Wednesday, September 29, 2010
Mengapa lelaki berusia menjadi pilihan
Wednesday, September 22, 2010
........
jika die baik untukku,agamaku...
dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
Kurniakanlah dia taufiq Mu..
Kurniakanlah aku hidayahMu..
agar kami dapat saling bersatu..
dalam mencari redhomu...
Jika die bukan milikku..
tabahknlah hatiku dgn ketentuan Mu..
Temukan ku pada die yang mampu membimbingku mencari redhomu..
Temukan dia pada yang lebih baik dariku..
agar die trus berjaya mencari redhoMu walau tanpa diri ku..
10 Perkara Yang Mendatangkan Cinta Allah
3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.
“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.
Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.
4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.
5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.
7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.
8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.
9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.
10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.
Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.
*Dipetik dari laman web http://www.iluvislam.com untuk dikongsikan bersama..
Sunday, September 19, 2010
Antara Puasa Qada dan Puasa Enam
Ulama khilaf dalam hal ini. Sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.
Jika dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan tidak bagi yang sunat.
Ada di kalangan ulama Syafieyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya.
Namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. (Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah)
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qada atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya).
“Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadan kemudian berpuasa pada bulan Syawal.
“Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. (Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut)
Setelah dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah.
Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qada dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyatul masjid dengan solat fardu (orang yang terus melakukan solat fardu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyatul masjid). Wallahu a’lam.
Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT.
Memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredaan Tuhannya.
Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.
*sumber dari http://www.srikasih.co.cc
Saturday, September 18, 2010
Panggilan yang tak dijangka....
Aku : Hello...
xxx : Hello, angah wat pe? Dengar cite nak kahwin tahun depan?
Aku : Ish mana dapat thu ni? Sape bagitau lak nak kahwin thun depan? Mana ada mengarut aje...
xxx : Orang mana? Bulan brp nak langsung? bulan satu or bulan dua?
Aku : ???? (pening dah kepala aku) Kalo tahun depan pun bukan la seawal bulan 1 and bulan 2. Xde pape la... gosip2...
xxx : Abah bagitau ni, ni ha abah siap ada kat sebelah.
Aku : ish xthu lagi la. Masa ckp hari tu men2 aje la...
xxx : Mak cakap xde tunang2 terus kawin...
Aku : Mampus aku (calon yang betul2 bersedia xde lagi)... wawawawa....
Moral of the story : Jgn pandai cakap tgk akhirnya telinga and mulut sendiri yang kene dengan dan berkata2.
Mungkin salah aku sebab xfikir sebelum cakap. Time tu geram sangat ramai betul orang yang bertanya. Nak rekemen anak masing2 kot. Mulut aku ni sedap2 lak jawab 'TAHUN DEPAN'. Nasib bek aku x jawab "Xde calon la makcik. tolong la carikan tuk saya"... hahahaha.... Nnti blik kg aku nak slow talk dengan mak aku la. Ish mak and abah excited tul nak menerima menantu kedua. wakahkahkah.... Tunggu dan lihat la nnti... :-D
Thursday, September 16, 2010
Bila kita bergaduh...
1. Bila bergaduh, jangan mendiamkan diri dengan kekasih. At least, cukup sekadar ucap selamat dan hai..
2. Berdiam diri akan mengundang tafsiran yang berbagai macam dalam kepala otak pasangan kita... Bagaimana kalau pasangan kita memikirkan yang kita sudah membenci dia dan dia mengambil keputusan yang bakal membuatkan korang sama-sama menyesal?
3. Ingat jgn sesekali mengungkit.
4. jgn membela diri sendiri gila2..kalau la kita mmg betul pun, biar je la dia menang..sbb laki mmg ego..
5. jgn pujuk excessively..pujuk slow2..dan jgn merajuk balik lepas penat pujuk dia masih mengada2 lagi.. lelaki ni nmpk je ganas tp manja ya rabbi..
6. Jangan terlalu cepat untuk membuat kesimpulan... Dengarkan baik-baik apa yang ingin disampaikan...
* kalo ada tips lain sila la tambah... peace no war :-)
I LOVE U SO MUCH
Bila kite sayang orang tu...
Bila kita syg org tu
Kita tunggu dia lama pn x pe
Tp bila dia tnggu kita???dia mrh2
Hati kata ala, adatlah ada yang mnnunggu n ditunggu
Bila kita syg org tu
Kita x tdo pun x pe layan dia yg tengah bosan,
Tp bila kite bosan Ada dia layan kita?
Hati kata x pe dia busy kott
Bila kita syg org tu
Kita bercerita dgn dia,tapi sebenarnya cite ngan
tunggul lg baik
Tp bila dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt…klu x ingat kita yang kena marah
Hati kata x pe syg katakan…
Bila kita syg org tu
Kita jadi cam org gila dengar dia sakit,
Tp bila kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Hati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam
Bila kita syg org tu
Kita x pernah pentingkan diri sendiri
Tp dia hpokrit tahap gaban
Hati kata x pe, dia mmg macam tu kena lah trima..
Bila kita syg org tu
Kita syg nk tinggalkan dia selama2nya
Tp dia x tahu kita berdepan dgn maut,
Walaupun kita skt,dia kata kat kita,sakit
biasa2 jer, jgn nk mengarut
Hati kata, cmnelah dia bila kita x de,
mesti dia hepi
Bila kita syg org tu
Kita x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kita,
Hati kata, tau x btapa kita syg kan dia????
Bila kita syg org tu
Kita snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngorbanan kita??
Hati kata, x pe, janji dia bahagia
Dan……
Bila kita dh tinggalkan dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kita
Dia kata dia mintak maaf sebab pernah mngata kita
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kita
Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan hati kita
Dia mintak maaf sebab pernah bt kita klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kita
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kitar
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kita
Time Gaduh2...
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu
Sudah berapa lama diriku ini
tak bertemu mu mungkin ku harap jua
kau merindu ku sebagaimanaku rinduimu
Cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usia ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg….
Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu
cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usia ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu sayang….