah datang. Kiteorang makan bersama-sama. Arwah makan dgn berselera nya. Tiba2 muncul sebuah pintu yang bercahaya. Arwah pergi ke pintu tu. Aku dari jauh menjerit kepada nya Jangan masuk!!!!! ke pintu tu tp arwah degil dan masuk jugak ke dalam pintu tu. Selepas tu arwah dah xmuncul2 lagi. Bak kata orang mimpi hanyalah permainan tido aje. Pape pun Al-Fatihah untuk arwah.

Lahirnya seorang insan....

Salam...

Bertarikh pada 12hb Ogos 2011 lahirnya seorang insan seberat 3.29kg yang diberi nama Muhammad Afham Haziq. Haziq adalah anak along dan abang azrul yang kedua dan adik kepada arwah Muhammad Asytar Zikri. Dengan kelahiran ini semoga membawa sinar kebahagian dalam hidup dalam hidup mama dan papanya. Mak Ngah harap haziq dapat jadi seorang anak yang soleh. Amin.... Kehilangan Asytar amat aku terasa. Yang sedih nya arwah tak sempat nak melihat dan bersama dengan adiknya. Menurut along wajah haziq seiras dengan arwah abang nya cuma adik nya lebih cerah. Bawah ni ada pic arwah ketika kecil, mungkin seiras ni kan. tak sabar rasa tuk jumpe haziq bila balik raya nnti....

Arwah Muhammad Asytar Zikri

*Sorry gambar haziq mama xkasi Mak Ngah lagi. huhuhu... Mak Ngah letak gambar arwah abang aje.... ^_^

Mimpi Mak

Salam.

Entry ni sebenarnya aku nak tulis minggu lepas tp xberkesempatan lak. Huhuhuhu...


Bertarikh 11/08/2011, ketika di hati ini tiba2 teringat kat mak. Pastu terus cal mak. Tiba2 terdengar suara mak lain macam. Suara sedang menangis.

Mak : Assalamualaikum...
Aku : Waalaikumussalam. Mak, mak kenapa? Mak nangis ek? (tiba2 aku sebak dan join mak menangis)
Mak : Xde la. Dak duk bercerita dengan abah ni.
Aku : Mak bercerita pasal ape?
Mak : Mak bercerita pasal mimpi mak.
Aku : Mak mimpi ape?
Mak : Mak mimpi adik Asytar malam td. Mak mimpi adik datang kat mak dan beri selendang putih pada mak.
Aku : Selendang ape mak?
Mak : Selendang angah yang angah beli tuk me***** nnti.
Aku : Kul brp mak mimpi?
Mak : Mak tersedar dalam kul 2pagi. Bila tersedar mak rasa sesak nafas. Mak terus panggil abah hulurkan minyak angin.
Aku : Mungkin die nak bgtau mak yang die aman kat sana. Mak jgn fikir banyak2 tau. InsyaAllah xde pape mak.
Mak : Erm mungkin la.
Aku : Mak jgn sedih2 lagi tau. K la mak angah kat ofis ni. Ada kije sikit. Jgn fikir sangat tau.
Mak : Ye la. Jangan lupa pasal gambar tu. Assalamualaikum
Aku : Waalaikumussalam..


*Banyak2 la kita berdoa kepada arwah. Allah lebih sayang kepadanya. Kita perlu redha atas ketentuan NYA...

Al-Fatihah...

Sunday, August 7, 2011

Malu nya...

Hari ini macam bese aku pergi kije walopun mood still mood cuti. Sedang syok wat kije tiba2 seorang bos datang kat meja dan tegur.

xxx : Nape CCQ comot sangt? tak basuh kete ke?
Aku : Xsempat nak basuh... (senyum kambing)
xxx : Rim tayar kotor aje..
Aku : (Rim tayar pun diperhatikan) ish pandai aje Encik ni.
xxx : Lock kete ada nape xpakai? Wat perhiasan?
Aku : (aku lak kene marah) kat umah aje saya lock. Kat cni ada pak guard. Hehehehe...
xxx : Tak balik kampung ke?
Aku : Tak balik. InsyaAllah raya nnti bru blik. (byk lak soalan)
xxx : Kete bersepah aje.
Aku : Mana ada. Kete saya kemas aje tau. Mana Encik tahu kete saya kotor?
xxx : Saya parking kat sebelah kete awak...
Aku : ?????????

