Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT HARI RAYA


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan dan taulan terutama kepada teman EX-SK Serambi, EX-SMKPH, EX-SMTMS, EX-DIT UTeM, EX-BITD UTeM, Warga CIMB GROUP (GIOD-IT Bukit Damansara), Warga Tentacle Technologies, Warga Possimo Technologies dan semua kenalan yang mengenali diri ini. Saya ingin menghulurkan sepuluh jari memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita.

Maaf Zahir dan Batin.

P/s : Jemput la datang ke rumah di hari mulia nnti. Before datang call dulu ek... hihihihi


**Ingat!!.. baca post yang ni aje... post len dilarang dibaca....

Monday, August 30, 2010

Apakah perasaan ni?

Sekarang ni aku dapat rasa kan satu perasaan yang asing dalam diri ni...

"SUNYI"

Entah la aku rasa perasaan itu tiba2 hadir dalam diri ku ini...


"Ya Allah Engkau tenangkan lah jiwa hamba ini. Engkau lapangkan hati ku ini"
Amin

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru kepada kawan2 yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada thun ni. Pada 25 September 2010 kawan aku Nor Ilawati Ismail akan melangsungkan perkahwinan nya dan seterusnya diikuti oleh Nur Amira Khalim pada 9 October 2010. Dan pada akhir thun 2010 kawan rapat merangkap jiran aku Nuresmasarwani Ismail akan melangsungkan perkahwinan nya. Aku doakan Lela, Mira dan Wani semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Td bru lepas berym dengan wani, tiba2 aku rasa akan kehilangan seorang kawan pasni. wawawawawa... Sepatut nya aku gembira dengan perkahwinan nya nnti. Pasni mesti dah x ada masa untuk aku dan kawan2 len tuk berfoya2... hihihhihi...

Aku sebenarnya ngah runsing sama ada aku dapat hadir ke tidak ke majlis perkahwinan Lela yang diadakan selepas menyambut hari raya aidilfitri. InsyaAllah aku akan sedaya upaya untuk hadir...

Sunday, August 29, 2010

Gaji pertama

Bulan ni aku pertama kali dapat gaji kat company bru tempat aku bekerja. Gaji kali ni kurang dari gaji pokok... hihhiihhi kerana aku masuk pada pertengahan bulan. Tp duit gaji hanya tinggal beberapa ratus aje hingga akhir bulan ni. Tambahan pula bulan ni aku dah start kene bayor loan kete.

Duit Kete : RM590
Sewa Rumah : RM160
Duit api/air : RM20
Duit Minyak minggu ni : RM50
Basuh Kete : RM8
.
.
.
.
Lain - lain.....

Bulan gaji bulan depan terang2 tolak RM300 coz aku ambik unpaid leave sempena Hari Raya Aidilfitri nnti. Dah lame tak blik kampung so aku korbankan duit gaji sebanyak RM300. Kalo ikutkan duit tu boleh bayor duit saman kemalangan hari tu. Hihihihi... Bak kata member aku, masa bersama keluarga lebih bermakna daripada wang ringgit.

Pelbagai Warna

Wednesday, August 25, 2010

Amalan untuk dimurahkan rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT)limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:" dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)


Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w. "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

Menjalin Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah.

Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya: "Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa , Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya
.

Tuesday, August 24, 2010

Atas Nama CINTA

Pagi tadi mandi tiba2 teringat lagu ni... Lagu ni agak lama gak tp pernah menjadi kegilaan aku pada masa dulu...

LAYAN....


Monday, August 23, 2010

Apakah Erti Seorang Sahabat


Apa kah erti seorang sahabat pada diri anda? Bagi aku sahabat adalah seseorg yang sentiasa bersama walopun dalam keadaan senang or susah selain ahli keluarga aku. Selain itu tidak ada sedikit pun niat hasad dengki dan dendam. Aku baik pada sume orang tp apabila seseorang buat sesuatu yang diluar jangkaan aku tidak teragak-agak untuk aku bertindak kejam.
Cerita (1) :

