Sunday, May 31, 2009

NGERI

Tengah duk buka video dalam youtube aku jumpa satu video ni. Ngeri giler. Kadang2 pemandu kenderaan berat tidak menitik beratkan penunggang motorsikal. Thu la mereka membawa kenderaan besar tp please la hormat orang yang menunggang motorsikal. Kita yang menunggang motorsikal ni tak wat ksalahan tp org len lak yang buat kesalahan. Akhir nya kita yang menjadi mangsa. Sila la tgk video ni.....






P/s: Pesanan aku tuk semua penunggang dan pemandu kenderaan berat dan sederhana, tolong la menghormati sesama pengguna jalan raya.Ingat lah pada orang tersayang... Biar cepat asal selamat... eh silap biar lambat asal selamat... peace... :-)

Thursday, May 28, 2009

kenangan ku bersama rakan2 setelah 5 thn bersama di UTeM - Part 1

Terlalu byk kenangan aku bersama2 kawan ketika berada selama 5 thun di utem. Persahabatan yang tidak akan diputus hingga akhir hayat. Insyallah. Kami dah seperti adik beradik. Susah senang kami di utem telah kami tempuhi nya bersama sejak kami sama2 mengambil diploma di UTeM. Banyak aktiviti kite lakukan bersama. Gambar di bawah dpt mengimbau kembali kenangan kite bersama khas untuk teman2 ku tersayang. Selepas ini kita mungkin jarang bersama kerana selepas ini kita akan menjalani Latihan Industri dan seterus nya akan menjalani kehidupan masing2. Satu sahaja yang aku harap kawan2 aku akan memelihara persahabatan kita selama ini dengan baik.

Kami sempat bergambar sebelum masuk ke Waterwall


Time masing2 giler... hahaha jadi koboi


kenangan di Anjung Batu Bersama Zety


Di Anjung Batu


janji kami


Kat Hotel Water City

Setakat ini saja wat kali ni. Aku akan sambung lagi untuk part yang ke2... hihihihi... Tunggu...

Sunday, May 24, 2009

Hanya huluran MAAF yang mampu aku beri...

Entah la sejak akhir2 ni aku cepat sangat naik angin pada si dia. Rase nye xde lak dia wat salah. Perangai pelik yang sejak akhir2 ni mula tubuh dalam diri aku ni. Nak kata penat sangat xde la pulak. Keje aku xde la mengangkat tong2 gas kat umah ni. hhihihihi... PSM aku pun so far ni ok alhamdulilah. Tp Xpe la bukan selalu aku nk nek angin macam ni kan abang...... Selalu nya aku ni jenis seorg yang bek n sopan santon org nye... yeker?

Kadang2 para wanita ni xleh terlalu berlembut sangat dgn lelaki ni. hihihihi... tp kalo lelaki tu lembut dgn kite xkan kite nk kuang ajor la kan.. Seperti Pakwe aku sorang ni. Seorg yang lembut n bek tp bile time die marah bek aku diam kan diri. Hihhiihi... Penakut gak aku ni sebenar nya (takut kene marah aje la..) Kadang2 aku suka buat die marah. Kalo die marah rase nye boleh hancur handset nye di baling ke dinding. hahahaha ops terlebih sudah...

Sekarang ni aku ngah angin dgn die tp mungkin sume ni bukan salah die tp aku nk gak die disalahkan.. wawawawa.... Entah2 die pun bengang sebab aku salah kan die. Ape la die wat sekarang.... erm melayan member chat die kot.

.
Tgk muka pakwe aku time marah... ish...ish dasyat sungguh..

Ada satu menda yang paling die xsuka tp aku suka buat. Ni memang perangai aku sejak lahir. Hahaha suka wat menda yang org xkasi wat. Bese la manusia... Antara nye ialah aku suka matikan hp time pakwe aku cal hendak memujuk.. hahahaha....

Lagi aku nak cite ape ek pasal die? erm xde dah kot. Yang len biar la menjadi rahsia kami berdua. I love u abang... Only you in my heart... Maaf byk2... TQ sudi melayan kerenah sayang selama ni... Lagi ape ek nak ckp? cepat kasi idea... hahahaha

Sunday, May 17, 2009

Tip Penting

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.