*ni kali kedua ditegur kereta comot. :(

Thursday, August 4, 2011

Kau sentiasa di hati ni..


Tanggal 1/Ogos/2011 pergi nya seorang insan yang amat ku sayang dalam hidup ini. Di saat orang ramai menyambut kedatangan ramadhan, kau pergi wat selama-lamanya. Mak Ngah redha atas pemergian mu Asytar Zikri yang baru berusia 3 tahun 1 bulan. Semoga kita jumpa di sana. InsyaAllah.

Kira2 pukul 1.30pagi aku mendapat perkhabaran bahawa Asytar Zikri (Adik) telah pergi wat selama-lamanya. Hanya Allah saja yang tahu betapa terkejut dan sedih nya mendapat perkhabaran itu. Dengan serta merta aku dan jan kemas barang berkemas untuk pulang ke kampung (Pekan) dan menghadiri majlis pengebumian di Pasir Mas kelantan.

Sepanjang perjalanan pulang, aku asyik teringat kenangan2 yang terindah bersama arwah. Terlalu byk kenangan tambahan die adalah satu-satunya anak saudara yang aku ada di dunia ni. Dia ditatang bagai minyak yang penuh dalam keluarga ku. Tp Allah lebih menyayangi nya. Aku yang rasa teramat sedih apa tah lagi mama dan papa nya.

Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah adalah ketika arwah bersama dgn parentnya datang KL sebb nak p IKEA pada bulan june lepas. Aku join diorang tp jan xdapat join sebb die kuar bersama ina dan rakan lain. Sepanjang perjalanan ke IKEA arwah asyik duduk di riba ku walopun kerusi kereta kosong di sebelah. Beberapa kali aku suruh arwah duduk kat kerusi tu tp die enggan. Mula2 pelik n rasa lain macam gak tp cepat2 campakkan jauh2 andaian yang buruk. Dia juga asyik bercerita pasal pengalaman die pergi ke Aquaria KLCC. Sambil bercerita beberapa kali aku mencium nya tanpa dia merasa rimas. Tiba2 die bertnya "mah ngah, abang mie x kelik ke?". Aku pelik macam mana di boleh ingat pasal abang mie. Aku jawab "abang mie kije adik".

Masa di IKEA kiteorang makan nasi ayam kat IKANO. Arwah berselera sangat makan nasi ayam. Sepinggan die abis makan. Masa makan die asyik nak berkongsi air dengan aku. Ketika itu aku hanya order air limau ais. Air yang di order oleh mama nya enggan di minum. Sepanjang berjalan dalam IKEA, hanya aku dibenarkan menolak troli yang dinaiki. Kalo papa dan mama die tolak die akan marah dan menjerit2. Rupa nya itulah hari terakhir aku dapat meluangkan masa bersama nya. Masa on the way blik ke rumah, arwah minum susu dan tertido. Sebelum kuar dari kereta aku sempat cium pipi arwah wat kali terakhir.

Selain itu, aku teringtkan saat indah kiteorang pergi ke Cameron Highland. Kalo di ingtkan memang terlalu banyak kenangan. Dia la penghibur hati kami sekeluarga apatah lagi mama dan papa nya.

Saat arwah pergi, mama nya sedang menunggu masa untuk bersalin. Arwah xsempat nak menyambut kelahiran adik sendiri. Tp menurut along, adiknya yang bakal lahir, muka nya serupa saling tak tumpah dengan muka arwah Asytar Zikri. Mungkin adik nya yang bakal lahir akan menjadi pengganti diri arwah. Tp bagi aku arwah mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang sentiasa tersemat di hati ini.

Al- Fatihah untuk arwah.