"Nak dijadikan cerita aku berkawan dengan Si Nina yang aku percaya. Sejak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Ketika di bangku sekolah aku berkenalan dengan Nina kerana kami berada di kelas yang sama. Walopun kami baik tetapi kami selalu juga bergaduh dan bermasam muka. Kadang2 aku sendiri tidak pasti apekah masalah yang Nina hadapi. Dia makin menjauhkan diri dari aku. Ape yang aku tahu die seorang yang suka mengikut perasaan sendiri. Dalam kriss tersebut aku dapat tahu dari seorang kawan yang Nina telah memberitahu yang aku ni seorang yang BUSUK HATI. Aku sendiri tidak tahu istilah 'BUSUK HATI' tu ditujukan untuk apa? Tp ketika itu aku hanya berdiam diri saja. Tak sangka seseorang yang dianggap sahabat boleh mengata diri aku ni sedemikian rupa. Mungkin ini semua salah faham dari pihak dia. (Think positive). Setelah abis sekolah rendah aku bersedia memaafkan apa yang telah dilakukan kepada aku.
Di alam sekolah menengah pula satu peristiwa berlaku lagi. Ketika di sekolah menengah aku sekali lagi ditakdirkan untuk berada di dalam sekolah dan asrama yang sama dengan Nina. Baru2 ini aku telah ditukarkan ke kelas yang sama dengan Nina. Setiap kelas jadual untuk kelas tambahan berbeza. Ketika di kelas baru, jadual kelas tambahan adalah pada hari sabtu. Aku bertanya kepada Nina sama ada aku perlu hadir pada hari sabtu atau tidak. Nina menyatakan "tidak perlu datang kerana tidak ada perkara penting". Oleh kerana itu pada hari sabtu aku tidak hadir ke kelas. Pada hari isnin, aku telah dipanggil oleh guru berkenaan ketidakhadiran aku ke sekolah. Aku menyatakan bahawa Nina telah memaklumkan bahawa aku tidak perlu hadir ke kelas. Guru juga telah memaklumkan bahawa Nina telah memberitahu bahawa dia telah mengejutkan aku dari tidur tetapi aku tidak bangun. Aku tidak boleh terima kenyataan dari Nina kepada guru kerana aku sendiri melihat die menuju ke bilik air dan bersiap untuk ke kelas. Nina tidak mengejutkan aku dari tidur seterusnya telah memburuk2kan nama aku depan guru. . Aku sendiri tidak faham apekah disebalik kata nya itu. apekah niat die seperti ingin menikam aku dari belakang. Dia dengki dengan aku ke? Ape istimewa nya aku ni? aku rase aku hanya seorang manusia yang kerdil yang mahu menumpang dan berjaya di dunia ini. Aku bertekad untuk menjauhkan diri dari Nina kerana aku mula tidak mempercayai nya. Tp dengan tindakan aku itu, menda yang tidak sedap didengar berkenaan tindakan aku ini. Apabila berjumpa dalam bilik asrama dia wat muka tidak bersalah. Sakit nya hati ini melihat sandiwara nya sejak dari dulu lagi. Tp hati kecil aku masih mahu memaafkan diri nya. Aku hanya berdoa semoga dia berubah sikap dan seterusnya lebih matang..... "

Moral of story :
1. Kita hendaklah sentiasa pandai memilih kawan.
2. Kita hendaklah sentiasa menjadi seorang pemaaf agak jiwa kita lapang.
3. Dan yang penting sentiasa check hati kite....


Tuesday, August 17, 2010

Bagaimanakah nasib mereka?


Kejam? Tidak berperikemanusiaan? Zalim? Tidak bertanggungjawab? Apakah perasaan anda bila melihat, mendengar, atau membaca kes-kes pembuangan bayi yang makin menjadi-jadi sekarang? Marah? Sedih? Atau hanya sekadar duduk dan menggeleng kepala tanpa ada apa-apa usaha untuk membetulkan keadaan? Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan gejala-gejala pembuangan bayi yang disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.Gejala buang bayi in adalah berpunca daripada tidak menginginkan bayi tersebut akibat daripada keterlanjuran mereka dalam melakukan hubungan luar nikah dan kehadiran bayi tersebut hanya akan mengundang kejian dan tohmahan daripada masyarakat yang membuatkan meraka merasa tertekan dan mengambil jalan singkat dengan membuang bayi mereka tanpa perasaan simpati. Mereka sanggup membunuh darah daging sendiri. Mungkin mereka fikir kita yang tidak berada di situasi merasa sendiri pandai nak berkata-kata. Tidak kah mereka fikir sebelum melakukan perkara tersebut memberi kesan pada masa akan datang.

Bagaimanakah nasib anak-anak ini pada masa depan? Mereka tentunya tinggal di rumah keluarga angkat atau di rumah anak2 yatim... Kerana kesalahan ibu bapa, anak2 yang menerima balasan nya..

Di bulan ramadhan kali ni semakin banyak berita di dada akhbar berkisarkan kes2 pembuangan bayi. Mereka langsung tidak menghormati bulan Ramadhan. Bila difikirkan mereka amat lah beruntung di kurniakan anak-anak yang sihat. Tp bagaimana kepada mereka yang telah bertahun2 lame nya menunggu kelahiran seorang cahaya mata hasil daripada mahligai suci yang dibina. Aku yakin ini sume adalah ujian daripada ALLAH kepada mereka yang beriman.